Halang Anak Anda Dari Menggunakan Kata-kata Kesat

Posted on January 25, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Halang Anak Anda Dari Menggunakan Kata-kata KesatSalah satu masalah yang paling besar dalam mendidik anak-anak ialah dengan menghalangnya dari menggunakan kata-kata kesat dan tidak sopan. Kanak-kanak belajar untuk menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sopan ini daripada rakan-rakan dan juga mungkin orang dewasa yang tidak peka dalam pertuturannya. Media massa seperti televisyen banyak mempengaruhi minda kanak-kanak pada masa kini. Sebagai ibu bapa yang baik, anda seharusnya menapis dan memantau setiap rancangan yang ditonton oleh anak-anak anda di kaca televisyen. Namun, tugas ini adalah sukar kerana sebagai ibu bapa yang bekerjaya, anda kadang kala tidak mempunyai masa untuk semua ini. Oleh itu, apabila kanak-kanak mendengar perkataan-perkataan tidak sopan ini digunakan dengan meluas dalam dunia hari ini, mereka juga akn turut sama menggunakannya kerana beranggapan ianya sesuatu yang “cool”.

Pengaruh dari rakan sebaya merupakan antara faktor terbesar masalah ini semakin menjadi-jadi. Adalah mustahil untuk setiap ibu bapa menghalang kesemua pengaruh dari luar kerana ianya diluar kawalan ibu bapa. Anak-anak anda pasti mempunyai senior yang diannap idola di sekolah. Oleh itu, mereka pasti akan turut sama menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sopan itu sekiranya senior-senior dan rakan-rakan di sekolah menggunakannya. Dalma hal ini, ibu bapa perlu bertindak bijak dengan mengajak anak-anak untuk duduk sama berbincang tentang penggunaan kata-kata yang kurang menyenangkan ini. Jelaskan dengan terperinci kenapa perkataan tersebut kurang sesuai digunakan walaupun ianya dianggap sebagai “cool” dalam kalangan mereka. Elakkan memarahi anak anda sekiranya anda mendengar mereka menggunakan perkataa-perkataan sebegini.

Anak-anak anda yang sedang meningkat dewasa akan mula membiasakan diri untuk menggunakan pengangkutan awam. Di sini mereka akan berjumpa pelbagai jenis ragam manusia, ada yang baik dana ada juga yang kurang adab sopan.Tidak mustahil jika mereka terpengaruh dengan penggunaan-penggunaan kata-kata yang kesat ini daripada orang di sekeliling mereka. Seboleh-bolehnya, cubalah mengehadkan pengaruh-pengaruh negatif daripada menular dalam diri anak anda. Cuba pastikan rancangan televisyen yang ditontonya bermanfaat dan sesuai dengan tahap umurnya kerana kanak-kanak tidak boleh membezakan yang mana sesuai untuk dicontohi dan mana yang perlu dijauhi.

Dalam proses mendidik anak-anak, anda perlulah sentiasa bersabar dalam menangani apa jua masalah. Walaupun kadang kala ianya nampak remeh, namun mengabaikannya bermaksud anda sedang menempah satu masalah yang lebih besar. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni dan menekankan aspek moral yang secukupnya dalam diri anak-anak supaya mereka tidak tersasar jauh. Ingatlah bahawa adalah sukar untuk membina reputasi yang baik, tetapi untuk memusnahkannya adalah sangat mudah. Oleh itu, cubalah dari sekarang untuk menanmkan tabiat yang baik dala diri anak anda supaya kelak mereka akan hidup dengan penghormatan.
Bayangkan jika anak anda mencarut dan mengeluarkan kata-kata kesat dalam sebuah keramaian yang dihadiri oleh puluhan mahupun ratusan orang. Ianya sangat memalukan bukan? Masalah ini mungkin nampak remeh tapi percayalah jika anda terus bersikap acuh tak acuh, ianya akan menjadi satu masalah yang serius kelak. Sekiranya anda sering mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan di hadapan anak anda, anda perlu mengubah sikap anda itu dengan segera. Mendidik anak memerlukan anda untuk menerangkan apakah perkataan yang sesuai dan tidak sesuai untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Sikap ingin tahu kanak-kanak sangat tinggi. Oleh itu, janganlah terkejut jika mereka mengajukan soalan yang benar-benar diluar kotak pemikiran kita. Gunakan kebijaksanaan anda untuk memanipulasi soalan tersebut dengan memberikan jawapan yang mudah difahaminya.

Oleh itu, gunakanlah kesemua tips yang diberi sebaik-baiknya untuk mengawal dan memastikan anak-anak anda menggunakan tutur kata yang sopan. Masalah inilah merupakan cabaran yang terbesar dalam mendidik anak-anak namun ia sememangnya masalah yang mesti dihadapi oleh semua ibu bapa. Terdapat juga sesetengah ibu bapa yang mengambil jalan mudah dengan menakut-nakutkan anak mereka, misalnya jika polis akan menangkap sesiapa yang mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan. Walaubagaimanapun, cara ini tidak praktikal untuk semua situasi. Terserahlah kepada anda untuk menggunakan kebijaksanaan yang ada dalam mendidik anak-anak anda.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.