Anda akan mula dibanjiri dengan pendapat-pendapat daripada sahabat handai, keluarga, rakan sekerja, jiran tetangga mahupun daripada mereka yang tidak dikenali apabila tips penjagaan anak-anak dipersoalkan. Keadaannya seolah-olah semua orang layak menentukan apa yang anda perlu lakukan dan bila ianya perlu dilakukan seperti mereka semua mempunyai kepakaran tentang kandungan dan membesarkan anak-anak.
Tips penjagaan anak telah didedahkan kepada anda sejak mula kehamilan, semasa kelahiran bayi sehinggalah mereka memasuki alam kanak-kanak. Susah untuk membuatkan orang lain faham bahawa bukan semua pendapat mereka diperlukan oleh anda tetapi nasihat-nasihat tersebut masih boleh didengar dan membuat penilaian sendiri terhadapnya. Hal ini kerana, anda tidak pernah tahu bila tips-tips berkenaan perlu dan sesuai dengan situasi anda.
Cara untuk mendengar dan menerima tips penjagaan anak dengan baik ialah melalui merenung orang yang memberikan nasihat. Ini kerana, pandangan mata dapat menyampaikan mesej bahawa anda menumpukan perhatian dan berminat terhadap apa yang disampaikan. Namun, bagi nasihat yang dirasakan tidak berkaitan dan tidak mendatangkan manfaat untuk terus didengar, anda boleh cuba mengelak darinya dengan meminta diri ke tandas. Kaedah ini merupakan cara terbaik untuk menghindari diri daripada nasihat-nasihat yang anda jangkakan tidak bernas.
Kadangkala, sesetengah mereka yang berkongsi tips mendidik kepada anda adalah mereka yang mempunyai anak yang cerewet. Walubagaimanapun, anda perlu cuba menahan diri daripada memberitahu mereka bahawa anak berperangai sebegitu adalah mimpi buruk bagi setiap ibu bapa. Cuba dengarkan mereka secara berhemah dan tanya dengan sopan adakah kaedah itu yang mereka gunakan untuk mendidik si manja? Secara umumya, persoalan itu akan menghentikan mereka untuk terus bercakap kerana walaupun mereka tidak mengaku tetapi mereka sedar akan kelakuan buruk anak-anak mereka.
Tips asuhan biasanya akan diminta daripada ibu, ayah, mentua serta ahli keluarga lain. Apabila anda menyebut tentang anak-anak yang sering menimbulkan kekecohan, orang mula membuat tanggapan bahawa anda meminta mereka berkongsi pendapat mengenai tips mendidik. Kebiasaanya mereka akan berkongsi cerita yang berlaku antara anak-anak mereka kepada anda. Cuba dengar dengan baik dan anda mungkin terperanjat setelah mengumpul segala maklumat yang diperolehi.
Objektif mendengar tips mendidik adalah untuk memberikan anda idea terhadap apa yang perlu dilakukan setelah mencuba pelbagai cara. Tips-tips berikut mampu memberikan anda idea-idea untuk mengaplikasikannya dengan situasi yang lain apabila perlu. Antaranya:
- Apabila gigi anak anda tertanggal semasa hujung minggu atau selepas tamat waktu kerja bagi doktor gigi, gunakan pelekat gigi palsu untuk menutup lubang yang ada sebelum bertemu dengan doktor.
- Ruam pada punggung kanak-kanak boleh diubati dengan membenarkan aliran udara di kawasan sekitarnya tanpa memakai lampin bayi.
- Membenarkan anak-anak mengigit wafer beku adalah membahayakan kerana serpihannya mampu menyebabkan tercekik.
- Campuran serbuk penaik dengan air, dikacau sehinga pekat dan disapu pada tempat sengatan mampu mengeluarkan bisa dan meneutralkan semula racun supaya tidak berlaku pendarahan.
- Galakkan anak-anak untuk tidur bersama-sama supaya mereka tidak terlalu berdikari dan terlebih keyakinan.
- Apabila marah anda perlu menjauhkan diri seketika daripada anak-anak untuk mengawal kemarahan tersebut sebelum cuba mendisiplinkan mereka.
- Sentiasa ambil peluang untuk bermain dan berseronok bersama anak-anak walaupun mungkin menyebabkan rumah bersepah.
- Jangan abaikan kisah penderaan yang diceritakan oleh kanak-kanak kerana pada usia ini mereka tidak pandai untuk menuduh.
- Kanak-kanak umpama span, mereka akan menyerap apa sahaja yang dilihat dan didengar.
Sumber: Tips-tips mendidik yang diperolehi daripada orang-orang yang dipercayai mungkin memberi manfaat kepada anda. Namun ia juga boleh datang tanpa diminta daripada mereka yang tidak dikenali, teman-teman rapat, keluarga mahupun kenalan.