Kurangkan Keletihan dengan Makanan Hebat Ini

Posted on May 23, 2014 · Posted in Memo Plus Gold, Pengetahuan am

oats1- Oatmeal

Oatmeal atau mil oat kini dianggap sebagai makanan super kerana kemampuannya dalam menjaga kesihatan pencernaan. Untuk alasan tersebut, banyak amalan perubatan dan ahli gizi yang mendorong pesakit diabetis mengambil oatmeal, terutama bagi membantu menjaga kadar gula darah berada pada paras normal.

Selain kandungan serat yang tinggi, oatmeal menyediakan magnesium, protein dan fosforus, tiga nutrien yang signifikan secara langsung mempengaruhi tahap tenaga, menjadikannya sebagai makanan ideal untuk memerangi keletihan. Oatmeal juga merupakan sumber vitamin B1 (tiamin), yang berperanan penting dalam menghasilkan tenaga.

2- Yogurt

Teksturnya yang lembut, membuat yogurt dapat diproses dengan cepat oleh tubuh menjadi tenaga berbanding makanan padat. Ia mengandungi probiotik-bakteria baik yang membantu mempertahankan ekosistem usus agar sentiasa sihat dengan melindungi  daripada pathogen dan membantu tubuh menyingkirkan bacteria berbahaya.

Penelitian terbaru Universiti Toronto menunjukkan probiotik dapat membantu mengurangkan gejala keletihan kronik dengan meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak. Triptofan dikenal sebagai pemangkin serotonin, suatu neurotransmitter yang membantu marangsang tidur dan mempromosikan perasaan tenang, membantu memerangi keletihan sama ada daripada segi fizikal dan emosi.

3- Bayam                                                            

Bayam penuh dengan kandungan nutrient penting yang berfungsi melenyapkan keletihan. Sayuran ini tidak hanya menjadi sumber terbaik daripada sumber zat besi tetapi juga sangat kaya dengan magnesium dan kalium. Zat besi memainkan peranan secara langsung dan penting dalam menghindari keletihan. Kadar zat besi yang rendah dalam tubuh menyebabkan keletihan baik daripada aspek fizikal dan mental serta anemia.

4- Kekacang dan biji-bijian

Biji labu, badam, kacang gajus dan kacang hazel adalah semua sumber magnesium baik yang membantu melawan keletihan otot. Kandungan triptofan yang banyak ditemui pada biji-bijian, biji bunga matahari, biji labu, biji gajus, walnut dan badam berfungsi melawan keletihan emosi yang secara langsung membantu meringankan keletihan fizikal.

 5. Memo Plus Gold

Diperbuat dari herba Bacopa Monniera, Memo Plus Gold bukan sahaja meningkatkan tahap INGATAN, TUMPUAN dan KECERGASAN malahan keletihan dapat dikurangkan ke tahap minimum. Pengambilan secara berterusan memastikan kesihatan anda berada di tahap optimum. Gunakan Memo Plus Gold sebagai vitamin harian untuk keluarga anda.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.