Mengapa Pertelingkahan Berlaku Antara Ibu Bapa dan Anak-Anak?

Posted on February 4, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Pertengkaran Berlaku Antara Ibu Bapa dan Anak-AnakTerdapat banyak sebab perbincangan ibu bapa dan anak-anak berakhir dengan pertengkaran, tetapi punca utama bagi pertelingkahan atau perbalahan ini adalah kerana perbezaan pendapat. Keadaan ini sentiasa akan berlaku dalam kehidupan sesebuah keluarga walau apa pun teknik dan cara yang digunakan untuk membesarkan anak-anak. Masalah-masalah utama yang wujud umumnya adalah disebabkan keizinan yang tidak diberikan setelah anak-anak mula menyuarakan hasrat mereka tanpa memikirkannya terlebih dahulu dan perkara tersebut sering mendapat tentangan daripada orang yang lebih dewasa setelah dipertimbangkan.

Perbalahan kebiasaanya berlaku diantara dua pihak – ibu bapa dan anak-anak, jadi terpulang kepada ibu bapa untuk mengawal situasi ini, mencari jalan penyelesaian sama ada ia diterima atau tidak oleh anak-anak. Kebanyakkan pertelingkahan terjadi kerana kaedah didikan pada zaman dahulu seperti mengugut dan mendera tidak lagi sesuai untuk diamalkan pada zaman sekarang. Suatu masa dulu, ibu bapa dibenarkan untuk mendera dengan apa cara yang patut bagi menyelesaikan perselisihan pendapat di antara anak-anak.

Namun kini, pertelingkahan lebih mudah untuk meletus di antara ibu bapa dan anak-anak kerana kebanyakan ibu bapa merasakan kuasa mereka telah hilang. Hal ini kerana, sebarang dendaan yang mendatangkan kesan akan dianggap sebagai penderaan terutamanya denda yang melibatkan sentuhan fizikal. Jika berlaku perbalahan pada hari ini, anda akan dapat melihat perubahan air muka ibu bapa kerana terkejut dengan kelakuan anak mereka di tempat awam dan tidak diberi peluang untuk memperbaiki sikap bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk pada masa akan datang.

Kedua-dua pihak perlu bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka sama ada mahu mengaku bersalah atau sebaliknya mempunyai hujah yang kukuh untuk menegakkan pendirian mereka. Dalam hal ini, ibu bapa percaya bahawa mereka layak untuk mengawal semua keadaan manakala anak-anak pula yakin yang mereka mampu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sosial. Selama berabad-abadnya isu ini sering menjadi pertelingkahan antara ibu bapa dan anak-anak, keadaan ini mungkin masih berterusan pada masa akan datang. Tiada persetujuan yang akan dicapai bersama sehinggalah anak-anak mencapai lingkungan umur 18 tahun, di mana pada peringkat ini tahap pemikiran mereka telah jauh meninggalkan fasa belum matang.

Bagi mengetahui punca sebenar pertelingkahan yang berlaku antara ibu bapa dan anak-anak anda perlu berada dalam situasi tersebut dari awal bagi mengetahui perkara yang dibincangkan sebelum meletusnya kemarahan. Kadang-kadang perkara yang diperdebatkan adalah sesuatu yang remeh dan tanpa sebab yang penting. Kanak-kanak meminta kebenaran dengan harapan ibu bapa akan menjawab ‘ya’, tetapi apabila jawapan anda adalah ‘tidak’ mereka mula untuk memujuk ibu bapa supaya keinginan mereka dipenuhi.

Jika kanak-kanak tidak perlu memohon kebenaran untuk terlibat dalam aktiviti yang pelbagai, kebarangkalian untuk perbalahan berlaku antara ibu bapa adalah kurang dan kehidupan ini menjadi lebih riang bagi kanak-kanak. Sukar untuk membayangkan sesebuah keluarga yang tidak pernah mengalami perbalahan antara ibu bapa dan anak-anak kerana perkara ini merupakan akar umbi semasa proses mendidik bagi mengajar dan mendidik anak-anak di peringkat awal. Dalam usaha untuk mengelak daripada berlakunya perbalahan, ibu bapa perlu memberikan jawapan yang lebih berilmiah dan membuat penjelasan mengapa mereka menolak permintaan tersebut berbanding dengan hanya menjawab tidak kepada anak-anak.

Sumber: Melalui teknik komunikasi yang baik, perbezaan antara ibu bapa dan anak-anak yang diibaratkan seluas alam semesta dapat diperbaiki. Perbalahan antara ibu bapa dan anak-anak adalah perkara biasa, namun elakkan kesan pertelingkahan tersebut daripada berpanjangan supaya ia tidak merosakan hubungan kekeluargaan yang telah terbina.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.