Panduan Pemakanan Kanak-kanak

Posted on December 4, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Panduan Pemakanan Kanak-kanak Kata-kata “Sihat, Kaya dan Bijaksana” telah lama dipegang erat dari generasi ke generasi. Jika anda sihat, barulah anda mempunyai keupayaan untuk menjadi kaya dan bijaksana. Anda adalah apa yang anda makan. Dan atas sebab ini, anda perlu memupuk tabiat makan yang baik dalam diri anak anda. Bagaimana anak anda makan hari ini akan memberikan kesan kepada kesihatannya di masa hadapan. Oleh itu, kerajaan di seluruh dunia kini sedang berusaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk tempatan mengenai kepentingan pemakanan kanak-kanak di mana ianya memberi penekanan tentang tabiat pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan anak anda menderita secara fizikal dan mental. Makanan berkhasiat merupakan tulang belakang kepada tumbesaran remaja. Pemakanan yang baik akan mencegah masalah kesihatan seperti obesiti, kekurangan zat besi dan gangguan pemakanan dalam kalangan kanak-kanak.

Bagaimana untuk Mencegah Obesiti dalam kalangan Kanak-kanak?

Kanak-kanak yang mempunyai masalah lebihan berat badan dan obes lebih berisiko untuk mendapat diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, masalah jantung dan kolestrol tinggi apabila mereka dewasa kelak. Atas sebab ini, anda perlu mengajar anak anda tentang kepentingan pemakanan yang baik untuk kanak-kanak sejak dari awal lagi. Kanak-kanak harus mengawal nafsu makan mereka terhadap makanan ringan. Melilih makanan yang kaya dengan nutrien seperti sayuran berdaun hijau, bijirin dan daging beranding makanan ringan seperti burger dan soda mampu membantu mencegah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

Adakah Mereka Membesar secara Optimum?

Antara makanan yang kaya dengan nutrien adalah buah-buhan segar, ikan, daging, sayur-sayuran da bijirin penuh. Makanan seperti ini membantu dalam tumbesaran kanak-kanak dari segi fizikal dan mental. Sebagai contoh, apabila anak anda semakin tingi, anda perlu memberikan makanan yang kaya dengan kalsium dan protein kepada anak anda. Sekiranya anak anda seorang atlet dalam usia remajanya, anda perlu lebih berhati-hati dalam menyediakan makanan yang mempunyai lebih protein supaya badannya dapat menggunakan protein tersebut untuk kesihatan biasa dan membantunya menjalani rutin hidup sebagai seorang atlet.

Betapa baikkah sarapan pagi yang ‘baik’?

Mengikut satu kajian yang telah dijalankan, sarapan pagi yang baik adalah sangat penting dalam keperluan pemakanan kanak-kanak. Murid yang mengambil sarapan pagi sebelum datang ke sekolah mempunyai kebolehan yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah, mereka mempunyai ingatan yang baik dan lebih kreatif. Kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk mempamerkan tingkah laku yang tidak diingini selain lebih emosional dan mempunyai masalah akademik di sekolah.

Apakah kesan pemakanan kanak-kanak yang tidak baik?

Pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan pelbagai masalah. Kanak-kanak mungkin mengalami masalah kurang ketinggian, kurang tumpuan, peningkatan risiko keretakan sekiranya jatuh, dehidrasi, prestasi akademik yang rendah, gangguan pemakanan dan masalah penglihatan. Kanak-kanak perempuan pula mungkin akan menghadapi masalah lambat mencapai akil baligh dan kitaran haid yang tidak teratur. Oleh itu, anda perlu mengambil lebih masa untuk mengajar anak anda tentang kepentingan pemakanan yang baik.

Berikut merupakan senarai makanan yang kaya dengan nutrien yang harus diberi kepada anak anda:

• Protein – Antara makanan yang mengandungi protein yang tinggi adalah makanan laut, telur, kacang soya atau produk berasaskan soya, bijirin, susu dan kacang.
• Buah-buahan – Anda harus menggalakkan anak anda makan pelbagai jenis buah-buahan segar. Jika dibandingkan dengan buah dalam tin atau beku, buah-buahan segar mengandungi khasiat yang lebih tinggi. Walaupun jus buah-buahan sememangnya baus, adalah lebih digalakkan untuk kita memakan buah-buahan segar. Namun sekiranya anak anda lebih gemarkan jus, pastikan anda memberikannya 100% jus tanpa bahan pengawet atau pemanis tambahan.
• Sayur-sayuran – Tiada pemakanan yang baik tanpa bantuan sayur-sayuran. Sayuran berdaun hijau, kacang, labu, lobak merah dan sebagainya perlu dihidangkan ketika makan tengah hari dan makan malam. Sayur-sayuran ini sama sekali tidak boleh diketepikan kerana ianya mengandungi mineral yang tinggi.
• Produk tenusu – Anda juga harus menggalakkan anak anda untuk mengambil susu, dadih, keju dan produk tenusu lain. Semua makanan ini mengandungi lemak yang penting, karbohidrat dan protein untuk tumbesaran yang optimum.

Pemakanan Kanak-kanak yang Baik

Kita semua sedar bahawa pemakanan yang baik adalah penting untuk semua peringkat umur. Namun peringkat yang paling penting adalah bagi kanak-kanak di mana mereka sedang membesar – bayi, kanak-kanak, kanak-kanak berusia 5 hingga 10 tahun dan juga remaja. Sekiranya anda merasakan bahawa badan yang sihat dan otak yang cerdas penting untuk anak anda, berilah mereka makanan yang seimbang.

Pemakanan yang seimbang adalah penting, namun jangan jadikan ia sebagai satu peraturan yang membebankan. Anda masih boleh membawa anak anda ke restoran bagi menikmati burger kegemarannya sekali sekala supaya mereka fikir bahawa ianya adalah ganjaran daripada amalan pemakanan seimbang di rumah.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.