Antioksidan untuk awet muda

Posted on August 28, 2014 · Posted in Pengetahuan am

Amalan diet yang sihat dan memilih makanan yang hanya menyumbang nutrisi terbaik kepada tubuh boleh memastikan seseorang itu dapat mempertahankan kulit yang anjal, seterusnya membantunya kelihatan lebih muda berbanding usia sebenarnya.

Nutrisi baik ternyata asas penting dalam membina kulit yang sihat. Ia mampu memberikan kulit lembut, licin dan berseri-seri.

Bagi mereka yang menginginkan wajah yang kelihatan awet muda dan mengekalkan kecantikan diri, berikut lima jenis makanan yang membantu mereka mendapatkan kulit yang sihat.

Tomato

Tomato boleh mengelak kulit daripada selaran matahari. Ia juga membantu penghasilan kolagen supaya kulit menjadi lebih anjal. Kandungan antioksidannya yang tinggi membantu menghilangkan garisan halus pada wajah.

Strawberi

Secawan strawberi cukup untuk memberikan vitamin C yang mampu meningkatkan kandungan kolagen di dalam kulit secara mendadak. Ia membantu mengurangkan garisan halus, seterusnya membantu wajah kelihatan jauh lebih muda.

Epal

Quercetin, sejenis antioksidan yang terdapat pada kulit epal membantu menangkis ‘serangan’ pancaran UVB serta kanser kulit. Apabila anda hendak ke tepi pantai atau berjalan di bawah terik matahari, makan sebiji epal akan membantu melindungi kesihatan kulit anda.

Soya

Wanita yang berusia 30-an dan awal 40-an sememangnya digalakkan mengambil makanan atau minuman berasaskan soya kerana ia mampu menganjalkan kulit seterusnya mengurangkan garisan halus. Ia juga mampu mengurangkan risiko kanser ovari.

Telur

Lutein dan zeaxanthin, dua jenis antioksidan yang ada dalam telur melindungi seseorang daripada masalah garisan halus, tompok coklat selain membantu kulit menjadi lebih lembap, anjal dan lembut.

Oleh Faizatul Farush KhanMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.