Kepentingan Mengaturcara Minda Anak Anda

Posted on February 20, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Dalam setiap komuniti, terdapat sekumpulan kanak-kanak yang tergolong dalam kelompok berpencapaian tinggi, sederhana dan lemah. Sekiranya ibu bapa dan penjaga belajar dan melaksanakan rahsia pengaturcaraan minda anak anda dengan betul, tidak mustahil kelompok kanak-kanak yang lemah ini boleh berubah kepada kelompok yang berpencapaian tinggi. Anda tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk melakukan semua ini ataupun menunggu anak anda mendapat B dalam peperiksaan untuk memulakan langkah. Apa yang anda perlukan hanyalah supplemen makanan semulajadi Memo Plus Gold, masa yang berkualiti bersama anak anda dan keupayaan anda untuk menyuntik keyakinan dalam diri mereka pasti berjaya membuahkan hasil. Anda perlu ingat bahawa Thomas Edison, pencipta mentol elektrik, bukanlah seorang murid yang cemerlang di sekolahnya. Hal ini jelas membuktikan bahawa minda kanak-kanak berpotensi untuk dikembangkan.

Sama ada kita sedar atau tidak, kebanyakan ibu bapa di seluruh dunia gagal untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak mereka dan dalam masa yang sama gagal untuk menerapkan nilai keyakinan dalam minda anak-anak muda ini. Dalam dunia yang semakin kompetitif ini, ibu bapa lebih banyak menghabiskan masa dan usaha mereka untuk saling bersaing bagi menghadapi persaingan yang sengit dalam kerjaya masing-masing. Dalam pada itu, penumpuan lebih diberikan kepada kerja sekolah dan markah yang diperoleh oleh anak-anak di dalam peperiksaan. Sebagai ibu bapa yang benar-benar prihatin, cuba alihkan pemikiran dan tumpuan anda ke sudut lain dalam diri anak anda. Cubalah untuk menyelami isi hati dan selidiki kekurangan dalam diri anak anda yang mana selama ini menyekat mereka untuk menjadi seorang yang berjaya. Sekiranya anda mampu melakukan sedemikian, anda telah membantu anak anda dan diri anda sendiri.

Setiap kanak-kanak adalah bijak dan berupaya untuk belajar dengan cepat dan mudah. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memberi dorongan dan memimpin mereka mengikut kebolehan yang ada dalam diri mereka supaya dapat digunakan dengan cara yang betul. Berbuallah dengan anak anda tentang kejayaan yang diperolehinya berbanding hanya menekankan kegagalan yang pernah dilakukannya. Ingatlah bahawa setiap kejayaan yang diraih oleh anak anda sangat bermakna buatnya walaupun bagi anda ianya merupakan perkara yang remeh dan tidak penting. Raikanlah kejayaan anak anda dengan mengiktiraf pencapaian tersebut melalui pemberian ganjaran yan sewajarnya supaya mereka rasa dihargai. Walaubagaimanapun, jangan sekali terkeliru antara menghargai dan memanjakan anak anak kerana ianya merupakan dua perkara yang berbeza.

Peranan Memo Plus Gold dalam Meningkatkan Keyakinan Anak AndaDalam usia yang masih muda, bermula dari umur dua tahun, kanak-kanak sudah berkebolehan untuk menyerap maklumat dan mengekalkan pengetahuan dalam ingatan mereka. Dalam jangka masa inilah ibu bapa seharusnya mula memprogramkan minda anak anda. Malangnya, kebanyakan ibu bapa memandang rendah kebolehan anak masing-masing dan mengabaikan usaha yang ditunjukkan mereka. Dengan menumpukan perhatian kepada keperluan fizikal dan psikologi anak anda, anda pasti boleh membantu mereka dengan memberikan bimbingan dan nasihat yang sewajarnya.

Dalam kalangan pelbagai jenis suplemen herba semulajadi untuk memori, Brahmi mempunyai kedudukan yang tinggi dan telahpun digunakan sejak beberapa ribu tahun yang lalu. Memo Plus Gold merupakan suatu ekstrak unik Brahmi yang mana boleh memberikan khasiat yang amat diperlukan oleh sel-sel otak sama ada untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak. Brahmi juga berkesan untuk memperbaiki sistem metabolik yang mana sekaligus mencegah pelbagai penyakit berbahaya yang mudah dihidapi oleh kanak-kanak. Pengambilan dua kapsul Memo Plus Gold selepas makan setiap hari membolehkan anda merasai pengalaman yang mengujakan daam usaha untuk memperbaiki keseluruhan perkembangan anak anda termasuklah dari segi akademiknya.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.