Hidup bukanlah sesuatu yang boleh di fikir secara logikal. Tiada cara untuk mengetahui apa yang bakal berlaku di masa hadapan dan kita seharusnya tidak mensia-siakan hidup kita.
Ada banyak cara yang menarik untuk kamu menikmati hidup yang tidak terikat dengan persoalan di dalam fikiran kamu. Kadang kala kita terlampau memikirkan sesuatu sehinggakan kita takut untuk keluar dari kepompong selamat yang mengelilingi kehidupan kita.
Fikirkan semua perkara yang ingin kamu lakukan tetapi tidak berani untuk bertindak kerana memikirkan segala kemungkinan buruk yang bakal berlaku. Tidakkah kamu merasai hidup kamu semakin lama menjadi semakin hambar. Kamu akan semakin takut untuk melakukan perkara yang di luar jangkaan kerana takut gagal dan akhirnya hidup kamu hanyalah sekadar mengikut arus.
Tiada apa yang istimewa dan tiada keseronokkan.
Oleh itu, hiduplah mengikut cara yang kamu bayangkan. Dan berseronoklah di sepanjang penemuan kamu dengan pengalaman baru di sepanjang jalan itu.




