Langkah Berjaga di Musim Panas

Posted on February 26, 2015 · Posted in Pengetahuan am

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak daripada penyakit berkaitan kepanasan ketika cuaca panas yang bakal melanda negara nanti.

“Musim panas berpanjangan dijangka akan melanda negara tidak lama lagi, dan saya harap anda semua akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk kekal sihat dan mengelakkan diri daripada penyakit berkaitan kepanasan,” katanya dalam catatan terbaharunya di laman Facebook dan Twitter.

Beberapa kawasan dalam negara kini mengalami cuaca panas dan kering yang merupakan fenomena fasa akhir musim tengkujuh dan keadaan itu diramal berlaku sehingga penghujung Mac.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail, keadaan cuaca sekarang belum mencapai tahap ‘gelombang panas’ dan masih dikategorikan sebagai normal.

Suhu di Malaysia ketika ini adalah sekitar 33 hingga 35 darjah Celcius. – BERNAMA

24tipsnajib.transformed

Sumber : http://www.bharian.com.my

Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.