Guru-Guru Kagum Melihat Perubahan Drastik dalam Subjek Pendidikan Islam, Sains dan Matematik Saya…..Ujar Ahmad Laqis Bin Nurun Ihsan

Posted on May 24, 2014 · Posted in Testimoni

Guru-Guru Kagum Melihat Perubahan Drastik dalam Subjek Pendidikan Islam, Sains dan Matematik Saya…..Ujar Ahmad Laqis Bin Nurun Ihsan

Saya Ahmad Laqis Bin Nurun Ihsan dan  berasal dari Jitra, Kedah. Saya merupakan pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh. Jarak untuk saya ke sekolah lebih kurang 20 km jauhnya. Oleh sebab itu saya hanya dapat pulang ke rumah sama ada 2 minggu sekali ataupun sebulan sekali sahaja. Selain dari rasa bersyukur kerana diterima masuk di sekolah berasrama penuh, ibu bapa saya menghantar saya ke sekolah ini juga bertujuan untuk mengelakkan tumpuan pembelajaran saya terganggu, ini kerana saya merupakan anak sulong daripada tujuh adik beradik dan adik-adik saya masih kecil lagi.

Saya merupakan pelajar yang sederhana dan agak lemah dalam pembelajaran, terutamanya dalam subjek Pendidikan Islam, Matematik dan Sains. Dalam subjek  Pendidikan Islam saya agak lemah untuk menghafal ayat hafazan dan mengingati sejarah serta peristiwa. Dalam subjek Matematik pula, saya agak lemah dalam melakukan penyelesaian seperti  rumus dan pengiraan sehinggakan saya dikategorikan sebagai pelajar pemulihan dalam subjek tersebut manakala dalam subjek Sains saya lemah dalam memahami ujikaji dan mengenalpasti radas semasa belajar menggunakannya di makmal. Keadaan menjadi agak sukar apabila saya ini tidak pandai dalam membahagikan masa diantara pembelajaran dan kokurikulum sehingga menyebabkan saya mudah mengantuk, penat dan tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas.

Oleh sebab keadaan saya yang sebegitu rupa, saya sering ditegur oleh ibu bapa saya. Iyalah, Ibu bapa mana yang tidak berasa runsing dan risau melihat pelajaran anaknya semakin mundur. Apa tidaknya, keputusan peperiksaan yang saya tunjukkan pula agak merosot. Sebenarnya sudah banyak langkah dan alternatif yang telah dilakukan oleh ibu bapa saya dalam membantu menaikkan semula prestasi saya. Tidak kurang juga saudara mara saya yang banyak membantu dengan memberikan cadangan dan galakan bagi mengatasi kesukaran yang saya alami dalam pembelajaran.

Pada suatu hari, bapa memperkenalkan saya dengan produk Memo Plus Gold. Bapa mengetahui tentang produk ini daripada rakannya. Kata bapa, rakan dia itu telah mengesyorkan supaya saya mengambil produk Memo Plus Gold ini. Kata rakan bapa saya itu, dia sendiri telah menggunakan produk Memo Plus Gold dan setelah beberapa bulan mengamalkannya setiap hari, dia dapat merasai keberkesan produk ini dengan ketara terhadap dirinya. InsyaAllah produk ini mampu membantu, lebih- lebih lagi golongan pelajar seperti saya, katanya lagi.

Saya pun mula mengambil 2 biji kapsul setiap hari dan berdoa semoga kesukaran yang saya hadapi sekian lama ini menemui jalan penyelesaian. Syukur ke hadrat Ilahi, dalam 4 bulan saya mengamalkannya, jelas sekali Memo Plus Gold amat berkesan dan mengubah hidup saya. Tiga subjek yakni Pendidikan Islam, Matematik dan Sains yang dahulunya menjadi subjek yang sulit pada saya, kini saya dapat menghafal, menyelesaikan dan memahaminya dengan lebih baik lagi sehingga membuatkan guru-guru kagum melihat pada perubahan drastik yang saya alami. Letih, penat, mangantuk bukan lagi jadi isu pada saya, ini kerana saya semakin berasa cergas dan bersemangat. Tumpuan juga dapat saya berikan dengan lebih fokus ketika guru sedang mengajar. Dengan peningkatan yang berlaku dalam prestasi pembelajaran serta sering aktif dalam pembelajaran di dalam kelas,  tidak pula menjejaskan minat saya pada aktiviti kokurikulum. Saya berjaya mewakili sekolah dalam pertandingan kawad kaki di peringkat kebangsaan. Saya juga memperoleh pangkat sarjan dalam platun saya dan dipilih sebagai pembimbing rakan sebaya di sekolah serta dapat mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan agama. Jadi ini menunjukkan sangkaan para pelajar bahawa aktiviti kokurikulum tidak dapat disertakan dengan akademik adalah tidak benar sama sekali. Pada peperiksaan percubaan PMR, saya telah memperoleh 3A 6B. Saya bersyukur juga kepada Allah, walaupun keputusan tersebut tidak mencapai jangkaan saya tetapi ia benar-benar menunjukkan peningkatan yang ketara dalam pembelajaran saya.

Guru-Guru Kagum Melihat Perubahan Drastik dalam Subjek Pendidikan Islam, Sains dan Matematik Saya…..Ujar Ahmad Laqis Bin Nurun Ihsan

Dipendekkan cerita, pada hari keputusan PMR sebenar diumumkan, memang tidak disangka-sangka, saya memperoleh 8A 1B dalam peperiksaan. Kegembiraan yang tidak dapat saya gambarkan. Alhamdulillah, dengan berkat, doa dan usaha, saya mampu meraih keputusan yang agak cemerlang bagi saya. Terima kasih kepada  kepada ibu bapa dan semua yang telah banyak membantu dalam pendidikan saya. Terima kasih sekali lagi kepada bapa dan rakannya itu kerana memperkenalkan saya dengan produk Memo Plus Gold ini. Hanya dengan harga mampu milik RM59.90 bagi 60 biji kapsul sekotak tidaklah membebankan tetapi berbaloi dengan apa yang saya perolehi sekarang.

Guru-Guru Kagum Melihat Perubahan Drastik dalam Subjek Pendidikan Islam, Sains dan Matematik Saya…..Ujar Ahmad Laqis Bin Nurun Ihsan

Gambarkan, hanya 7 bulan mengamalkan Memo Plus gold secara konsisten, saya mampu meraih pencapaian yang tidak dapat saya bayangkan. Terima Kasih Memo Plus Gold kerana membantu saya melakukan perubahan diri dan menyerlahkan potensi diri saya dalam kemajuan akademik. Saya pasti anda juga inginkan perubahan dan kejayaan.

Memo Plus Gold merupakan suatu pilihan yang tepat untuk diri saya dan saya masih meneruskan pengambilannya sehingga ke hari ini dalam memastikan kejayaan dimasa akan datang.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.