Hiperaktif! Adakah anak anda menghidapinya?

Posted on June 16, 2014 · Posted in Pengetahuan am

Menurut Barkley (1990), gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau “Attention Deficit Hyperactive “(ADHD) merupakan salah satu kecelaruan psikiatri yang paling umum di kalangan kanak-kanak. Menurut beliau lagi, ia adalah satu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif – impulsif yang kerap dan teruk berbanding dengan keadaan biasa diperhatikan pada individu di peringkat yang normal. Menurut Paul Cooper dan Katherine (2002), ADHD berlaku mungkin disebabkan oleh desakan yang tidak terkawal, terlalu aktif, dan tidak memberi perhatian.

Kategori ADHD

Menurut American Academy of Family Physicians, ADHD yang berlaku di kalangan kanak-kanak terbahagi kepada tiga kategori iaitu:

1. Inatesi (Kekurangan tumpuan perhatian)

Kanak-kanak ini mempunyai daya tumpuan yang singkat terhadap sesuatu perkara.Selain itu, kanak-kanak ini juga sering melakukan kesalahan yang sama ketika melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama juga        kanak-kanak ini gagal mematuhi arahan dan gagal menyiapkan tugasan atau kerja sekolah serta kerap mengalami maslah dalam mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti           harian.             Simptom lain yang dikaitkan dengan kurang tumpuan ialah kanak-kanak ini tidak akan memberikan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya.

2.Implusif (mengikut dorongan hati).

Bagi kanak-kanak ini pula mereka terdorong untuk melakukan sesuatu perkara dan tindakan dengan mengikut kata hati dengan tidak berfikir terlebih dahulu. Ini termasuklah menjawab soalan yang dikemukan oleh guru di dalam kelas dengan   terburu walaupun soalan yang diajukan belum habis disoal oleh guru. Manakala jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak ini juga tidak tepat dengan soalan yang disoal oleh guru. Selain itu, kanak-kanak ini juga sering kali mengganggu kanak-kanak lain ketika melakukan aktiviti, bermain dan ketika menjawab soalan guru. Apabila kanak-kanak ini melakukan sesuatu perkara, mereka akan cepat berubah    tindakan dengan melakukan tindakan yang lain pula. Sebagai contoh ketika mereka sedang menulis sseuatu latihan yang diberi oleh guru, kanak-kanak implusif ADHD ini akan beralih tindakan kepada bermain alat permainan di dalam kelas.

3. Hiperaktif (berlaku terlalu aktif).

Bagi kanak-kanak hiperaktif ini mereka akan berkelakuan seperti menggoyangkan badan iaitu kaki dan tangannya serta resah di tempat duduknya. Kanak-kanak ini juga sukan berlari-lari, memanjat perabot di kelas atau rumah dan sukar untuk mereka duduk dalam keaadaan yang tenang.Kelakuan hiperaktif ini seringkali merungsingkan ibu bapa apabila kanak-kanak yang berusia dua tahun hingga tiga tahun yang mula pandai berlari, memanjat dan melompat. Simptom lain bagi kanak-kanak hiperaktif ini ialah kanak-kanak ini banyak bercakap dan bersikap degil serta membantah apabila arahan diberikan kepada kanak-kanak tersebut.

Ketahui punca berlakunya sifar hiperaktif ni melalui rencana kami yang seterusnya esok ya..Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.