Memperolehi maklumat yang berkesan dan terbaik mengenai kemahiran didikan merupakan satu perkara yang membebankan serta perlu meluangkan banyak masa terutamanya bagi mereka yang bakal menjejaki dunia keibubapaan buat pertama kalinya. Maklumat yang diperolehi dapat membantu mengelakkan masalah dalam proses mendidik seterusnya membina kemahiran mendidik yang digunapakai oleh semua ibu bapa, bergantung kepada ukuran kejayaan masing-masing. Berbagai maklumat tentang didikan daripada pelbagai sumber telah disediakan kepada mereka yang memerlukan. Kebanyakan kita perlu tahu sekurang-kurangnya satu atau dua sumber yang menyediakan maklumat tentang ini walaupun masih belum bersedia untuknya.
Ibu bapa yang membesarkan anak-anak dalam jagaan baik akan menjadi panduan bermakna untuk mereka membina kemahiran mendidik kelak. Didikan yang dilimpahi dengan kasih sayang, belas kasihan, bersemangat serta sentiasa memberi sokongan secara tidak langsung telah mendedahkan anak-anak anda kepada kemahiran mendidik. Usah risau jika anda tidak dapat menemui sebarang maklumat berguna kerana kemampuan, kuasa dan pengetahuan yang ada mampu menjadikan anda ibu bapa terbaik dengan sedikit percubaan mahupun kegagalan kecil dalam usaha untuk menyempurnakannya. Ia bukanlah sesuatu yang teruk kerana setiap orang cenderung untuk melakukan penambahbaikkan terhadap maklumat yang diperolehi dan disesuaikan dengan keadaan keluarga tersebut.
Kemahiran mendidik juga boleh diperolehi di perpustakaan melalui penerbitan buku, majalah, risalah dan bahan-bahan sampingan lain yang disediakan untuk pengunjung sebagai bahan bacaan atau bahan pinjaman untuk dikongsi bersama ahli keluarga dan para ibu bapa. Kebanyakan bahan yang diterbitkan hasil penulisan profesional dalam bidang kekeluargaan. Oleh itu, mereka akan menyatakan pandangan-pandangan bernas terhadap keperluan sebelum bergelar menjadi ibu bapa efektif. Namun begitu, walaupun kadangkala terdapat maklumat, garis panduan serta langkah-langkah yang berat sebelah, anda masih mampu memanfaatkan beberapa perkara dan teknik yang telah berjaya diaplikasikan oleh orang lain sebelum ini.
Penggunaan internet juga merupakan salah satu sumber yang terbaik untuk memperolehi maklumat mengenai kemahiran mendidik. Ekoran ledakan teknologi maklumat pada zaman sekarang, maklumat yang diingini lebih mudah untuk dicapai. Walaubagaimanapun pastikan anda mendapatkan maklumat daripada laman sesawang yang sah bagi memastikan maklumat yang dperolehi adalah tepat dan tidak diputarbelitkan. Sesetengah laman akan memaparkan perkara yang tidak penting dan mungkin bercanggah dengan kaedah kebiasaan sehingga menimbulkan masalah dalam didikan. Setiap ibu bapa perlu peka tentang hal ini semasa melayari internet untuk mendapatkan maklumat.
Kaedah mendidik bukanlah menjadi hak milik kekal sesiapa. Jadi anda berhak untuk mengaplikasikan apa sahaja yang didengar dan dilihat jika kemahiran tersebut didapati akan berkesan bagi mendidik anak-anak anda. Setiap ibu bapa digalakkan untuk berkongsi tips dan teknik mendidik dengan rakan-rakan lain terutamanya apabila kaedah yang digunakan anda itu membuahkan kejayaan. Setiap ibu bapa sudah pasti akan sedar setiap perkara baik dan buruk semasa mendidik. Jika perkara tersebut tidak didedahkan, sudah pasti kanak-kanak akan menderita akibatnya dan kita gagal untuk membentuk masyarakat yang penyayang.
Jika anda perasaan akan keadaan sekeliling, anda akan dapat memerhatikan kemahiran mendidik ibu bapa lain dalam urusan seharian yang dijalankan. Ibu bapa perlu menonjolkan kemahiran mendidik bersama anak-anak di hadapan khalayak ramai dalam mewujudkan satu bentuk kuasa bagi menentukan bentuk tingkah laku yang dibenarkan di tempat awam.
Sumber: Tiada sumber yang benar-benar menawarkan maklumat kemahiran mendidik yang tepat. Peka terhadapa persekitaran supaya anda dapat melihat kelakuan ibu bapa dan anak-anak terhadap antara satu sama lain semasa di khalayak ramai.




