Bagaimana untuk Mengingat

Posted on March 27, 2014 · Posted in Teknik Membelajar Efektif

Terdapat banyak teknik mengingat yang berkesan tetapi selalunya ketika kamu memerlukan ia kamu akan terlupa, kecuali jika kamu menjadikan ianya satu tabiat. Jadi, apabila kamu mengambil masauntuk belajar teknik baru, gunakan ia sehingga ia secara automatik menjadi sebahagian diri kamu. Jom cuba teknik berikut.

Gunakan teknik bercerita

Sewaktu kecil saya telah menghadiri satu majlis hari jadi di mana kami bermain satu permainan. 15 objek di letakkan di atas meja dan selepas beberapa minit kami di bawa ke bilik lain. Kami di berikan sekeping kertas dan sebatang pensel. Kami di suruh menulis sebanyak mana objek yang kami ingat. Saya hanya ingat 7 atau 8 objek, tetapi seorang budak menang hadiah yang di sediakan kerana mengingati kesemua 15 objek.

Bertahun kemudian saya tahu bagaimana dia menang. Ayahnya mengajar cara yang mudah yang kami semua tidak tahu. Teknik ini adalah dengan mengaitkan semua obejk terbabit dengan satu cerita imaginasi. Sebagai contoh, jika kamu ingin mengingati sabun, susu, madu, garpu dan bunga.

Mulakan satu cerita dengan imaginasi kamu dengan melatak setiap objek yang kamu ingin ingat di antaranya. Di sinki kamu ingin mencuci tangan dengan sabun tetapi bekas sabun penuh dengan susu. Kemudian kamu menyikat rambut dengan madu sambil menggunakan garpu. Akhirnya kamu memetik bunga dan melihat wajah kamu di cermin. Suarakan setiap objek itu sambil mengingati cerita terbabit dengan imaginasi kamu dan pasti kamu akan ingat 5 objek itu walaupun keesokkan harinya.

Cara mengingat yang lain

Baritahu diri kamu untuk mengingat. Apabila kamu mengetahui nama seseorang, sebagai contoh, beritahu diri kamu untuk ingat. Ini akan memberi signal kepada minda tidak sedar kamu untuk melihat kepentingan informasi ini.

Ketahui kenapa kamu ingin mengingati sesuatu dan bagaimana untuk kamu mengingatinya.Untuk mengingati seseorang kamu perlu berimaginasi yang mereka merupakan seorang yang penting, bayangkan di mana kamu akan jumpa mereka di masa akan datang dan kaitkan mereka dengan perkara yang kamu nampak tentang mereka. Seperti tanda lahir dan sebagainya.

Pernahkan kamu terlupa di mana kamu meletakkan kunci kereta kamu? Kamu tentunya mengingati peristiwa berlaku sebelum kamu meletakkan kunci kamu dan melakukannya di dalam fikiran kamu. Ini pastinya sangat bagus. Tetapi lebih baik lagi jika kamu mengingati dan membayangkan sebelum kamu meletakkan kunci itu dan terlupa. Dengan ini kamu akan lebih mengingatinya.

Terdapat banyak teknik untuk mengingat tetapi jika kamu tidak melakukannya setiap hari pasti kamu juga akan lupa teknik-teknik ini. Jadi, jangan lupa untuk mempraktikkannya ya.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.