Apakah Antara Sebab Berlaku Masalah Tingkah Laku Dalam Kalangan Kanak-kanak?

Posted on October 17, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Tingkah laku baik dan buruk berbeza-beza mengikut individu. Apa yang kita anggap buruk mungkin normal bagi sesetengah ibu bapa atau sebaliknya. Persekitaran turut menyebabkan masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak. Sebagai contoh apabila anda mempunyai masalah di pejabat sebelum pulang ke rumah, dan anak anda mempunyai ingin keinginin yang mesti dipenuhi, sudah pasti sukar untuk anda menyesuaikan diri dengan kemahuan tersebut.

Apakah Antara Sebab Berlaku Masalah Tingkah Laku Dalam Kalangan Kanak-kanak?

Ibu bapa bertindak balas dengan cara berbeza terhadap kelakuan anak-anak mereka. Ada yang mampu bersabar dan menangani dengan baik atau ada yang mengenakan peraturan ketat dan memberikan hukuman. Watak keseluruhan anak-anak juga ditentukan oleh reaksi yang diperolehi oleh mereka. Ada yang membuat bising manakal ada pula yang merajuk dan menyendiri.

Apakah antara sebab berlaku masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak?

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan tingkah laku sukar dalam kanak-kanak. Antaranya:

1. Adakah terdapat perubahan dalam diri anak anda? Adakah anda berpindah ke rumah baru? Adakah anak mendapat kelahiran anak baru? Adakah anda memindahkan sekolah anak anda atau menempatkan mereka dalam sesebuah kumpulan? Pertimbangkan soalan-soalan ini dan anda akan memperolehi penyeselesaian yang yang wajar.

2. Kanak-kanak cepat menyedari masalah yang berlaku dalam keluarga atau pun jika anda bersedih tentang sesuatu. Hal ini akan turut menyebabkan mereka mempamerkan tingkah laku buruk dan sukar untuk ditangani. Apa pun yang berlaku, jangan salahkan anak-anak jika mereka bertindak balas dengan kelakuan yang buruk.

3. Kemarahan secara tiba-tiba adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan. Masalah tingkah laku kanak-kanak bermula apabila mereka menganggap kemarahan adalah satu cara untuk mendapatkan perhatian. Ini adalah betul walaupun anda memberikan perhatian yang negatif. Jadi, berikan mereka perhatian yang lebih apabila kelakukan baik ditonjolkan dan cuba kurangkan jika kelakuan buruk dipamerkan.

Masalah tingkah laku yang sering berlaku kepada kanak-kanak

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kecelaruan tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak. Antara faktor-faktor yang sering menggangu kehidupan ialah kehidupan perkahwinan, isu-isu keluarga, pengabaian dan penderaan, penyakit kronik dan penceraian. Jadi, masalah kanak-kanak adalah daripada faktor yang berbeza-beza dan cara mereka mempamerkan perasaan mereka dipengaruhi oleh pelbagai sebab seperti peringkat pembesaran, keupayaan menghadapi sesuatu, kesabaran dan tahap tekanan diri. Kebiasaanya, masalah tingkah laku spontan lebih mudah ditangani daripada masalah tingkah laku yang berpanjangan.

Anak-anak kecil cenderung akan mempamerkan fungsi fisiologi terjejas seperti gangguan ketika tidur. Manakala anak-anak muda mungkin akan mempunyai masalah perhubungan dengan rakan mahupun keluarga. Mereka mungkin mempunyai prestasi yang lemah di sekolah dan terlibat dengan fobia tentang sesuatu. Campur tangan daripada pihak yang tertentu perlu untuk mengatasi masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak ini.

Berikut merupakan beberapa masalah yang perlu diambil perhatian:

1. Menghisap ibu jari – Walaupun ini merupakan kelakuan selesa dan agak normal semasa peringkat awal, namun jika berlanjutan sehingga dewasa ia telah diabaikan oleh ibu bapa. Ibu bapa perlu menyediakan dan memberikan jaminan kepada aktiviti anak-anak.

2. Gagap – Masalah ini meningkat 5% apabila kanak-kanak belajar bercakap. Manakala terdapat 20% daripadanya terikut-ikut gagap sehingga dewasa dan selebihnya bercakap secara biasa. Perkara ini timbul apabila anda meminta anak-anak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan sifatnya. Sebagai contoh jika anak anda menulis menggunakan tangan kiri tetapi anda memaksanya untuk menggunakan tangan kanan, akan berlakuk kegagapan.

3. Gemuruh – Walaupun kegemuruhan adalah sebahagian daripada proses pembesaran, masalah yang berlanjutan apabila dewasa akan mengurangkan tingkah laku sosial. Campur tangan diperlukan jika perkara ini berlaku kerana ia mampu melumpuhkan kemahiran sosial mereka.

Bagaimana untuk mengatasi masalah tingkah laku kanak-kanak dengan jaya?

Perlu diingatkan kanak-kanak sentiasa ingin mendampingi ibu bapa mereka. Ia mungkin membuatkan anda rimas tetapi secara realitinya mereka sayangkan anda dan mahukan perhatian lebih daripada yang anda fikirkan. Jadikan ini sebagai peringatan semasa mendisiplinkan anak-anak.

Elakkan daripada melebihkan perkara yang bukan keutamaan. Sebagai contoh menghadiri majlis rakan-rakan lebih penting daripada memilih warna baju untuk ke majlis tersebut. Ramai ibu bapa yang sering melebihkan perkara yang tidak penting kepada anak-anak. Perkara-perkara ini akan menyebabkan hidup lebih penat dan membosankan.

Jika anda menemui jalan yang betul dalam mengatasi masalah tingkah laku, ia akan menjadi pentunjuk tentang perkara yang perlu diperjuangkan dan perkara yang perlu diabaikan.
Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.