Makanan atasi Masalah Ingatan

Posted on June 13, 2014 · Posted in Memo Plus Gold, Teknik Membelajar Efektif

Setiap orang akan mengalami keadaan di mana memori akan berkurangan dari semasa ke semasa. Ia kesan sampingan normal berpunca daripada stres belajar, tekanan kerja dan kemungkinan besar akibat daripada peningkatan usia. Kehilangan memori yang serius mungkin juga disebabkan oleh dementia (penyakit Alzheimer atau salah satu bentuk penyakit nyanyuk- kemerosotan fungsi otak yang mengganggu kegiatan harian normal) dan dapat diatasi dengan mengambil makanan untuk minda.

Sel otak yang dipanggil neuron mudah terdedah kepada pengoksidaan hasil daripada radikal bebas. Anti-oksidan yang boleh ditemui dalam kebanyakan buah-buahan, sayuran, kekacang, biji-bijian yang membantu meneutralkan radikal bebas. Apabila anda mengambilnya dalam kuantiti yang cukup, ia akan memberi perlindungan kepada bahagian-bahagian otak termasuk hippocampus(pusat memori).

Antara makanan yang boleh membantu adalah

Telur - Salah satu makanan yang mengandungi kaolin, kompoun yang seakan-akan vitamin yang dipelukan sel untuk berfungsi dengan betul. Telur sangat penting diambil oleh golongan ibu mengandung kerana ia membantu proses pembesaran otak anak dalam kandungan mereka.

Bawang Putih – Mampu mengekalkan fungsi otak dan membantu menurunkan kadar kolestrol, tekanan darah tinggi serta mengurangkan radang. Tiga faktor yang berkaitan dengan masalah jantung dan dementia. Untuk khasiatnya, makan seulas bawang setiap hari.

Epal - Membantu daya ingatan kerana epal mengandungi quercetin dan anti-oksidan terutama pada bahagian kulitnya. Kandungan anti-oksidan yang tinggi pada sebiji epal dipercayai lebih efektif daripada vitamin C dan ia mengandungi sel otak daripada kerosakan akibat pengoksidaan tubuh. Sebiji epal sehari cukup untuk menampung keperluan harian.

Kayu Manis - Kayu manis secara saintifiknya dapat membantu otak untuk berfungsi dengan lebih baik. Kajian mendapati bahawa mengunyah gula-gula getah berperisa kayu manis dapat menambahkan daya ingatan jika sedang menghafal sesuatu jika dibandingkan dengan pengambilan gula-gula berperisa yang lain. Kayu manis dikatakan dapat menguatkan daya ingatan otak sekiranya ditambah pada masakan. Kayu manis doleh diambil dalam menu yang mudah seperti ditambah pada hirisan buah-buahan, bijian sarapan pagi, roti gandum, kopi dan juga sup.

Teh - Satu kajian yang dijalankan mendapati bahawa kandungan anti-oksidan dalam teh hitam dan hijau dapat menghalang pembentukan plak yang membesarkan lagi kemungkinan seseorang untuk mendapat penyakit dementia. Kajian juga menyarankan the dapat menghalang pembentukan protein yang melemahkan komunikasi antara neuron dan sekali gus menenggelamkan saluran memori otak. Sebaik-baiknya minum beberapa cawan teh sehari untuk menambahkan bilangan anti-oksidan yang hilang.

Memo Plus Gold herba Bacopa Monnieri di dalam Memo Plus Gold terbukti secara klinikal dapat meningkatkan tahap ingatan. Ia juga mengaktifkan sel-sel neuron di hipokampus supaya ingatan dan tumpuan berada di tahap optimum.

Sumber : doktorwanabe.blogspotMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.