Halangan-halangan terhadap Didikan Sempurna

Posted on February 19, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Membina sebuah keluarga memerlukan kemahiran, kesabaran, kasih sayang dan perhatian yang secukupnya. Kanak-kanak kebiasaanya lebih gemar mencorakan dunia mereka sendiri. Mereka ada keinginan, kegemaran, hiperaktif dan sentiasa seiring dengan perkembang semasa dalam dunia mereka. Kanak-kanak mudah untuk menyerap manfaat daripada makanan tambahan seperti Memo Plus Gold – satu estrak herba asli yang membina sel-sel otak seterusnya meningkatkan daya ingatan.

Didikan-Sempurna

Kebanyakan masalah berkaitan didikan boleh diatasi apabila anda mempelajari selok-belok tentangnya.
Pada langkah permulaaan, fahamkan semua kaedah mendidik sama ada bacaan daripada E-buku, video mahupun rancangan televisyen. Setiap ibu bapa berbeza sebegitu juga anak-anak anda. Tiada kaedah peniruan yang boleh betul-betul memastikan kejayaan. Namun, anda boleh mencuba beberapa kaedah yang dijangkakan bersesuaian dengan anak-anak anda. Apa yang penting, cuba fahami keperluan, kelakuan, pencapaian di sekolah dan semua perkara yang berkaitan yang mencerminkan perkembangan diri mereka.

Semakin mereka membesar, anda perlu memberikan lebih banyak perhatian kepada keupayaan supaya mereka boleh menyimpan dan mengingati semula apa yang telah dipelajari. Setiap kanak-kanak tidak mungkin mempunyai daya ingatan yang sama kerana fungsi sel-sel otak bertindak secara berbeza. Masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan tambahan herba semulajadi seperti Memo Plus Gold. Ia juga dapat membantu melencarkan peredaran darah, meningkatkan imunisasi tubuh, mencegah selsema, batuk dan beberapa penyakit lagi untuk memastikan kesihatan diri kanak-kanak terpelihara.
Setelah dewasa, situasi lebih berbeza di mana anak-anak perlu lebih mendapat perhatian dan rapat dengan ibu bapa mereka. Pada peringkat ini, anak-anak mula untuk bertindak sendiri dan mengharapkan ibu bapa berhenti memerhati dan mengawal mereka. Tanggapan bahawa mereka sudah berubah daripada anak kecil kepada orang dewasa yang sudah pandai menjaga diri. Namun, sebagai ibu bapa kita perlu sedar bahawa anak-anak yang dibiarkan bertindak sendiri umpama kapal yang belayar tanpa nakhoda.

Menguruskan anak-anak remaja lebih mencabar dan memerlukan perhatian sepenuhnya. Jagaan yang sempurna adalah dengan menghindarkan mereka daripada anasir-anasir negatif, bertindak seperti rakan sebaya dan manjakan mereka dengan keselesaan dan kasih sayang. Ibu bapa harus sedar dengan siapa anak-anak anda bergaul dan berdamping kerana mereka ini akan membentuk personaliti diri anak anda kelak. Dalam kehidupan masyarakat, ramai anak-anak remaja mudah terjebat kepada perkara negatif seperti dadah kerana terpengaruh dengan rakan sebaya. Jika anda menghadapi masalah yang sama, cuba berikan didikan serta nasihat tentang kesan sampingan terhadap tabiat ini.
Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.