Ibu Bapa yang Dimanipulasi

Posted on January 24, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

anak-anak anda sering memutarbelitkaIbu bapa yang mempunyai anak remaja pasti mengetahui bagaimana anak mereka boleh memanipulasi dan memutar belitkan keadaan dengan sangat hebat! Ibu Bapa yang dimanipulasi pasti merasai bagaimana anak-anak anda sering memutarbelitkan keadaan. Setiap remaja mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka berkelakuan sedemikian. Sesetengah remaja berkelakuan sebegitu rupa kerana mahu mendapatkan perhatian ibu bapa atau mungkin ingin mengalih perhatian ibu bapa sekiranya mereka melakukan kesalahan. Ada juga sesetegah remaja memanipulasi ibu bapa mereka bagi memenuhi kehendak hati dan ada juga yang sememangnya sengaja ingin melihat ibu bapa mereka mengamuk!

Terdapat beberapa cara untuk remaja memanipulasi ibu bapa mereka, dan sekiranya ibu bapa menyedari tindakan anak mereka itu, mereka boleh meneutralkan kembali keadaan :

1. Dendam dan Tindakan Balas :

Sekiranya anak anda mengingkari arahan anda berulang kali, bertindaklah segera dengan mengenakan sekatan dan dendaan yang setimpal. Sekat penggunaan telefon bimbit, bermain permainan video dan jangan benarkan mereka keluar bersiar-siar untuk satu tempoh masa tertentu. Bertegaslah dengan sekatan dan dendaan yang telah anda tetapkan dan jangan terlalu berlembut. Jika perlu, tambah kerja rumah yang perlu mereka lakukan.

2. Semakin Meminta, Semakin Buruk Akibatnya :

Apabila remaja menginginkan sesuatu, misalnya iPhone 5, mereka pasti akan merengek dan merungut secara berterusan sehingga ibu bapa mereka tidak tahan lalu menunaikan permintaan mereka itu. Sekiranya anda menegaskan bahawa mereka tidak boleh memilikinya, ingatkan mereka bahawa mereka “TIDAK AKAN” memilikinya tidak kira apa jua yang akan berlaku. Bertegaslah dengan keputusan anda dan jangan sesekali mengalah. Biarkan mereka tahu bahawa sekiranya mereka terus berdegil, mereka akan didenda dengan lebih tegas lagi.

3. Menipu dan Menipu Lagi :

Kebanyakan remaja cenderung untuk menipu ibu bapa kerana berpendapat bahawa mereka jauh lebih bijak daripada ibu bapa mereka. Mereka juga merasakan bahawa ibu bapa mereka tidak akan menghidu perbuatan terkutuk mereka itu. Semakin bijak anak anda menipu, semakin sukar untuk anda mengesannya. Anak-anak pada zaman kini sudah berani memperbodohkan ibu bapa mereka sendiri tanpa memikirkan dosan dan pahala. Ibu bapa yang prihatin perlulah sentiasa memantau pergerakan anak-anak anda dan cubalah berhubung dengan ibu bapa rakan anak anda bagi mengenal pasti apa sebenarnya yang mereka lakukan di belakang anda. Sekiranya mereka ditangkap menipu, bertindaklah segera dengan mengenakan hukuman yang setimpal. Jangan menangguhkan hukuman kerana mereka akan lebih menjadi-jadi.

4. Berdiam Diri :

Sekiranya anak remaja anda berpendapat bahawa dengan berdiam diri, anda akan tunduk kepada mereka, buktikan yang mereka sebenarnya salah! Setiap kali mereka berdiam diri dan tidak memberi respon atas setiap pertanyaan ibu bapa, pastikan mereka hilang 30 minit masa menonton televisyen. Denda seperti ini pasti akan membuatkan anak anda tidak senang duduk. Walaubagaimanapun, sekiranya anak anda berasa kecewa kerana beranggapan mereka mampu menyelesaikan masalah mereka sendiri, terangkan kepada mereka bahawa mereka boleh berbincang dengan anda bagi menyelesaikannya bersama. Pastikan anak anda benar-benar faham bahawa tindakan berdiam diri tidak akan membawa apa-apa faedah.

5. Dipinggirkan dan dipulaukan :

Sekiranya anak anda menyatakan bahawa dia akan kehilangan rakan atau dipukul kerana tidak memiliki pakaian berjenama seperti Levi’s sebagaimana rakan-rakannya yang lain, jangan terus mempercayainya. Sebaliknya, selidik terlebih dahulu kebenaran kata-kata anak anda. Jika anda dapati mereka menipu, ambillah tindakan yang sewajarnya.

Ibu bapa perlulah bertanggungjawab dalam setiap tindak tanduk anak-anak anda bagi mengelakkan diri dari menjadi Ibu Bapa yang Dimanipulasi. Jika tidak, anak remaja anda pasti akan terus memanipulasi anda untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Bertegaslah dengan setiap dendaan yang anda kenakan kepada mereka dan jangan mudah berlembut. Pastikan anda mengenakan peraturan yang sama kepada semua anak-anak anda. Tindakan ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk kebaikan anak-anak anda semata-mata.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.