Lindungi Kesihatan dari Jerebu

Posted on September 14, 2015 · Posted in Pengetahuan am

Kebanyakan tempat di negara kita kini teruk dilanda jerebu. Bayi & kanak-kanak antara golongan yangg mudah dijangkiti penyakit akibat jerebu.

1. Hidung, tekak, salur pernafasan, kulit dan mata bayi tidak selesa.

2. Ada bayi mungkin mendapat ruam kulit.

3. Mungkin juga akan mengalami bersin-bersin, hidung berair, gatal mata dan tekak kering serta batuk.

4. Keadaan menjadi lebih teruk jika bayi ada simptom asma.

Cara melindungi bayi

1. Jangan keluar rumah

2. Jangan merokok & jauhkan baby drp perokok.

3. Menyusukan baby dengan susu ibu lebih kerap.

4. Amalkan penjagaan kebersihan.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.

Sumber : Pa&Ma, Info SihatMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.