Ketakutan menghadapi peperiksaan merupakan fenomena biasa dalam kalangan pelajar di seluruh dunia. Masalah ini boleh diatasi dengan mudah dengan hanya memprogram semula pemikiran dan menyalurkan tenaga dengan cara yang positif. Suplemen herba semulajadi seperti Memo Plus Gold, ekstrak unik dari Brahmi juga boleh membantu dalam proses mengorientasikan semula otak kearah pemikiran positif.
Penyebab utama berlakunya masalah ketakutan menghadapi peperiksaan ini ialah disebabkan oleh desakan dan tekanan sekiranya dibandingkan dengan pelajar yang lebih cemerlang. Pencapaian murid lain dijadikan sebagai penanda aras untuk anak anda mencapai tahap tersebut. Sebaliknya, anak anda sepatutnya dilatih untuk mengatasi pencapaian sebelum ini dan berusaha untuk memperbaikinya. Hal ini sekaligus akan mengubah pemikiran anak anda kepada lebih positif dan pasti mereka akan lebih bersemangat untuk terus belajar. Pendek kata, tujuan untuk berjaya dalam peperiksaan sepatutnya ditukar daripada ingin dibandingkan dengan pelajar yang cemerlang kepada mengatasi pencapaian sebelum ini.
Apabila fokus ditukarkan kepada arah yang betul, maka berlakulah pengurangan yang ketara dalam tekanan yang mendorong kepada penyerapan yang lebih baik dalam pembelajaran dan pengekalan memori. Salah satu lagi kelebihan apabila kita memberikan tumpuan kepada usaha sendiri adalah elemen persaingan akan berkurang dan dalam masa yang sama fokus kita akan meningkat. Keadaan ini akan membantu pelajar untuk melihat pelajar yang lebih cemerlang sebagai sahabat mereka, bukannya pesaing mereka. Sebaliknya, jika anda ingin mengalahkan seseorang dalam satu tempoh masa yang ditetapkan, adalah sukar untuk mewujudkan persahabatan yang tulen dan ikhlas dengan orang tersebut.
Bersaing dengan diri sendiri merupakan satu latihan yang menyeronokkan kerana anda dapat melihat prestasi lalu dengan lebih terperinci dan mengenalpasti kesilapan yang menjatuhkan anda sekaligus memperbetulkan kesilapan tersebut. Menduduki peperiksaan dengan minda yang tenang adalah kunci kejayaan. Sampai awal ke dewan peperiksaan dan selesakan diri anda dengan keadaan persekitaran juga merupakan langkah penting yang perlu diambil.
Situasi melihat murid membawa nota peperiksaan ke dewan peperiksaan dan cuba menghafal semua nota yang ada sebelum peperiksaan bermula merupakan situasi yang sering kita lihat. Tahukah anda bahawa pada waktu-waktu sebegitu, anda hanya perlu menenangkan fikiran dan mengingat semula apa yang telah dibaca sebelum peperiksaan bermula. Jika anda lebih tenang, keputusan anda pasti akan lebih baik.
Otak manusia bekerja tanpa henti sepanjang kehidupan ini. Walaubagaimanapun, pada tahun-tahun awal (20 tahun pertama) beban kerja yang dikendalikan oleh otak adalah lebih tinggi berbanding apa yang dilakukannya untuk seluruh hidup anda. Oleh itu, cara semulajadi untuk membaik pulih otak dan meningkatkan fungsi sel otak pada peringkat ini mampu membuka jalankepada masa depan yang lebih cerah melalui pembelajaran yang efektif. Sudah beberapa ribu tahun Brahmi telah dikenali sebagai penguat memori terbaik dan bahan anti oksidan yang cemerlang. Memo Plus Gold merupakan ekstrak unik Brahmi yang dengan jelas membantu anda untuk melawan ketakutan menghadapi peperiksaan dan mendorong anda untuk mencapai kejayaan.