KEPUTUSAN PELAJAR YANG LEMAH MENINGKAT DARIPADA 3B, 4C KEPADA 6A, 1B

Posted on August 5, 2015 · Posted in Testimoni

Saya bergelut dengan dua pilihan.

Nama saya Harley Vendro Andrew dari Sabah. Ibu bapa saya menaruh harapan tinggi agar masa depan saya cemerlang. Namun, saya terpaksa bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran di samping meneruskan latihan sukan, kerana setiap hari saya akan merasa sangat letih setelah menjalani rutin harian saya.

Walaupun keletihan, azam saya untuk berjaya terus kental.

Setiap hari saya masuk ke kelas dengan penuh semangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Namun sepanjang hari, dari pukul 6:50 pagi hingga ke pukul 3:30 petang, saya merasa sangat sukar untuk menumpukan perhatian kepada apa yang diajar. Sesudah itu, pada pukul 4 petang, saya akan bekerja keras pula di padang, berlatih untuk membantu pasukan saya memenangi pelbagai pertandingan olahraga.

Rutin begini seakan berterusan tanpa henti.

Selepas latihan tamat pada pukul 5:45 petang, saya akan mengheret tubuh yang keletihan untuk mandi dan makan malam, dan kemudian masuk ke kelas persediaan dari pukul 7 hingga ke pukul 10 malam. Sama seperti kebanyakan pelajar, usaha saya untuk mencapai kecemerlangan akademik dan keghairahan menyertai sukan olahraga menyebabkan saya keletihan setiap hari dan saya tidak mampu menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran.

Ibu bapa merasakan keadaan ini akan menjejaskan masa depan saya.

Mereka mencadangkan supaya saya meninggalkan aktiviti sukan dan fokus kepada akademik sahaja. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu, sekolah kedua terbaik di Malaysia, dan sekolah terbaik di Sabah. Saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke sini setelah memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR 2010, dan mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam PMR 2013.

Saya tidak mahu melepaskan walau satu kejohanan.

Setelah sembilan tahun berturut-turut menjadi juara acara Balapan dan Padang, saya telah berjaya melonjakkan sekolah saya menjadi juara pada tahun 2014. Itulah sebabnya saya mahu mengekalkan kedua-dua tanggungjawab penting saya; kepada pasukan saya dan kepada akademik saya.

Saya hampir kecundang.

Ibu bapa saya tidak pernah memaksa saya untuk cemerlang dalam kedua-dua bidang, akademik dan sukan. Mereka sering mengingatkan saya supaya tidak menjadi seperti peribahasa, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Puas saya cuba melupakan sukan dan menumpukan hanya kepada akademik seperti yang diinginkan oleh ibu bapa saya, namun saya merasa hidup bagai tidak bermakna tanpa sukan yang saya minati. Olahraga sudah menjadi darah daging saya. Oleh sebab saya tidak dapat meninggalkan bersukan, saya perlu cara untuk meningkatkan kepantasan saya menangkap pelajaran, kemampuan menghafal dan menjadikan saya bertenaga.

Saya perlukan satu cara untuk cemerlang dalam segala hal.

Saya fikir sayaKEPUTUSAN PELAJAR YANG LEMAH MENINGKAT DARIPADA 3B, 4C KEPADA 6A, 1B akan sentiasa merasa keletihan sebegini. Suatu hari, ibu saya telah terbaca satu testimonial seorang pelajar di akhbar yang dengan jelas menunjukkan dia telah berjaya mengatasi masalah keletihan dan meningkatkan tahap fokus mereka, begitu juga dengan markah ujian melalui pengambilan Memo Plus Gold. Saya juga telah membaca lebih lanjut berkenaan banyak lagi kebaikannya dan kesan positif yang lain. Ia adalah makanan tambahan semulajadi yang dapat menguatkan ingatan. Ianya diperbuat daripada herba, jadi saya berasa selamat untuk mengambilnya. Ibu juga berpendapat begitu.

Tindakan ibu telah mengubah hidup saya.

Ibu saya telah menghubungi pengedar tersebut dan memesan Memo Plus Gold. Saya yakin tindakan ibu saya adalah sesuatu yang baik, jadi saya pun mula mengambil Memo Plus Gold tersebut. Setelah beberapa hari, saya merasa diri saya segar dan saya lebih bertenaga. Daya tumpuan saya bertambah dan saya tiba-tiba merasa saya dapat menangkap semua yang diajar oleh guru di kelas dengan mudah.

Saya mempunyai tenaga untuk bekerja dan belajar dengan lebih kuat.

Motivasi dan konsentrasi saya terus meningkat apabila saya menyedari bahawa dengan mengambil Memo Plus Gold, saya kini dapat belajar lebih lama, walaupun selepas sesi angkat berat dan latihan larian jarak jauh yang lama. Kelas malam berlangsung dengan mudah, malah saya mampu belajar dari pukul 11 malam hingga ke pukul 1 pagi tanpa merasa mengantuk.

Ingatan jangka panjang saya menjadi lebih baik.

Sebelum ibu saya mengesyorkan supaya saya mengambil Memo Gold Plus, saya sering lupa maklumat yang telah saya baca menjelang keesokan harinya. Sekarang, semua yang saya baca atau pelajari lekat kukuh di ingatan. Malah, saya juga dapat membuat kerja rumah dengan lebih pantas. Akhirnya, saya ada masa untuk membuat ulang kaji.

Prestasi saya dalam sukan telah bertambah baik.

Setiap kali lepas latihan, saya rasa bertenaga, dan saya juga boleh berjaga malam untuk mengulang kaji sehingga larut malam. Acara jarak jauh tidak lagi meletihkan hingga saya cepat lupa maklumat yang telah saya baca, walaupun mata pelajaran yang paling sukar bagi saya.

sijil larian harley 2Harley vendro

Ibu bapa, guru-guru dan para jurulatih juga gembira.

Saya sungguh gembira kerana Memo Plus Gold telah membantu saya menjadi cemerlang dalam waktu yang singkat. Ibu bapa dan guru-guru saya lebih gembira kerana mereka sememangnya ingin saya berjaya. Sekarang saya tahu saya dapat menyelesaikan semua tugasan yang diberikan kepada saya tepat pada waktunya. Saya bangga kerana dengan perubahan ini, maruah sekolah saya juga tidak terjejas.

newspaper cut harley

Markah ujian saya bertambah baik.

Sejak saya dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran, mengingat apa yang dipelajari dan membuat ulang kaji tanpa masalah, saya telah berjaya memperoleh keputusan PMR yang baik pada tahun 2013. Saya telah memperoleh 6A dan 1B, lebih baik daripada markah peperiksaan pertengahan tahun yang hanya 3B dan 4C. Apabila saya terus mengamalkan mengambil Memo Plus Gold, keputusan peperiksaan percubaan saya telah menunjukkan peningkatan dengan markah 1A, 4B dan 2C. Ini menunjukkan semua kerja keras saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam PMR telah membuahkan hasil.

keputusan peperiksaan pmr cert _NEW

Semua ini meyakinkan saya untuk terus mengambil Memo Plus Gold.

Hasil pengambilan Memo Plus Gold sangat baik. Dengan harga RM63.50 termasuk GST untuk 60 kapsul, saya akan mengambilnya secara berterusan kerana saya percaya saya akan memperoleh keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan SPM 2015, dan saya akan dapat melanjutkan pelajaran ke pra universiti pilihan saya dan terus menjadi kebanggaan ibu bapa, guru-guru dan sekolah saya.

 

 Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.