Ibu Bapa Boleh Menghalang Penipuan dalam kalangan Anak Anda

Posted on January 22, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Ibu bapa boleh menghalang anak anda daripada menipu namun ianya memerlukan usaha dan kerja keras. Tidak dinafikan semua orang sedar betapa sengitkan persaingan dalam menjalani kehidupan pada masa kini. Setiap anak diharapkan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, berjaya dalam sukan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, masalah mula timbul apabila anak anda tidaklah sepintar dan sebagus rakan-rakannya yang lain. Oleh itu, menipu merupakan tindakan yang paling pintas yang boleh difikirkan oleh anak anda untuk berdiri sama tinggi dengan rakan-rakan yang lain. Menipu merupakan tindakan yang menyeronokan bagi sesetengah remaja. Pada pandangan mereka, kejayaan menipu bermakna mereka berjaya memperdayakan ibu bapa dan guru mereka. Sekiranya mereka bjaya ditangkap menipu, tindakan yang benar-benar memberi kesan kepada mereka perlu dikenakan. Contohnya, mereka dilarang menggunakan computer dan telefon bimbit.

Penipuan dalam kalangan Anak

Terdapat beberapa cara boleh diambil oleh ibu bapa jika anak-anak anda dikesan menipu:

1. Libatkan diri anda.

Perkara yang paling penting harus dilakukan ialah cuba cari punca sebenar masalah yang dihadapi oleh anak anda dan sebab mengapa mereka menipu. Sebagai contoh, kadangkala pelajar menipu dalam matematik kerana beranggapan mereka tidak perlu memahami semua istilah tersebut kerana ianya tidak berguna dalam kehidupan reality. Ada juga yang menipu disebabkan mereka malas dan sesetengah pelajar yang lain pula berpendapat ianya susah dan tidak akan mungkin dapat difahami. Cubalah sedaya upaya anda untuk memantau kerja rumah yang diberikan oleh guru untuk anak anda. Mendidik anak-anak samalah seperti proses membina enjin kapal angkasa. Banyak bahagian perlu dibina yang mana setiap satunya memerlukan kerjasama yang jitu. Pemantauan kerja rumah anak anda hanyalah sebahagian daripada bagian-bahagian tersebut. Namun percayalah, libatkanlah diri dalam kehidupan anak anda supaya anda terus menjadi sebahagian daripada mereka.

2. Komunikasi itu penting.

Ibu bapa perlu meluahkan segala isi hati dan perasaan mereka kepada anak-anak, begitu juga sebaliknya. Komunikasi secara terbuka dapat membina perasaan saling percaya dalam sesebuah keluarga. Walaubagaimanapun, kedua-dua pihak perlulah berbincang secara rasional untuk mencapai kata sepakat. Sebagai contoh, jika anak anda berpotensi untuk mendapat markah yang cemerlang, namun menghadapi masalah dalam memahami subjek tersebut, cubalah berbincang secara terbuka bagi mengenal pasti punca masalah tersebut. Mungkin ibu bapa perlu menghantar anak anda ke tuisyen bagi membantu menyelesaikan masalah ini. Ataupun mungkin anak anda tidak menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam kelas dan tidak mustahil masalah ini berpunca daripada sikap malas. Satu perkara yang perlu difahami oleh semua pelajar ialah menipu merupakan sikap yang terkutuk dan mempunyai akibat yang buruk. Kebanyakan pelajar menipu dalam peperiksaan kerana ingin mendapatkan keputusan yang cemerlang. Oleh itu, ibu bapa perlulah berbincang secara telus dengan anak-anak supaya mereka dapat meraih kejayaan dengan hasil titik peluh sendiri, bukannya dengan menipu.

3. Sediakan anak anda untuk menghadapi tekanan rakan sebaya.

Salah satu sebab utama anak-anak anda meniru di dalam peperiksaan disebabkan oleh pengaruh dari rakan sebaya. Bermula daripada meniru hanya satu soalan, kemudiannya berlanjutan sehingga semua soalan. Cubalah untuk meyakinkan anak anda untuk yakin pada diri sendiri dengan tidak meniru dan tidak memberi tiru. Jelaskan kepada anak anda bahawa mungkin dia tidak popular dalam kalangan pelajar yang meniru namun percayalah, pelajar-pelajar seperti itu tidak sepatutnya dijadikan kawan. Kebanyakan pelajar ini menjadi popular dalam kalangan rakan-rakannya. Namun yakinkanlah anak anda bahawa dia akan menerima ganjarannya kelak bila mana dia berjaya dengan hasil usahanya sendiri.

4. Berbincanglah dengan guru anak anda.

Setiap ibu bapa perlu menjalinkan hubungan yang erat dengan para guru dan ibu bapa kepada rakan-rakan anak anda. Guru merupakan orang pertama yang akan menyedari sekiranya anak anda menipu. Oleh itu maklumkan kepada guru tersebut bahawa memberitahu anda sekiranya anak anda menipu. Jika anak anda ditangkap menipu, jangan sesekeli terpedaya dengan pujuk rayu mereka untuk mendapatkan belas kasihan anda. Cuba kenal pasti sebab mereka meniru dan cara untuk mengatasinya. Apabila anda faham mengapa mereka meniru, adalah mudah untuk anda mengatasinya.

Ibu bapa boleh mencegah penipuan yang dilakukan oleh anak anda dengan sentiasa berada di sisi mereka dan menghabiskan masa yang berkualiti bersama mereka supaya anda sentiasa dekat dan dapat membina kepercayaan yang utuh antara satu sama lain.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.