Bantulah Anak Anda Memilih Karier yang Sesuai

Posted on January 30, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Apabila anak anda sudah memasuki sekolah menengah, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membantu mereka dalam memilih karier yang sesuai demi masa depan mereka. Anak-anak perlu menyediakan diri dan melihat kecenderungan minat dan bakat mereka bagi memilih bidang yang sesuai dengan jiwa mereka. Siapa lagi yang dapat mengesan bakat mereka selain anda? Bagi mereka yang bergelar ibu bapa, banyak tanggungjawab dan peranan harus dipikul. Apabila anak anda memerlukan anda, hulurkanlah tangan untuk menjadi sahabat baik, “role model” dan pembimbing dalam kehidupan seharian mereka. Sesekali anda juga perlu mengenakan hukuman jika mereka mengingkari kata-kata anda. Akan tiba suatu saat di mana ibu bapa dan anak bebas untuk saling bertukar-tukar pendapat dan berbual secara terbuka. Pada masa inilah anda perlu membuka minda anak anda dan memperkenalkan mereka dengan pelbagai pilihan bidang yang boleh diceburi untuk masa depan mereka.

Memilih Karier

Agak sukar untuk anda mempengaruhi pilihan mereka secara langsung, namun anda boleh mencuba dengan membimbing mereka semampu yang boleh. Kadang kala anda perlu bertindak kejam untuk menjadi ibu bapa yang baik. Kejam di sini bermaksud adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menghalang dan memberhentikan anak anda jika mereka ingin melakukan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya. Walaubagaimanapun, anda perlu ingat bahawa semua pilihan berada di tangan mereka sendiri. Jika mereka benar-benar yakin akan pilihan yang dibuat, biarkan mereka dengan pilihan tersebut. Berilah peluang untuk mereka membuktikan kesungguhan mereka. Dalam mendidik anak-anak, ibu bapa kadang kala terlalu sensitif dan risau akan pilihan anak mereka walaupun ianya bukanlah suatu pilihan yang terlalu berisiko. Oleh itu, cuba untuk mengawal perasaan dan kemarahan anda dengan berbincang dan mendengar luahan hati anak anda terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Dalam memilih karier yang sesuai kelak, ibu bapa perlu membimbing anak-anak membuat pilihan bermula dari sekolah menengah lagi. Terdapat beberapa aliran yang ditawarkan di sekolah menengah pada masa kini. Sebagai contoh antara aliran sains dan perakaunan, yang mana menjadi pilihan anak anda? Pilihan itulah akan membentuk kerjayanya pada masa depan. Bimbing anak-anak anda untuk membuat pilihan yang betul. Terangkan tentang baik dan buruknya setiap pilihan tersebut. Ibu bapa yang prihatin pasti akan menyokong apa jua pilihan anak anda.

Dalam mendidik anak-anak dalam zaman era globalisasi ini, ibu bapa perlu melangkah selangkah ke hadapan bagi memastikan anak anda tidak membuat kesilapan yang besar. Jika perlu, dapatkan nasihat daripada kaunselor kerjaya. Kebanyakan orang pada masa kini beranggapan bahawa mendapatkan nasihat daripada pakar psikiatri bermakna anda tidak waras. Oleh itu, menjadi tanggungajawab setiap ibu bapa untuk menangkis tanggapan tidak berasas ini bahawa kaunselour kerjaya berperanan membantu orang ramai memilih kerjaya yang sesuai dengan diri mereka. Ibu bapa dan anak perlu berbincang dengan telus tentang apa yang ingin dilakukan oleh anak anda kelak. Hal-hal sebegini merupakan antara aspek penting dalam usaha menggalakkan anak anda untuk meneruskan kerjaya pilihan mereka dan bersikap berdikari. Dalam era pemodenan kini, berkahwin pada usia yang awal adalah tidak salah, malah ianya sama penting dengan membangunkan karier. Tidak kisahlah sama ada anak anda memilih untuk berada dalam bidang pendidikan, ketenteraan, kedoktoran, perfileman mahupun pengiklanan, sokonglah anak anda sepenuhnya.

Selain itu, ibu bapa yang baik perlulah cuba untuk memberikan pendapat dengan penuh berhemah tanpa ditentang oleh anak-anak. Sesekali anak anda mungkin rimas dan tidak selesa dengan pendapat anda. Hal ini adalah kerana banyak tekanan terpaksa mereka hadapi terutamanya tekanan daripada rakan sebaya, tekanan untuk memenuhi harapan ibu bapa dan juga tekanan untuk memilih bidang kerjaya yang sesuai kelak. Oleh itu, jika anda anda memberontak, ianya bukanlah kerana anda gagal untuk menjadi ibu bapa yang baik, tetapi ianya hanyalah salah satu cara untuk mereka meluahkan rasa kecewa dan tekanan yang mereka hadapi.

Kredit gambar

Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.