Air Detox Untuk Keperluan Berbeza

Posted on May 14, 2015 · Posted in Pengetahuan am

Infused detox water merupakan trend kegilaan bagi remaja yang ingin sihat secara semulajadi dengan minuman yang berperisa sedap. Ianya sangat mudah untuk di lakukan sendiri di rumah dan kelebihannya juga amat banyak.

Setiap jenis buah atau herba yang di gunakan mempunyai fungsi tersendiri. Kamu boleh lihat pelbagai bahan yang sering digunakan untuk membuat air detox di bawah ya.

1) Lemon – membantu proses pencernaan dan menyegarkan nafas
2) Oren – membantu peredaran darah
3) Halia – imun booster
4) Rasberi – mempunyai ciri-ciri anti radang
5) Timun – membantu penghidratan dan penyingkiran toksin
6) Anggur – melawan kanser
7) Epal – mengekalkan kesihatan tulang dan tisu
8) Kulit Kayu Manis – penggalak metabolisme
9) Strawberi – anti oksidan
10) Limau – anti penuaan
11) Nenas – membantu melegakan sakit sendi
12) Pudina -menyokong sistem penghadaman

Cara Buat Air Detox

1) Potong buah-buahan mengikut citarasa sendiri.
2) Masukkan potongan buah-buahan ke dalam jar, kemudian tambahkan ais diatasnya.
3) Tambahkan air hingga penuh satu liter dan tutup jar tersebut.
4) Biarkan semalaman dalam peti ais.

Senang kan. Lagipun ia boleh diminum pada bila-bila masa. Ok sekarang ni dah tahu nak buat air detox jadi kenalah tahu campuran buah-buahan apa yang sesuai untuk keperluan yang berbeza. Betul tak?

Membuat Air Detox Untuk Keperluan Yang Berbeza.

1) Untuk Pembakaran Lemak, Pencernaan dan Sakit Kepala – campurkan teh hijau, limau nipis dan daun pudina.

2) Untuk Menstabilkan Gula Dalam Darah dan Penghadaman – campurkan timun, strawberi dan kiwi

3) Untuk Penghidratan, Pencernaan dan Kawal Selera Makan – campurkan timun, lemon dan limau nipis.

4) Untuk Pertahanan Imun, Pencernaan dan Pedih Ulu Hati – campurkan limau nipis, limau dan lemon

5) Untuk Kempiskan Perut – campurkan timun, daun pudina, lemon dan halia

Dah tahu resipi air detox, bolehlah korang cuba buat air detox homemade. Selain mudah dibuat, air detox juga sangat berkhasiat. Setuju tak?

 

SumberMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.