Kekalkan Ketajaman Minda di Usia Tua

Posted on May 22, 2015 · Posted in Memo Plus Gold

Tidur malam selama tujuh jam dan banyakkan membaca.

Nampaknya itulah formula ajaib untuk membuat mental selalu cergas ketika di usia tua. Selepas menganalisis gaya hidup 245 orang warga emas berusia 65 tahun dan ke atas, penyelidik daripada Universiti Cerdenal Herrera, Valencia, Sepanyol mendapati mereka yang tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit dan menjauhkan diri daripada aktiviti yang merangsang otak seperti membaca mempunyai risiko peningkatan kemerosotan kognitif yang lebih tinggi.

Mengikut kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Revista de Investigacion Clinica, warga emas yang tidur lebih daripada lapan jam atau kurang daripada enam, adalah 2.6 kali ganda berkemungkinan akan mengalami isu kogninif berbanding mereka yang mendapat enam hingga lapan jam tidur satu malam.

Begitu juga dengan ketiadaan aktiviti yang merangsang minda seperti membaca menyumbang kepada penurunan kognitif. Mereka yang tidak membaca mempunyai risiko sebanyak 3.7 kali ganda, mereka yang membaca sekali sekala mempunyai risiko sebanyak 2.5 kali ganda.

Cara lain untuk membuat warga emas mengekalkan ketajaman mental mereka adalah bersenam secara kerap, makan makanan seimbang, yang turut mengandungi makanan perangsang minda yang kaya dengan omega-3s dan antioksidan.

Memo Plus Gold mempunyai antioksidan yang dapat membantu mencergaskan minda dan meningkatkan daya ingatan. Ambil Memo Plus Gold setiap hari bagi menggalakkan perkembangan otak yang lebih sihat dan badan yang lebih cergas.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.