Di Mana Nilai Harga Diri Kamu?

Posted on March 14, 2014 · Posted in Kemahiran Keibubapaan, Pengetahuan am

Kita semua hidup. Kita semua bekerja. Kita semua pastinya berharap untuk mempunyai keluarga, anak-anak, bersara dengan aman dan meninggalkan dunia ini tanpa sebarang kesalan. Adakah itu semuanya yang patut ada di dalam hidup kita? Apakah nilai yang kamu letak untuk hidup kamu? Apa yang mahu kamu buat untuk mengubah dunia? Apakah kenangan yang kamu mahu tinggalkan kepada dunia? Ini adalah persoalan yang harus kamu tanyakan. Berjuta orang di dunia ini menjalani kehidupan rutin dan kemudian meninggalkan dunia ini begitu sahaja. Adakah cukup semua itu? Tak bolehkah kita semua melakukan sesuatu yang lebih baik? Bagaimana untuk kita membuatkan kehidupan kita bernilai?

Tips Mendidik Buat Ibu Bapa Usia MudaKita membuatkan diri kita bernilai dengan memberi. Apabila kita membuatkan orang lain gembira, kita juga akan gembira. Bila kita melakukan sesuatu tanpa perasaan pentingkan diri, kita akan merasa lebih baik. Kebanyakkan masalah yang berlaku di dalam hidup bepunca dari kurangnya sikap member dan bertolak ansur. Perkahwinan retak kerana sebab yang kecil, kerana suami isteri tidak mahu bertolak ansur. Kedua-duanya mempunyai keinginan yang mahu di penuhi dan kadangkala ini menyebabkan penceraian akibat tidak sependapat.

Setiap kanak-kanak mahukan kemasukkan ke universiti yang terbaik sekali. Setiap orang mahukan pekerjaan yang terbaik. Setiap orang mahukan kediaman terbaik. Setiap seorang dari kita mahukan yang terbaik di dalm hidup kita. Tetapi, bagaimana dengan memberikan yang terbaik? Hanya segelintir dari kita melakukannya dan ini sebenarnya membawa kepada kekecewaan di dalam hidup kita. Kita sediki9t demi sedikit hilang harga diri kerana perbuatan kita sendiri.

Tetapi, apabila kita mulai memberi, kita akan membina semula harga diri kita. Cuba bantu orang di sekeliling kamu. Jangan ambil hati dengan perkara yang kecil. Maafkan orang lain atas kesalahan mereka. Jangan menyakiti hati orang lain dengan perkataan yang kasar. Jangan melakukan sesuatu yang boleh memusnahkan hidup orang lain. Lakukan sesuatu yang baik supaya dunia ini mengingati kebaikkan kita. Kita bukanlah seorang pemenang hadiah Nobel untuk keamanan tetapi kita pastinya boleh mengikuti langkah mereka.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.