Masalah ingatan bukanlah sesuatu yang baru di dalam masyarakat moden sekarang ini.Pelbagai keadaan/ penyakit boleh menyebabkan masalah ingatan kepada seseorang, termasuklah:
- Masalah ingatan disebabkan oleh proses penuaan
- Masalah ingatan berkaitan dengan penyakit degeneratif seperti penyakit Alzheimer, angin ahmar, penyakit Parkinson dan penyakit lain yang berkaitan
- Masalah ingatan disebabkan oleh keadaan/ penyakit yang boleh dirawat
Kadangkala faktor luaran seperti makanan atau tekanan juga menjadi sebab utama masalah ini berlaku. Dewasa ini masalah ingatan tidak lagi di dominasi warga emas, malahan kanak-kanak dan juga orang dewasa mulai mengalami masalah ini. Oleh itu, tindakan haruslah di ambil dengan lebih awal bagi mengatasinya sebelum ianya menular.
Rawatan
- Rawatan bergantung kepada punca masalah ingatan
- Untuk pesakit warga emas dengan masalah ingatan disebabkan oleh penyakit Alzheimer, pelbagai rawatan dengan atau tanpa ubat-ubatan boleh digunakan untuk mengawal gejala penyakit.
- Masalah ingatan disebabkan oleh penyakit yang boleh dirawat mungkin boleh bertambah baik and kadang-kala pulih sepenuhnya dengan rawatan. Sebagai contoh, penyakit hipotiroidism dapat dirawat dengan ubat pengganti hormon tiroid untuk memulihkan masalah ingatan
Sesiapa yang mempunyai masalah ingatan boleh menggunakan berbagai teknik untuk membantu mereka menguatkan ingatan dan meningkatkan kemahiran mental. Tip-tip yang berguna termasuklah:
- Teknik peringatan seperti menggunakan ‘senarai tugasan yang perlu dilakukan’ sebagai peringatan untuk memastikan agar tidak terlupa untuk menjalankan tugasan tertentu
- Menjalankan tugasan seharian secara teratur boleh memastikan tugasan seharian boleh diingati dengan mudah
- Meletakkan barang di tempat tertentu boleh membantu mengelakkan kekeliruan tempat
- Mengaitkan nama atau objek dengan informasi yang lebih dikenali boleh membantu untuk mengingati sesuatu perkara dengan senang
- Menyimpan kalendar yang menunjukkan tarikh penting boleh membantu mengingati tarikh dengan lebih mudah
- Memo Plus Gold membantu dalam meningkatkan daya ingatan. Diperbuat dari herba Bacopa Monnieri, ia selamat digunakan setiap hari bagi ingatan yang lebih kuat.