Ibu Bapa dalam Menangani Rengekan Anak-anak

Posted on January 21, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Setiap ibu bapa semestinya faham bagaimana perasaan kecewa dalam menangani rengekan anak-anak. Kanak-kanak akan merengek kepada semua orang sekiranya mereka tidak mendapat DVD yang mereka mahukan, terpaksa menghabiskan masa mengulang kaji yang panjang dan terpaksa membuat kerja rumah. Pelbagai rengekan dapat didengar daripada jutaan kanak-kanak yang hidup di atas muka bumi ini.

Menangani Rengekan Anak-anakPersoalannya di sini, mengapa kanak-kanak merengek? Ada yang berpendapat bahawa kanak-kanak merengek kerana mereka tidak suka disuruh. Ada pula yang beranggapan anak-anak pada masa kini merungut kerana inginkan permainan baru, DVD, pakaian dan kereta! Dan ramai yang percaya bahawa kanak-kanak merengek disebabkan mereka bosan dan tidak ada apa untuk dilakukan. Semua pendapat ini ada betulnya. Namun, sebab yang paling kukuh dan diterima umum ialah kerana mereka mahukan perhatian daripada ibu bapa. Semakin kuat mereka meraung, semakin cepat ibu bapa bertindak balas dan keadaan ini menyebabkan mereka terus bertindak sedemikian.

Kebanyakan kanak-kanak percaya bahawa merengek merupakan satu tindakan yang efektif bagi menarik perhatian ibu bapa berdasarkan pengalaman yang lepas. Lihat situasi di mana seorang ibu membawa anaknya ke pasar raya. Anak tersebut inginkan sebungkus gula-gula dan memberitahu ibunya dengan penuh teruja. Ibunya yang sibuk melihat senarai barang itu tidak memberikan perhatian kepada apa yang diperkatakan oleh anaknya. Sudah semestinya kanak-kanak tersebut akan meninggikan suaranya apabila melihat ibunya tidak memberikan sebarang tindak balas. Jadi, cara terbaik untuk menangani masalah ini ialah dengan mengakui kesilapan anda dan terangkan kepadanya bahawa tindakan meraung dan merengek seperti itu tidak boleh diterima dan tidak akan diberi perhatian. Jika mereka tidak menghiraukan kata-kata anda, teruslah bersikap tegas kerana lambat laun mereka akan faham bahawa meraung dan merengek bukanlah cara yang berkesan untuk mendapatkan sesuatu.

Peraturan Pertama : Jangan sesekali membenarkan anak anda merengek ataupun meraung kecuali sekiranya dia cedera atau sakit dan memerlukan rawatan perubatan!

Semasa memberi respon kepada kanak-kanak yang sedang merengek, pastikan anda bercakap dengan tenang dan jelaskan bahwa merengek bukanlah tindakan yang tepat. Berikan mereka beberapa contoh bagaimana untuk meminta sesuatu yang mereka ingini dengan baik. Jika barang yang anda anda ingini agak mahal, suruhlah mereka untuk melakukan kerja rumah bagi mengumpulkan duit untuk mendapatkan apa yang mereka impikan itu. Sekiranya barangan tersebut sesemangnya sesuai unutk mereka, cuba jelaskan bahawa mungkin adalah lebih sesuai sekiranya mereka memiliki barangan tersebut apabila mereka dewasa kelak. Cubalah sedaya upaya untuk memahamkan anak anda bahawa sekiranya mereka berterusan merengek untuk mendapatkan sesuatu, jelaskan bahawa mereka langsung tidak berpeluang untuk memilikinya.

Peraturan Kedua : Berikan mereka ganjaran supaya mereka berhenti merengek. Tindakan ini bukan bermaksud unutk menyogok mereka, tetapi ianya adalah supaya mereka diam!

Kenal pasti sebab mengapa mereka merengek. Jika anak anda meraung dan merengek disebabkan cedera atau sakit, pastikan dia mendapat rawatan yang sewajarnya. Sekiranya rengekan anak anda hanyalah sekadar inginkan perhatian, cubalah memberikan respon yang positif terhadap mesej yang cuba disampaikan oleh anak anda. Bagi ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja, carilah sedikit masa terluang untuk dihabiskan bersama anak anda. Walaubagaimanapun, jika anda sibuk dengan bayi yang baru dilahirkan, luangkanlah masa lapang yang ada, yakni ketika bayi tidur, bersama anak anda yang lain. Mungkin anak anda sudah terbiasa dengan kehidupan sebelum lahirkan bayi baru anda. Sedarlah bahawa anak anda terlalu muda untuk meluahkan rasa rindu pada kehidupannya sebelum ini.

Peraturan Ketiga : Lakukan penilaian yang jujur tentang kuantiti masa yang dihabiskan bersama anak anda.

Oleh itu, kenal pasti sebab anak anda merengek dan carilah cara untuk menghentikannya. Sememangnya sukar untuk menjadi ibu bapa, terutamanya jika anak anda merengek di tempat awam. Jelaskan pada anak anda bahawa tindakan ini tidak boleh diterima. Carilah sebab mengapa mereka bertindak sedemikian dan yang paling penting, bertegslah dengan pendirian anda dan jangan sesekali kalah dengan rengekan anak anda!Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.