Senaman adalah salah satu daripada aktiviti fizikal yang perlu dilakukan dengan kerap, dalam jangkamasa tertentu, secara berulang dengan matlamat untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan.
- Pastikan anda ..
- Memanas dan menyejukkan badan sebelum dan selepas bersenam
- Memakai pakaian yang ringan dan longgar supaya mudah peluh disejat
- Memakai kasut yang sesuai dan selesa
- Banyakkan minum air sebelum, semasa dan selepas bersenam
- Memperbaiki postur
- Mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis (contoh: berkebun seperti manyangkul, memotong kayu dan menebas, mengangkat dan membawa barang-barang harian yang dibeli, naik tangga, senaman seperti tekan tubi (push-ups) dan bangun tubi (sit-ups)
- Jangan bersenam …
- Jika anda berasa tidak sihat atau sakit dada ketika bersenam
- Ketika cuaca sangat panas, terlalu gelap atau kadar pencemaran udara tinggi
- Dalam masa 2 jam selepas makan
AWAS …
- Jangan mandi sejurus selepas bersenam, mandi setelah badan anda berasa sejuk dan peluh telah kering
- Berhenti segera jika anda berasa semput atau sakit dada ketika bersenam
- Jika anda berjoging di jalan raya, lakukannya dengan berlari bertentangan arah kenderaan bergerak
- Elakkan berjoging di jalan raya yang sibuk




