Mempelajari dan Mengaplikasi Kemahiran Keibubapaan

Posted on February 20, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Apabila kita dikurniakan anak, kita tidak secara semula jadi akan dianugerahkan dengan kemahiran keibubapaan untuk mendidik anak kita. Tiada jalan pintas yang boleh mempersiapkan diri kita untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa tidak kiralah sebanyak mana pun nasihat yang kita perolehi kerana kita perlu bergantung pada kebolehan diri sendiri bagi membina kemahiran keibubapaan ini.

Apa yang perlu anda buat bagi menguasai kemahiran keibubapaan adalah belajar untuk bertanggungjawab terhadap anak-anak anda. Bertanggungjawablah untuk menjaga makan dan minum, pakaian dan tempat tidur mereka. Sebagai permulaan, anda mungkin boleh cuba untuk menjadi pengasuh. Ramai ibu bapa yang bekerjaya pada masa kini. Oleh itu, abillah peluang dengan menawarkan diri untuk cuba menjadi pengasuh kepada anak-anak mereka. Ya, kanak-kanak tersebut bukanlah anak kandung anda. Anda juga pasti perlu mengikut arahan yang diberikan oleh ibu bapanya semasa menjaga kanak-kanak tersebut. Namun pengalaman yang ditimba pasti sangat membantu anda dalam menguasai kemahiran keibubapaan dalam usaha untuk menjadi ibu bapa yang baik kelak.

Mempelajari dan Mengaplikasi Kemahiran Keibubapaan

Mempelajari dan Mengaplikasi Kemahiran Keibubapaan

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk belajar mengenai kemahiran keibubapaan sebelum anda mengandung, tidak mengapa kerana anda akan belajar menjadi ibu bapa yang baik dengan semulajadi. Bayi anda pasti dapat dijaga dengan baik. Belajarlah melalui kesilapan. Walaubagaimanapun, janganlah keterlaluan dalam menjaga bayi anda kerana anda hanya akan menjengkelkan orang di sekeliling anda.

Terdapat beberapa kelas yang dianjurkan khas untuk pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata. Bakal ibu bapa ini akan diajar mengenai asas-asas mudah kemahiran untuk menjaga dan mendidik anak-anak. Anda akan diajar bagaimana cara yang betul untuk memegang bayi yang baru dilahirkan. Anda juga akan ditunjukkan cara untuk menyusukan bayi dan bagaimana untuk memastikan bayi anda sendawa dengan baik. Selain itu, setiap bakal ibu dan bapa ini juga akan mengetahui cara untuk menukar lampin bayi, bagaimana untuk mengambil suhu badan bayi dan bagaimana untuk menidurkan bayi anda. Sebagai ibu bapa, anda juga perlu tahu bahawa bayi perlu dibaringkan secara telentang di kawasan yang selamat tanpa ada sebarang objek membahayakan di sekelilingnya. Oleh itu, semua bakal ibu bapa dan ibu bapa yang mempunyai masalah dalam penjagaan anak digalakkan untuk menghadiri kelas ini.

Pernahkah anda merasakan bahawa ibu anda mempunyai mata di belakang kepalanya semasa anda kecil dahulu? Setiap kali anda ingin melakukan kesalahan atau berkelakuan nakal, pasti ibu anda akan dapat menghalang anda. Ibu anda seperti dapat membaca fikiran anda. Sebenarnya keadaan ini berlaku apabila ibu anda sudah mula mengusai kemahiran keibubapaan yang mereka perlukan dalam membesarkan anak-anak. Pada ketika ini, anda pasti sudah mula peka akan keadaan sekeliling dan faham akan pemikiran dan reaksi yang ditunjukkan oleh anak anda.

Dalam pada itu, penjagaan bayi ataupun kanak-kanak yang tidak sihat pula boleh dipelajari melalui pengalaman. Anda juga perlu menjadikan ibu bapa anda ataupun saudara-mara yang lebih tua dan berpengalaman sebagai tempat rujukan utama dalam hal-hal penjagaan kesihatan anak anda. Pengalaman seperti ini amat berguna untuk sepanjang hayat anda dan ianya dipelajari tanpa paksaan. Anda pasti akan tersentuh sekiranya melihat anak anda sakit dan tidak berupaya. Keadaan ini pasti akan membuatkan anda lebih tabah dan sanggup berbuat apa sahaja untuk melihat anak anda kembali sihat. Pengalaman seperti ini pasti akan dikenang sepanjang hayat.

Kemahiran untuk menjadi ibu bapa yang baik ini sebenarnya merupakan sesuatu yang bersifat peribadi. Setiap ibu bapa mempunyai cara yang berbeza dalam membesarkan anak-anak dan setiap cara akan datang dengan kemahiran yang berbeza. Sesetengah ibu bapa mendisiplinkan anak-anak dengan cara kekerasan seperti merotan, namun sebahagian yang lain percaya tindakan seperti itu tidak berkesan.

Kebanyakan ibu bapa akan lebih tenang apabila membesarkan anak yang ketiga atau keempat kerana pengalaman lalu banyak membantu mereka. Kebanyakan anak-anak pertama dan kedua akan merungut apabila melihat ibu bapa membenarkan adik-adik mereka yang lain melakukan perkara yang dahulunya tidak boleh dilakukan oleh mereka. Hal ini adalah kerana ibu bapa anda pasti belajar dari kesilapan kerana dalam membesarkan anak-anak, cubalah untuk bertolak ansur dan tidak terlalu menumpukan kepada perkara yang remeh.

Sumber : Kemahiran keibubapaan dipupuk dari semasa ke semasa sesuai dengan keperluan anak-anak anda. Anda juga boleh mengasah kemahiran anda dalam menjaga kanak-kanak dengan menjadi pengasuh ataupun mengikuti kursus dan kelas yang disediakan.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.