Mengukir Kejayaan LUAR BIASA – Lakshmipriya Thaigarajan

Posted on March 24, 2015 · Posted in Testimoni

Mengukir Kejayaan  LUAR BIASA  – Lakshmipriya Thaigarajan

Setiap kejayaan pasti ada pendorongnya. Pendorong kejayaan saya ialah MEMO PLUS GOLD dan ibu bapa saya. MEMO PLUS GOLD  telah memberikan perubahan yang amat besar kepada hidup saya sebagai seorang pelajar yang menduduki peperiksaan PMR dan SPM.

Nama saya Lakshmipriya a/p Thaigarajan. Saya ialah pelajar sekolah harian biasa di Kelantan. Bapa saya,  Thaigarajan a/l Ramasamy, berniaga rempah ratus (Kedai Curry Vijaya), manakala ibu saya, Meenatchi a/p Ramaswamy adalah seorang suri rumah tangga.

Pencapaian saya dalam setiap peperiksaan sebelum mengamalkan MEMO GOLD PLUS sederhana sahaja. Sewaktu di sekolah rendah, tidak pernah sekalipun saya memperoleh pencapaian yang bagus atau cemerlang. Saya juga sering diketepikan oleh rakan-rakan saya kerana pencapaian saya itu. Saya berasa sedih kerana saya juga ingin merasai menjadi pelajar cemerlang. Masalah saya adalah malas belajar. Saya lebih minat bermain daripada belajar dan saya juga tidak yakin saya mampu mencapai kejayaan cemerlang yang saya impikan itu.

Perkara ini menyebabkan saya dilanda kemurungan sehingga saya hanya berjaya memperoleh 3A 2B sahaja dalam UJIAN PERNILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR). Waktu itu, saya berasa sangat sedih dan kecewa dengan keputusan saya yang sangat tidak memuaskan itu. Pada masa itu, saya fikir saya tidak mungkin dapat mencapai cita- cita saya untuk menjadi seorang doktor.

Ketika saya berusia 15 tahun dan akan menduduki peperiksaan PMR, saya berasa runsing kerana merasakan saya belum bersedia untuk menghadapinya. Sementelahan pula, saya menghadapi masalah dengan subjek sains ,geografi dan sejarah pada awal tahun tersebut. Ketiga-tiga subjek ini memerlukan tumpuan dan daya ingatan yang kuat. Malangnya saya tidak mampu mengingat dengan baik dan tidak dapat memberi tumpuan sewaktu di dalam kelas.

Saya mula berasa takut yang saya akan mendapat keputusan yang sama seperti di sekolah rendah. Syukurlah empat bulan sebelum peperiksaan PMR, ayah saya telah memberi saya MEMO PLUS GOLD untuk membantu menguatkan ingatan saya.  Dengan harga yang berpatutan RM59.90 bagi 60 biji kapsul sekotak  tidaklah membebankan untuk ayah memperolehnya. Ayah juga telah menerangkan kesan pengambilan MEMO PLUS GOLD dan cara pemakanannya. Dalam beberapa bulan setelah saya mula mengambil MEMO PLUS GOLD, saya dapat merasai perbezaan yang sangat besar dalam diri saya. Saya telah mampu memberikan tumpuan di dalam kelas dan juga dapat mengingat semua yang diajar oleh guru di sekolah. Selain daripada itu, saya juga telah dapat menjawab soalan guru-guru dengan yakin dan tidak lagi berasa takut. Keyakinan saya juga semakin meningkat dari hari ke hari.

Saya juga lebih bersemangat untuk mengulangkaji  dan membuat kerja sekolah serta membuat perbincangan dengan kawan-kawan. Hal ini terbukti dengan keputusan cemerlang 6A 1B yang saya peroleh dalam peperiksaan PMR.

Mengukir Kejayaan  LUAR BIASA  – Lakshmipriya Thaigarajan

Sudah adat manusia, seperti kacang lupakan kulit, saya berhenti mengambil MEMO PLUS GOLD setelah habis peperiksaan PMR.  Saya berjaya memasuki tingkatan 4 aliran sains.

Sebaik sahaja saya melangkah ke tingkatan 4, saya mula menyedari bahawa saya kurang tumpuan di dalam kelas dan mata pelajaran seperti biologi, kimia dan fizik saya rasakan amat susah sekali. Saya hampir putus asa dan terfikir untuk menukar aliran. Setiap kali ujian yang diadakan ketika itu, saya pasti memperoleh markah yang agak teruk. Pada masa itu saya teringat akan MEMO PLUS GOLD dan saya mula mengambilnya semula ketika saya berada di  tingkatan 5. Seperti waktu di tingkatan 3, sekali lagi MEMO PLUS GOLD membawa perubahan yang tidak dijangka. Sepanjang tingkatan 4 saya tidak pernah mendapat A untuk kimia dan juga fizik tapi buat pertama kali dalam SPM saya mendapat A dalam subjek-subjek tersebut. Saya berjaya mendapat 7A 2B. Pada hari keputusan SPM saya telah berjanji bahawa saya tidak akan sesekali melupakan MEMO PLUS GOLD dan akan terus mengambil MEMO PLUS GOLD sehingga saya belajar di menara gading.

Mengukir Kejayaan  LUAR BIASA  – Lakshmipriya Thaigarajan

Saya sambung pembelajaran saya ke matrikulasi bersama dengan MEMO PLUS GOLD dan saya berjaya mendapat markah 4.0 bagi kedua-dua semester. Saya sekarang mempunyai keyakinan bahawa saya akan dapat mencapai cita-cita saya menjadi seorang doktor. Terima kasih MEMO PLUS GOLD kerana telah mengubah hidup saya.

Mengukir Kejayaan  LUAR BIASA  – Lakshmipriya Thaigarajan

Sekiranya saya berputus asa , saya tidak mungkin memperoleh hasil yang saya telah ceritakan ini. MEMO PLUS GOLD bukan sekadar membantu saya menjadi pelajar cemerlang, ia juga telah membantu saya meningkatkan keyakinan diri saya.

Terkini

Sekarang saya berada di semester 1, Universiti Putra Malaysia dalam bidang doktor haiwan.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.