Mudah Memahami, Mengingati Dan Menghafal – Oleh Nur Aisyah bt Ahmad

Posted on August 26, 2014 · Posted in Testimoni

Mudah Memahami, Mengingati Dan Menghafal - Oleh Nur aisyah bt Ahmad

Saya Nur Aisyah bt Ahmad berasal dari Bentong Pahang. Saya merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Mempaga 2. Di sekolah saya bukanlah antara pelajar yang begitu cemerlang. Prestasi saya di sekolah hanya memuaskan sahaja. Di sekolah saya sentiasa memberi perhatian ketika guru mengajar. Saya juga sentiasa menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan. Tetapi kesukaran saya adalah untuk memahami dan mengingati sesuatu subjek. Saya berusaha pelbagai cara untuk meningkatkan pretasi saya. Namun prestasi saya mendatar sahaja.Tiada yang meningkat. Saya berasa sedikit kecewa kerana setelah berusaha bersungguh-sungguh, prestasi saya masih tidak mampu menjadi sehebat rakan-rakan yang lain, apa tidaknya mereka sering menjadi pelajar contoh kepada pelajar-pelajar lain. Saya juga ingin turut menjadi seperti mereka. Oleh sebab yang demikian, saya sering merungut kepada ibu bapa saya tentang kesukaran yang saya alami dalam pembelajaran ini.

Ibu bapa mana yang tidak gusar melihat kesukaran yang dihadapi oleh anak-anak, lebih-lebih lagi ianya berkaitan dengan pendidikan. Melihat kepada saya yang bersungguh-sungguh inginkan perubahan dalam kecemerlang pelajaran, ayah saya terus mencari inisiatif untuk merealisasikan impian saya, memandangkan saya akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun itu. Pada suatu hari, secara kebetulan rakan ayah saya telah mengesyorkan kepada ayah untuk mencuba Memo Plus Gold, ini kerana anaknya telah menunjukkan hasil yang positif. Ayah saya agak tertarik mendengar perkongisan dari rakannya itu dan kemudian terus membelikan Memo Plus Gold untuk saya. Dengan harga yang berpatutan RM59.90 bagi 60 biji kapsul sekotak tidaklah membebankan untuk ayah memperolehnya.

Mudah Memahami, Mengingati Dan Menghafal - Oleh Nur aisyah bt Ahmad

Pada awal bulan pertama, saya mengamalkan Memo Plus Gold secara tidak begitu konsisten, kadang-kadang saya ambil kadang-kadang tidak. Ini memberikan hasil keputusan peperiksaan saya pada pertengahan tahun untuk subjek wajib UPSR ialah 1A 3B 1C sahaja, iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan yang paling merisaukan saya adalah subjek Matematik. Ini kerana subjek Matematik memerlukan saya banyak berfikir untuk mengingati dan menghafal formula-formula penting. Semasa guru sedang mengajar subjek Matematik, mata saya sahaja memandang ke hadapan, fikiran saya melayang entah ke mana, kerana saya sukar memahaminya. Di rumah ibu memujuk saya agar selalu membuat latihan dan jangan berputus asa sebab melihatkan saya yang semakin mula mengabaikan subjek ini. Ibu memberitahu saya bahawa Matematik itu penting untuk masa akan datang. Walaubagaimanapun keputusan peperiksaan yang saya perolehi tersebut masih membimbangkan ibu bapa saya. Melihat kepada keputusan dan kebimbangan daripada ibubapa saya, saya kemudian mula mengamalkan Memo Plus Gold secara konsisten dan nekad untuk belajar bersungguh-sungguh. Dalam beberapa bulan sahaja saya berjaya menunjukkan peningkatan dalam akademik saya. Saya dapat memahami apa yang diajar oleh guru dan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya ketika guru sedang mengajar. Di samping itu juga saya semakin mudah untuk memahami, mengingati dan menghafal, lebih-lebih lagi formula-formula bagi subjek matematik yang dahulu sukar bagi saya. Selain itu, saya berasa lebih bertenaga dan bersemangat dalam menjalankan aktiviti harian saya sebagai seorang pelajar.

Mudah Memahami, Mengingati Dan Menghafal - Oleh Nur aisyah bt Ahmad

Dek kerana perubahan ketara yang berlaku pada diri saya, guru-guru dan rakan-rakan saya amat terkejut dengan perubahan yang saya alami. Lebih mengejutkan lagi apabila saya telah memperoleh 5A dalam UPSR dan berjaya berada dikedudukan ke 3 dalam darjah. Kegembiraan yang tidak dapat saya gambarkan. Syukur Alhamdulillah, dengan berkat doa dan usaha serta pengambilam Memo Plus Gold secara konsisten, saya telah berjaya memperoleh kecemerlangan yang saya impikan. Ibu bapa saya juga turut terkejut dengan pencapaian yang saya perolehi dan begitu bangga dengan perubahan saya. Melihat pada kegembiraan yang terpamer diraut wajah ibu bapa saya, saya berasa amat bersyukur ke hadrat Illahi dengan pencapaian yang saya perolehi. Terima kasih juga kepada rakan ayah saya yang telah memperkenalkan Memo Plus Gold ini. Dengan kejayaan dan kecemerlang yang saya perolehi ini, saya telah dipilih untuk menjadi Wakil Pelajar di Felda Mempaga kawasan Bentong.

Setelah perubahan demi perubahan ketara yang berlaku, lebih-lebih lagi dalam peningkatan akademik saya, saya begitu yakin dengan keberkesanan Memo Plus Gold. Sehingga kini saya masih meneruskan pengambilan Memo Plus Gold untuk membantu saya menjalani kehidupan saya sebagai seorang pelajar yang berjaya. Siapakah yang tidak inginkan kejayaan? Bukankah ia merupakan impian setiap pelajar?  Jika saya mampu melakukannya, anda juga mampu untuk melakukannya. Bagi saya, dengan hanya 6 bulan mengamalkan Memo Plus Gold ini secara konsisten, saya mampu untuk meraih kejayaan yang tidak dapat saya jangkakan. Apa yang penting dalam kejayaan adalah datang daripada kegigihan dan kesungguhan diri untuk berjaya. Jadikan Memo Plus Gold sebagai teman setia dalam membantu kegigihan dan kesungguhan itu. Ini kerana bagi saya produk ini benar-benar membantu saya untuk memperoleh kejayaan dalam impian saya.

 

Oleh Nur Aisyah bt AhmadMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.