Peringkat Keibubapaan – Tips Asuhan Bagi Setiap Peringkat

Posted on January 26, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Setelah menjejak kehidupan sebagai ibu bapa, bukan anak-anak sahaja yang membesar, bahkan anda juga akan berkembang bagi mengikuti peringkat-peringkat di dalamnya. Dalam proses perkembangan ini, kedua-duanya memainkan peranan, anda mempengaruhi anak-anak dan mereka mempengaruhi anda.
Secara amnya, perkara ini adalah normal, ibu bapa akan melalui enam peringkat keibubapaan iaitu:

Peringkat Keibubapaan

Mengandung

Peringkat ini individu perlu bersedia untuk melangkah ke alam keibubapaan sementara menunggu kelahiran cahaya mata. Mereka perlu mengubah prospek kehidupan mereka untuk hidup bersama-sama dengan orang baru. Jadi banyak persoalan yang timbul terutamanya bagaimana ahli baru itu mempengaruhi rutin kehidupan mereka. Antara kebimbangan yang sering melanda bakal ibu bapa ialah:

  • Kebimbangan mengenai kesihatan dan keselamatan anak yang akan dilahirkan
  • Kebimbangan untuk melahirkan anak
  • Kos untuk menyara bayi
  • Kesenggangan masa untuk diri sendiri

Autonomi (Sejak lahir – 24 bulan)

Sesudah lahirnya bayi, ibu bapa berpindah kepada peringkat baru iaitu autonomi. Pada peringkat ini ibu bapa perlu mencipta persekitaran yang terbaik kepada bayi. Antara perkara yang menjadi kembimbangan semasa ini ialah:

  • Kelengkapan bayi
  • Membina ikatan dengan ahli keluarga baru
  • Seimbangkan kehidupan sebagai ibu bapa dengan tanggungjawab lain seperti kerjaya
  • Penjagaan anak

Banyak pasangan yang menghadapi masalah semasa membincangkan perkara ini. Terutamanya dalam menentukan sama ada salah seorang akan berada di rumah untuk menjaga bayi ataupun khidmat asuhan diperlukan.

Autoriti (Dua hingga lima tahun)

Ibu bapa mula berkuasa sepenuhnya apabila anak menginjak usia dua hingga lima tahun. Ia bukanlah satu keistimewaan tetapi lebih merujuk kepada tanggungjawab. Ibu bapa perlu memupuk, membimbing dan mendisiplin mereka kerana berlakunya perkembangan intelek, emosi dan sosial pada peringkat ini.
Ibu bapa akan mula mengambil berat tentang:

  • Mewujudkan peraturan dalam keluarga
  • Berkomunikasi tentang peraturan kepada anak
  • Menetapkan batasan kepada anak
  • Menentukan keperluan anak bagi perkembangan mereka

Antara kekeliruan yang dihadapi ibu bapa pada peringkat untuk memberikan kebebasan penuh terhadap anak-anak untuk meneroka bagia merangsang perkembangan intelek mereka. Sedangkan ibu bapa enggan anak-anak terlalu bebas kerana bimbangkan mereka. Jadi ibu bapa perlu mencari keseiimbangan antara faktor ini supaya tidak terlalu menyekat dan pada masa yang sama dapat menjamin keselamatan mereka.

Interprestasi (Peringkat Persekolahan)

Peringkat ini merangkumi semua tahun-tahun persekolahan anak bermula dari pra-sekolah sehinggalah sekolah rendah. Ketika ini anak-anak mula membentuk perwatakan diri dan mula berkenalan dengan dunia luar. Ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membimbing dan mendisiplinkan mereka. Selain itu, ibu bapa boleh mula memperkenalkan kehidupan sosial kepada anak-anak bagaimana untuk berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan.
Ketika ini juga ibu bapa perlu menghadapi isu pengaruh rakan sebaya terhadap anak-anak. Pada peringkat ini, rakan sebaya lebih memberi pengaruh besar berbanding ibu bapa dalam kehidupan mereka. Oleh itu, mereka perlu sentiasa memperbaiki cara berkomunikasi dengan anak-anak supaya mereka dapat mengekalkan pandangan terhadap kedudukan anda sebagai paling berkuasa dan berpengaruh.

Saling bergantungan (Remaja)

Apabila anak-anak menginjak remaja, ibu bapa juga berubah daripada peringkat interprestasi kepada peringkat saling bergantungan. Memandangkan anak-anak sudah mula untuk belajar berdikari, ibu bapa bertanggungjawab mengajar mereka bagaimana untuk membuat pilihan yang tepat.
Peringkat ini banyak memberi tekanan kepada kedua-dua pihak. Para remaja yang ingin mencari identiti sendiri serta kebebasan mula mengundang masalah terhadap ibu bapa. Ramai berpendapat peringkat ini merupakan antara yang tersukar semasa menjadi ibu bapa.

Pelepasan (Dewasa)

Seperti proses-proses yang lain, kehidupan ibu bapa juga ada penamatnya tersendiri yang disebut ‘pelepasan’. Perkara ini tidak dirancang tetapi pada peringkat ini hubungan antara ibu bapa dan anak-anak mula renggang dan terasing. Anak-anak sudah mula bersedia untuk berdikari dan meninggalkan rumah. Perkara ini sukar buat ibu bapa, tetapi mereka terpaksa menerimanya supaya kitaran peranan ibu bapa wujud dalam diri anak-anak kelak.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.