Mendidik anak merupakan suatu proses multi dimensi di mana ibu bapa bukan sahaja perlu menjaga anak-anak, tetapi juga merangkumi banyak lagi aspek-aspek lain. Menjalinkan hubungan yang baik antara ibu dan anak merupakan tips terpenting bagi memastikan semuanya berjalan lancar.
Semasa anak anda dilahirkan, anda pasti melindunginya sepenuh jiwa dan raga. Namun, lihat sahaja apa yang berlaku apabila anda dan pasangan anda mengalami krisis rumah tangga? Tumpuan anda tidak lagi pada anak anda, tetapi pada pasangan anda. Keadaan ini sememangnya memberi impak yang buruk kepada si manja anda. Apabila berlaku penceraian, barulah kita dapat melihat kebanyakan pasangan pasti akan menjaga kebajikan dan keperluan dengan sepenuhnya.
Di sini terdapat beberapa tips yang boleh digunapakai oleh setiap ibu bapa bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Pertama sekali, cuba untuk mengurangkan konflik dalam diri anda sebaik mungkin. Pastikan anda tidak bergaduh di hadapan anak-anak kerana keadaan ini akan menyebabkan mereka berasa tidak selamat dan terancam. Tips ini merupakan kunci utama dalam penjagaan anak yang berkesan. Cuba untuk duduk dan berbincang dengan pasangan anda dalam suasana yang tenang. Jangan biarkan perbincangan anda didengari oleh anak-anak. Anak-anak sepatut melihat hubungan yang semakin erat antara kedua ibu bapa mereka, bukan sebalikknya.
Ibu bapa yang bertanggungjawab juga perlu mengelakkan sebarang pertikaman lidah yang dahsyat mahupun saling memberontak di hadapan anak-anak. Jika anda berjaya menyelesaikan konflik rumah tangga anda dengan baik, pasti tekanan dalam diri anak-anak anda dapat dikurangkan. Ingatlah bahawa ibu bapa menjadi contoh terbaik buat anak-anak. Apa yang anak-anak lihat, itulah yang mereka akan ikuti. Jadi, jika berlakunya sebarang masalah, cubalah untuk bertenang dan kawal perasaan anda penuhnya supaya masalah tersebut dapat diselesaikan secara aman. Secara langsung, hubungan antara ibu bapa dan anak juga akan bertambah erat.
Kebanyakan pasangan yang sudah bercerai pasti berdepan dengan masalah kewangan. Pembahagian harta sepencarian dan pelbagai masalah lain akan timbul satu persatu. Emosi yang tidak stabil semasa proses penceraian berlaku dan perubahan-perubahan lain perlulah dihadapi dengan tabah oleh kedua-dua pihak selain memastikan kewangan anda masih kukuh. Hal ini adalah kerana anak anda pasti memerlukan perlindungan dan jaminan bahawa mereka akan terus hidup gembiran selepas itu. Penjagaan anak yang baik memerlukan anda untuk sentiasa memastikan sumber kewangan anda cukup bagi menyediakan kesemua keperluan yang anak anda perlukan dalam proses tumbesarannya merangkumi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Setiap pasangan yang bercerai pasti akan menghadapi tekanan dan gangguan emosi. Walaubagaimanapun, pastikan masa dan tumpuan anda terhadap anak anda tidak terjejas. Luangkan masa yang mencukupi bersama anak anda dalam apa jua keadaan. Jangan sesekali memanipulasi anak anda kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan. Sekiranya anda berbual tentang bekas isteri atau suami anda dihadapan anak-anak, pastikan perbualan tersebut berkisarkan tentang perkara yang positif.
Proses penceraian tidak sepatutnya membuatkan anak anda berasa terancam kerana ianya akan menggangu rutih seharian anak anda. Selepas penceraian berlaku, kita dapat lihat yang mana kehidupan anak-anak pasangan yang bercerai ini akan berubah serta merta. Elakkan perkara ini daripada berlaku. Sebolehnya, minimumkan perubahan dalam rutin seharian anak anda supaya dia berasa selesa dan tidak kekok menghadapi situasi baru itu.
Mendidik dan menjaga anak bukanlah suatu tugas yang mudah. Ianya memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan jiwa raga. Oleh itu, pastikan hubungan diantara ibu bapa dan anak sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Gunakanlah tips-tips yang telah diberikan jika anda masih samar-samar dan ragu-ragu tentang bagaimana untuk mengawal keadaan sepanjang proses penceraian anda berlangsung.




Akhir2 nie… ramai pembaca blog semakin meminati
isu nie… terima kasih kepada admin blog nie.
.. artikel nih memberi lebih pencerahan tentang bab nie.
.. saya akan sentiasa support awak… terima kasih.
.