Kaedah Berbeza Meningkatkan Kemahiran Asuhan

Posted on January 23, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Salah satu faktor yang menghakis keseronokan semasa mendidik anak-anak adalah keinginan ibu bapa untuk menjadi sempurna dan ideal. Oleh itu, sangat penting bagi para ibu bapa untuk menerima kekurangan diri sendiri agar dapat menumpukan kepada tugasan yang lebih penting iaitu mendidik anak menggunakan kaedah terbaik. Walaupun keinginan untuk menjadi ibu bapa yang sempurna adalah mustahil, namun terdapat pelbagai kaedah untuk meningkatkan teknik asuhan supaya sekurang-kurangnya anda dapat menjadi ibu bapa yang berkebolehan untuk bertindak terhadap isu-isu utama yang sering dihadapi dengan sebaik mungkin.

Meningkatkan Kemahiran Asuhan

Berikut adalah sebahagian daripada kaedah yang dicadangkan:

1. Mendaftarkan diri dalam kelas asuhan.

Jika ibu bapa benar-benar berhasrat untuk menjadi yang terbaik, laburkan masa dan usaha anda di dalam kelas kemahiran asuhan. Sama ada menghadiri kelas jangka masa pendek mahupun belajar secara atas talian (online) ianya dapat membantu ibu bapa untuk berurusan dengan masalah-masalah yang sering dihadapi oleh mereka semasa membesarkan anak-anak.

2. Ambil bahagian dalam Persatuan Ibu Bapa dan Pelajar di sekolah.

Kunci kepada asuhan yang baik ialah dengan melibatkan diri dalam kehidupan kanak-kanak, dan salah satu cara untuk melibatkan diri anda ialah dengan mengambil peluang untuk menyertai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah. Secara tidak langsung, anda berpeluang mengetahui persekitaran anak-anak di sekolah serta dapat bergaul dengan ibu bapa yang lain. Ada di antara mereka yang dapat memberikan tips-tips asuhan dan bertindak sebagai rakan sokongan anda.

3. Baca buku mengenai teknik-teknik asuhan.

Terdapat pelbagai buku kaedah mendidik yang memberikan satu pemahaman luas untuk mengendalikan anak-anak anda. Kandungan buku-buku ni menyediakan nasihat-nasihat praktikal semasa mendidik dan melengkapkan anda dengan teknik-teknik asuhan serta falsafah-falsafah yang berkaitan. Anda berpeluang memilih cara yang paling sesuai untuk diaplikasikan kepada sesuatu situasi jika sudah terbiasa dengan pelbagai teknik. Sebagai ibu bapa yang sentiasa ingin belajar, baik untuk anda supaya berfikiran terbuka. Contohnya, sesetengah ibu bapa tidak menyokong konsep asuhan secara berlembut, namun begitu setiap teknik asuhan yang diutarakan telah disokong oleh prinsip-prinsip tertentu. Ada ibu bapa menganggap asuhan secara berlembut tidak dapat memaksimakan potensi kanak-kanak, namun dengan mempelajari konsep tersebut anda boleh memetik beberapa perkara yang baik walaupun tidak bersetuju sepenuhnya dengan falsafah tersebut. Mendidik merupakan cabaran yang dinamik, kebiasaanya ia tidak dapat diaplikasikan dengan satu cara sahaja, tetapi perlu sentiasa diiringi dengan naluri ibu bapa, personaliti unik anak-anak dan pemahaman kepada sumber luaran.

4. Langgan majalah bersifat keibubapaan.

Pakar psikologi dalam asuhan dan kanak-kanak sentiasa mengutarakan pandangan mereka mengenai asuhan yang sesuai terutamanya mengikut persekitaran semulajadi kanak-kanak – dunia mereka – perubahan semasa, teknik asuhan itu juga sentiasa berubah-ubah. Dalam hal ini, buku tidak dikemaskinikan dengan maklumat-maklumat terbaru berbanding majalah yang sentiasa dimuatkan dengan maklumat terkini dalam dunia asuhan. Jadi, ibu bapa perlu cuba untuk melanggan majalah bersifat keibubapaan yang dapat memberikan info-info praktikal yang kebiasaanya tidak terdapat di dalam buku.

5. Jaga diri anda.

Menjadi kebiasaan bagi ibu bapa merasakan bahawa mereka telah banyak berkorban kepada anak-anak. Namun, sebagai ibu bapa yang baik, anda tahu untuk menyeimbangkan kehidupan sebagai seorang ibu bapa dan sebagai seorang individu. Luangkan masa untuk diri sendiri dan cuba berehat seketika daripada anak-anak dengan meluangkan masa bersama suami, tinggalkan anak-anak bersama keluarga mentua atau gajikan pengasuh supaya anda mempunyai masa untuk diri sendiri. Sentiasa ingat bahawa, jika anda tidak mampu menggembirakan diri sendiri, pasti sukar untuk menjadi ibu bapa yang terbaik.

6. Jangan bandingkan diri anda dengan ibu bapa yang lain.

Setiap kanak-kanak berbeza, menjadi lumrah untuk setiap ibu bapa menggunakan teknik asuhan yang berbeza. Tidak menjadi masalah untuk anda mengambil tips-tips asuhan daripada ibu bapa yang lain, tetapi jangan sesekali membandingkan diri anda dengan orang lain kerana keperluan anak anda mungkin berbeza daripada keperluan anak mereka.

7. Dapatkan bantuan.

Mendidik anak-anak bukanlah tugas peseorangan. Mustahil bagi seseorang ibu bapa untuk melakukannya sendiri tanpa bantuan dari luaran. Jika anda membesarkan anak-anak anda bersama suami, isteri atau pasangan yang bertanggungjawab, cuba berbual mengenai cara asuhan ini bersama-sama. Tentukan bagaimana anda mahu membesarkan mereka. Mungkin wujud perbezaan pendapat tentang perkara ini terutamanya teknik-teknik asuhan yang diinginkan. Jadi, pastikan anda berbincang bersama pasangan dan buat keputusan dan persetujuan bersama. Jika anda tidak mempunyai pasangan yang komited, tidak menjadi satu kesalahan untuk meminta bantuan daripada ibu bapa anda, jiran tetangga atau sahabat handai.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.