Kesan Internet yang Memudaratkan

Posted on August 21, 2014 · Posted in Pengetahuan am

Kesan Internet yang  Boleh Memudaratkan Kepada Pelajar

Di sebalik kecanggihan internet, selaras dengan perkembangan semasa namun banyak juga budaya negatif yang meracuni minda pelajar masa kini. Budaya ini perlu dibendung supaya tidak merosakkan minda pelajar masa kini. Antara keburukan internet terhadap pelajar ialah:

  1. Bebas melayari laman lucah
  2. Kurang fokus pada pelajaran
  3. Menyemai sifat malas
  4. Terdedah kepada jenayah siber

Bebas melayari laman lucah

Mereka bebas melayari laman web tanpa kawalan kerana internet dikatakan dunia tanpa sempadan. Bahan-bahan lucah sering menjadi kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa kawalan. Bahan lucah seperti ini merupakan budaya yang patut dibuang terhadap diri masing-masing kerana ia dapat merosakkan akidah dan jati diri seorang pelajar. Di samping itu, kesan daripada penyebaran laman web secara tidak terkawal ini menjadi penyumbang kepada masalah social yang semakin menjadi-jadi sehingga ke kancah zina. Contohnya,isu video porno dikalangan tersebar kepada masyarakat. Perilaku seksual tidak bermoral ini menjadi kelaziman pelajar sekarang. Keseronokan menonton bahan lucah mendorong individu menjadi gila seks selain perlakuan ini bakal mengundang perlakuan seks bebas. Kesan daripada seks bebas ini akan mendorong kepada perlakuan isu membuang bayi tidak berdosa. Membincangkan kes pembuangan bayi ini tidak dapat lari daripada isu anak luar nikah dan persoalan zina yang makin berleluasa kebelakangan ini. Justeru, untuk mengatasi permasalahan ini daripada berleluasa kepada pelajar, jalan yang boleh menuju ke arah perlakuan zina harus ditutup serapat-rapatnya,terutamanya di internet. Ini termasuk mengakses kepada bahan pornografi di internet. Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al-Isra: 32).

Kurang fokus pada pelajaran

Selain itu, internet juga dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus kepada proses pembelajarannya. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata hanya untuk keseronokan yang tidak mendatangkan sebarang input. Masa yang patut diperuntukkan untuk mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja dengan melayari laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya. Namun demikian jika pelajar terdedah dengan laman sosial yang terlalu bebas tanpa sebarang kawalan boleh menjerumus pelajar melakukan jenayah. Menurut sumber Harian Metro yang dikupas oleh Ketua Polis Pahang Datuk Shariffudin Abd Ghani Lee berkata melalui laman sosial pelajar akan mengenali individu tertentu. Contohnya budaya barat seperti “Black Metal”, “Punk”, dan “Skin Head” yang menjerumus pemikiran remaja di Malaysia. Oleh yang demikian, perkara ini boleh mengakibatkan pelajar terjerumus kepada masalah gensterisme di Malaysia.  Sememangnya pelajar harus bersosial akan tetapi haruslah dihadkan waktu penggunaannya. Di samping itu, kepelbagaian aplikasi menarik seperti permainan yang terdapat di laman sosial membuatkan pelajar suka untuk menghabiskan masa dengan permainan tersebut. Hal ini, banyak member impak yang buruk terhadap pelajar kerana mereka akan berasa seronok dengan perkara yang tidak sewajarnya mereka lakukan sehingga terabai tanggunjawab mereka sebagai pelajar. Oleh itu, pelajar akan ketinggalan dari segi akademik dan gagal menyempurnakan tugasan mereka di institusi. Seharusnya, perkara ini dikawal dan di dalam setiap diri pelajar perlu tanam sikap yang positif untuk generasi kelak.

Menyemai sifat malas

Penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan dapat menyihatkan badan  tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Pelajar kini lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Perkara ini amat merisaukan kerana ia mendatangkan banyak kesan negatif. Antaranya, pelajar akan jadi malas kerana badan tidak aktif sewaktu di dalam kelas. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merosotkan prestasi pelajar sewaktu di dalam kelas. Aktiviti sukan yang dianjurkan oleh institusi pengajian bertujuan untuk mencergaskan badan di samping mencerdaskan minda. Oleh yang demikian pelajar harus bergiat aktif untuk melahirkan pelajar yang mantap dari segi lahiriah dan rohaniah. Akan tetapi, mereka menganggap menyertai kegiatan kokurikulum hanyalah membuang masa dan mereka mahu masa tersebut hanya untuk memenuhi keperluan mereka sendiri,  seperti untuk menghabiskan melayari laman sosial di rumah dan kafe siber. Situasi begini boleh melahirkan pelajar yang kurang sihat dan ia memberi impak di masa yang akan datang. Di samping itu, hal ini juga akan melahirkan pelajar yang kurang inovatif kerana kokurikulum menggalakkan aktiviti berpersatuan. Persatuan amatlah penting untuk pelajar supaya lebih bertanggungjawab dalam menguruskan organisasi. Akan tetapi pelajar masa kini lebih aktif dengan persatuan sosial yang boleh mendatangkan masalah moral seperti “Gay”, “Lesbian”, dan sebagainya. Situasi ini amat serius disebabkan laman sosial mereka tidak bergiat dengan persatuan yang sewajarnya diikuti.

Terdedah kepada jenayah siber

Selain menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum, penggunaan internet tanpa had juga mendedahkan pelajar kepada jenayah siber. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodam dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, pelajar akan melakukan jenayah siber terhadap institusi mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah. Berdasarkan sumber akhbar Berita Harian laporan terkini dikeluarkan pihak CyberSecurity menunjukkan kadar jenayah siber di negara ini meningkat sehingga 88 peratus pada tahun lalu berbanding hanya 8.090 kes pada tahun sebelumnya. Isu ini amat membimbangkan sekiranya berlaku masalah seperti pelajar menggodam portal institusi pengajian, menyebarkan fitnah secara berleluasa, menukar sumber maklumat di institusi dan sebagainya. Di samping itu, isu ini akan mempengaruhi minda pelajar dengan kenyataan kenyataan yang salah dari kenyataan yang tidak sepatutnya. Jenayah siber ini juga boleh merosakkan minda pelajar dari segi politil, terlalu banyak isu politik yang palsu terdedah di internet mengakibatkan tanggapan remaja kepada ahli politik menjadi negatif serta merta. Ia akan melahirkan pelajar yang tidak produktif hasil dari penipuan di internet. Ini merupakan suatu permasalahan yang sangat besar dan perlu diatasi. Perkara ini sewajarnya dititik beratkan supaya tidak berleluasa. Kecendorongan pelajar kepada fakta-fakta yang mengandungi unsur penipuan amat membimbangka contohnya di laman sosial yang sangat popular iaitu Twitter ada sesetengah pihak menggunakan nama Ustaz Azhar Idrus mengeluarkan kenyataan yang direka sendiri.

Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan masyarakatnya dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan keselesaan. Islam sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah dijadikan rujukan utama di dalam penggubalan standard etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar hormat menghormati antara satu sama lain, kita menjaga kemuliaan diri dan masyarakat di sekeliling kita. Isu berkenaan pelajar terdedah dengan bahan lucah dapat dibendung jika nilai-nilai agama diterapkan dalam diri pelajar . Pihak tertentu perlu ambil tindakan untuk mengawal secara rapi supaya pelajar tidak cenderung kepada masalah social. Tiada lagi unsur yang yang boleh meracuni keutuhan masyarakat yang disebar melalui internet yang akan diakses oleh manusia sejagat. Pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda  atau pelajar. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini sudah tidak dapat dipisahkan dengan ICT dalam banyak aspek kehidupan. Bagi mengelak atau mengurangkan kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan budaya masyarakat kita serta menonjolkan nilai-nilai positif masyarakat, semua pihak dan dari berbagai peringkat mestilah memainkan peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika masyarakat kita, khususnya bagi generasi muda bagi mengelak daripada kesan negatif yang akan semakin parah. Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurangkan kesan yang negatif. Dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif internet ini sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia.

Sumber : khalifahtullahcorp.blogspotMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.