Nama saya Sia Jia Xuen, kini berumur 13 tahun. Saya berasal dari Kajang dan merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik. Hobi saya ialah bermain badminton dan melukis. Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang juruterbang. Nak menjadi seorang juruterbang bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun untuk mencapainya masih jauh, saya perlu mula berusaha dari sekarang, lebih-lebih lagi dalam bidang akademik.
Bila menyebut tentang akademik dan alam persekolahan, kebanyakkan pelajar seperti saya pasti mengimpikan untuk menjadi pelajar cemerlang dalam setiap peperiksaan yang diduduki. Pada tahun 2013 iaitu tahun lepas, saya telah menduduki peperiksaan UPSR.
Semasa saya berada di darjah enam, saya bersekolah di sekolah SJKC Yu Hua Hulu Langat. Seperti yang kita semua sedia maklum, subjek wajib bagi sekolah jenis kebangsaan adalah 7 berbeza dari sekolah kebangsaan biasa yang hanya 5 subjek. Di sekolah, saya kurang dapat menumpukan perhatian sepenuhnya apabila guru sedang mengajar di dalam kelas. Saya juga mudah hilang fokus serta tidak faham apabila guru membuat ulangkaji pelajaran sehingga saya selalu mengalami tekanan. Saya berasa risau, terutama apabila memikirkan peperiksaan UPSR yang bakal saya duduki tidak lama lagi. Walaupun saya telah berusaha, kesukaran yang saya alami masih tetap sama. Prestasi pembelajaran saya masih mendatar sahaja.
Hal ini menyebabkan Ibu saya berasa sangat bimbang dengan prestasi saya di sekolah. Ibu mula memikirkan alternatif lain yang dapat membantu saya. Pada suatu hari, ibu membawa saya ke sebuah farmasi. Saya juga hairan apa yang ibu inginkan di farmasi, rupa-rupanya ibu ingin membelikan saya makanan tambahan yang boleh membantu saya meningkatkan prestasi dalam pembelajaran. Sewaktu di farmasi, seorang juru farmasi telah memperkenalkan produk Memo Plus Gold kepada kami. Ini kerana setelah ibu memberitahunya kesukaran yang saya hadapi, juru farmasi itu terus mengesyorkan agar saya menggunakan produk ini. Kata juru farmasi itu, produk ini merupakan makanan tambahan yang mampu membantu saya dalam meningkatkan tahap fokus, tumpuan, menghafal dan meransang keupayaan mengingat serta dapat menambahkan kecergasan diri. Setelah mendengar segala penerangan yang diberikan oleh juru farmasi itu, ibu saya bersetuju dengannya dan terus membeli Memo Plus Gold. Harganya juga sangat berpatutan, hanya RM59.90 bagi 60 biji kapsul sekotak tidaklah membebankan untuk ibu memperolehnya.
Ibu memberikan saya Memo Plus Gold setiap hari dan memastikan saya mengambilnya secara konsisten. Setelah beberapa bulan saya mengamalkan produk Memo Plus Gold, saya berasa lebih cergas, lebih fokus. Saya juga berasa bersemangat untuk pergi ke sekolah. Selain itu, saya dapat memberikan tumpuan sepenuhnya ketika guru sedang mengajar. Bagi subjek Bahasa Melayu yang dulunya agak sukar bagi saya menghafal dan mengingat, kini, dengan adanya Memo Plus Gold, subjek ini semakin mudah difahami dan menjadi lebih digemari. Tambahan pula, simpulan bahasa dan peribahasa menjadi lebih mudah untuk diingati.
Walaupun semasa ujian percubaan UPSR, saya hanya mendapat 4A, namun saya tidak berputus asa. Saya masih meneruskan pengambilan Memo Plus Gold seperti biasa dan berusaha lagi dengan penuh keyakinan. Akhirnya, setelah berusaha dan bertungkus lumus serta pengambilan Memo Plus Gold yang berterusan secara konsisten, saya berjaya memperoleh 7A dalam UPSR.
Saya berasa sangat gembira dengan keputusan yang luar biasa saya peroleh. Ibu saya juga berasa gembira dan bangga dengan pencapaian saya. Terima kasih yang teramat sangat kepada ibu saya kerana keperihatinannya terhadap pembelajaran saya dengan membelikan Memo Plus Gold, kini telah membuahkan hasil. Terima kasih kepada juru farmasi yang telah mengesyorkan kepada kami produk ini, terima kasih juga kepada guru-guru yang telah banyak memberikan dorongan dan tunjuk ajar kepada saya. Tanpa mereka, saya tidak mungkin memperoleh pencapaian yang cemerlang seperti ini.
Sehingga kini, saya masih meneruskan pengambilan Memo Plus Gold dan lebih berusaha dalam pembelajaran di sekolah menengah agar peperiksaan demi peperiksaan dapat saya hadapi dengan memperoleh kejayaan. Memo Plus Gold telah membantu saya mendapatkan keputusan yang cemerlang kerana dengan pengambilannya, saya juga dapat meningkatkan tahap kefahaman dan konsentrasi. Kini, saya seronok belajar dan mudah memahami subjek-subjek yang diajar. Semoga Memo Plus Gold dapat membantu anda di luar sana seperti mana ia telah membantu saya.