Sebagai ibu, saya mahukan yang terbaik untuk anak-anak saya. Setelah melihat prestasi anak saya Muhamad Amir Safwan yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak begitu memuaskan, saya rasa saya perlu memikirkan sesuatu bagi membantu anak saya memperbaiki prestasi pembelajarannya agar dia memperoleh keputusan cemerlang.
Setelah berfikir panjang, saya teringat kepada seorang pengedar yang menjual pelbagai produk jamu di kawasan saya. Saya terus menghubunginya dan bertanyakan produk yang sesuai untuk anak saya. Nama beliau ialah Puan Dahlia. Beliau mengesyorkan supaya anak saya mengambil produk Memo Plus Gold. Beliau juga merupakan pengguna Memo Plus Gold, apa tidaknya semua anak-anak beliau mengamalkan produk ini sejak di bangku sekolah lagi. Selain daripada itu, testimoni pengguna Memo Plus Gold mengenai kecemerlangan para pelajar yang mengamalkan pengambilan produk ini secara ekslusif juga kerap kali dipaparkan di akhbar Harian Metro. Dengan harga mampu milik RM59.90 bagi 60 biji kapsul sekotak untuk bekalan sebulan tidaklah membebankan tetapi berbaloi. Ini mendorong dan memberikan saya semangat serta harapan baru untuk memilikinya.
Anak saya sering letih, mengantuk dan kurang memberi tumpuan di dalam kelas. Dia sangat sukar memperoleh A dalam ujian bulanannya. Purata markah tertinggi yang mampu dicapai oleh anak saya hanya setakat 70% sahaja. Selain tidak konsisten, kadang-kala markah yang diperolehnya agak rendah. Ini amat merisaukan saya dan gurunya. Tambahan pula anak saya ini berada dalam kelas pintar. Sudah tentu dia harapan guru dan juga saya.
Pada mulanya saya memberi anak saya sebiji Memo Plus Gold sehari. Selepas enam bulan pengambilan Memo Plus Gold, saya dapat lihat perubahan yang cukup mengagumkan pada anak saya. Jika dahulu dia perlu dibantu menguruskan kerja sekolahnya, kini dia sudah mampu melakukannya sendiri dengan penuh keyakinan. Dia tidak lagi merungut letih dan penat.
Sebelum pengambilan Memo Plus Gold, anak saya kelihatan letih dan tidak bermaya. Anak saya perlu melalui rutin harian yang sangat padat dengan sesi persekolah, kokurikulum dan kelas tambahan.
Namun kini dengan pengambilan Memo Plus Gold, selepas tamat sesi pagi persekolahan, anak saya akan menjalani latihan ‘Choral Speaking’ dari pukul 1.15 hingga 3.15 petang setiap hari. Selepas berehat 15 minit, dia akan menghadiri kelas tambahan dari pukul 3.30 hingga 5.30 petang. Bayangkan, hampir sehari suntuk anak saya berada di sekolah. Pada waktu malamnya terpaksa pula menyiapkan kerja sekolah. Sudah tentu kepenatan bukan? Dengan pengambilan Memo Plus Gold, kini anak saya ini semakin aktif di sekolah. Selain aktif dalam bidang sukan, dia juga berjaya mendapat Naib Johan diperingkat negeri dalam pertandingan ‘Choral Speaking’ yang disertainya. Anak saya langsung tidak lagi merungut keletihan malah amat mudah bangun pagi dan bertenaga.
Keputusan peperikaan percubaan UPSR Muhamad Amir tidak begitu memberangsangkan. Dia cuma memperoleh 1A 4B. Namun saya tidak berputus asa. Selain memberikan sokongan dan semangat kepadanya, saya terus memberinya Memo Plus Gold secara konsisten dan berusaha yang terbaik untuk membantu anak saya. Setelah berusaha bertungkus-lumus dan mengharungi segala kepayahan, akhirnya hasil yang diperoleh sangat membanggakan. Syukur Alhamdulillah, impian kami menjadi kenyataan. Anak saya berjaya meraih keputusan cemerlang 5A dalam UPSR 2013. Sebagai ibu, saya amat teruja dan terharu apabila nama anak saya disebut sebagai pelajar cemerlang pada tanggal 14 November 2013.
Apa yang menghairankan saya setelah mengambil produk Memo Plus Gold ini, stamina anak saya sangat stabil. Dia begitu cergas dan bersemangat sehinggalah hari peperiksaan berlangsung walaupun padat dengan aktiviti dan kadang kala terpaksa tidur lewat untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. Faktor ini juga mungkin mempengaruhi keupayaan berfikir anak saya. Anak saya berasa yakin semasa menjawab setiap soalan. Wow! Hebat Memo Plus Gold ini, dan sangat berkesan.
Tiada kata yang dapat saya luahkan selain air mata kegembiraan yang mengalir tatkala melihat impian anak saya menjadi kenyataan. Sekiranya anda merasai seperti apa yang saya rasakan saat ini, pasti anda juga ingin merasai kejayaan seperti ini. Kini, saya sudah pun merasainya. Ingatlah, semuanya bergantung kepada tindakan yang kita ambil.