BELAJAR secara berkumpulan adalah salah satu aktiviti belajar yang dapat membantu pelajar cemerlang dalam peperiksaan. Sayangnya, tujuan belajar berkumpulan ini kerap melencong daripada tujuan yang sebenar, tidak produktif dan membuang masa. Sebab itulah ada pelajar yang berasakan belajar sendiri itu lebih baik daripada belajar berkumpulan.
Sebenarnya, sekiranya caranya betul, belajar secara berkumpulan ini dapat menyelesaikan banyak masalah belajar dan membolehkan mereka yang terlibat mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Anda perlu menerima hakikat tidak semua orang tahu semua perkara. Tidak semua pelajar mempunyai masa bagi belajar semua perkara. Oleh itu, apabila belajar berkumpulan itu dirancang dan diatur dengan baik pelbagai maklumat dapat diperoleh dan anda dapat merasakan kebaikan serta kelebihannya.
Sama ada anda sedari ataupun tidak apabila anda menjelaskan sesuatu fakta kepada pelajar lain sebenarnya anda sendiri menjadi bertambah faham? Belajar secara berkumpulan membolehkan anda mempraktikkan amalan ini dan menjadikan anda lebih memahami dan mengingati apa yang anda pelajari. Dua otak lebih balk daripada satu otak. Belajar berkumpulan membolehkan anda berkongsi maklumat, bertukar nota dan membolehkan pembelajaran berlaku secara aktif.
KENAPA BELAJAR BERKUMPULAN GAGAL MENCAPAI OBJEKTIF?
- Ahli kumpulan dipilih daripada mereka yang tidak berkualiti. Seseorang itu mungkin tidak begitu pandai tetapi sekiranya dia menunjukkan kemahuan belajar yang tinggi dan sanggup bekerjasama itu sudah memadai
- Pelajar rasa bosan kerana apa yang dibincangkan sudah mereka ketahui, sedangkan masa peperiksaan semakin hampir. Bahan yang perlu dihabiskan masih banyak. Semua orang mempunyai satu frekuensi FM tersendiri iaitu dipanggil WIIFM iaitu What’s In It For Me?. Apabila dia rasakan dia tidak mendapat manfaat daripada aktiviti belajar berkumpulan dia mula timbulkan masalah ataupun tidal( memberikan kerjasama yang balk kepada kumpulan.
- Tiada jadual yang disusun.
- Masing-masing hanya tunggu disuap. Hanya satu ataupun dua orang sahaja yang aktif memberikan pendapat dan melakukan persediaan dengan menyediakan pelbagai maklumat. Orang lain sekadar bergantung kepada satu ataupun dua pelajar ini dan akhirnya pelajar ini menarik diri dan kumpulan belajar dibubarkan.
- Masa pertemuan begitu lama sehingga ada ahli yang berasa mereka membuang masa lalu menarik diri daripada menyertai kumpulan.
- Banyak bercerita dan bersembang mengenai perkara lain yang tiada kaftan dengan pelajaran.
PETUA BELAJAR BERKUMPULAN
Bagi menjadi pelajar cemerlang kita mesti berbincang mengenai apa yang kita pelajari demi memastikan supaya apa yang kita faham itu betul. Dengan adanya kumpulan perbincangan yang berkesan banyak masalah pelajaran dapat diatasi bersama. Berikut adalah beberapa langkah yang perlu dilakukan bagi mewujudkan kumpulan yang berkesan.
- Satu kumpulan hendaklah terdiri daripada empat sehingga enam orang sahaja. Pepatah ada mengatakan, `Banyak asam banyak garam dan banyak orang banyak ragam’. Jadi lebih baik kumpulan belajar itu kecil sahaja supaya mudah diuruskan.
- Setiap pertemuan tidak lebih daripada tiga jam dan sebaik-baiknya dua ataupun tiga kali sahaja seminggu.
- Setiap pertemuan biarlah diatur pada hari dan waktu yang sama setiap minggu. Ini memudahkan anda mengatur jadual harian dan jadual belajar anda sendiri. Selain itu, hari dan waktu yang sama memudahkan bagi anda mengingati temu janji itu.
- Lantik seorang ketua supaya ada seseorang yang bertanggungjawab atas perjalanan aktiviti belajar serta memastikan semua orang memberikan kerjasama sepenuhnya pada kumpulan belajar.
- Ahli kumpulan mestilah dipilih daripada kalangan mereka yang sanggup meletakkan komitmen yang tinggi bagi belajar. Kita tidak mahu ada di antara ahli kumpulan yang hanya mengharapkan rakan yang lain melakukan persediaan dan mereka sekadar mahu disuap sahaja. Adalah lebih berkesan sekiranya individu yang dipilih itu mempunyai kemahiran dan menguasai subjek yang berbeza. Contohnya, ahli kumpulan mungkin terdiri daripada empat orang. Mereka terdiri daripada pelajar yang bijak matematik, rains, bahasa Inggeris dan sebagainya.
- Rancang beberapa hari lebih awal topik dan subjek yang mahu dibincangkan nanti.
- Setiap ahli kumpulan MESTI baca lebih awal topik itu dan kemudian senaraikan segala perkara yang tidak difahami dan segala soalan yang tidak dapat dijawab.
- Pada hari perbincangan, masing-masing jelaskan apa yang tidak difahami dan setiap soalan yang mereka senaraikan sebelumnya. Sesiapa yang faham dan tahu jawapan memberikan penjelasan dan dibincangkan. Begitulah dilakukan hingga semua ahli berpuas hati kerana masalah masingmasing selesai dibincangkan.
- Sekiranya ada perkara yang tidak dapat diselesaikan kerana tiada seorang pun daripada ahli yang tahu jawapannya ataupun mampu memberikan penjelasan atas perkara yang tidak difahami itu. Buat temu janji dengan guru dan semua ahli perlu bersama bagi berjumpa dengan guru itu.
- Supaya lebih terasa semangat brother-hood berikanlah kumpulan anda satu nama dan sediakan satu moto yang menjadi kekuatan kepada kumpulan.
- Lakukan aktiviti riadah ataupun bersosial bersama-sama bagi mengeratkan lagi hubungan antara ahli kumpulan. Perasaan sayang pada ahli seperti satu keluarga perlu wujud supaya masing-masing berasa bertanggungjawab dan bersedia bagi membantu ahli yang agak lemah ataupun tertinggal dalam satu-satu mata pelajaran.




