Siapa yang tidak sukakan tempe, bukan? Makanan yang berasal dari Indonesia ini mula mendapat tempat di seluruh dunia. Tempe sangat bergizi dan kaya dengan protein, selain enak dimakan dalam apa cara sekalipun. Ia dikatakan makanan yang hebat kerana proses fermentasinya yang menjadikan tempe sebagai makanan dengan sumber probiotik, iaitu bakteri baik yang dapat membantu menjaga kesihatan usus dan sistem kekebalan tubuh.
Berikut merupakan 5 manfaat kesihatan yang diperoleh dari memakan tempe:
1. Menurunkan Kadar Kolesterol Jahat
Tempe mengandung protein yang sangat tinggi. Tidak seperti protein dari sumber haiwan, protein dalam tempe memiliki manfaat tambahan dalam menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL). Jadi, tempe dapat membantu menurunkan risiko serangan jantung, penyakit jantung, dan stroke. Selain menurunkan kadar kolesterol, tempe juga dapat membantu menurunkan kadar gula darah dan trigliserida penghidap diabetes.
2. Menurunkan Tekanan Darah
Tempe mengandungi magnesium yang memainkan peranan penting dalam sistem kardiovaskular dan bertanggungjawab terhadap proses metabolisme tubuh. Magnesium juga membantu mencegah terjadinya pembekuan darah, menurunkan tekanan darah, menjaga kekuatan tulang, dan membantu mencegah komplikasi yang berkaitan dengan diabetes.
3. Melindungi Sistem Pencernaan
Tempe juga mengandung serat makanan yang baik bagi tubuh. Serat memainkan peranan dalam mengikat lemak dan kolesterol yang membantu mengawal berat badan. Selain itu, serat yang terkandung dalam tempe sangat bermanfaat dalam menjaga kesihatan usus dan sistem pencernaan.
4. Mengatasi Gejala Menopause
Tempe yang diperkaya dengan isoflavon membantu mengawal hormon estrogen. Terdapat penyelidikan yang menunjukkan bahwa isoflavon dalam soya boleh mengurangkan rasa panas dalam dan tidak nyaman pada wanita menopause.
5. Sumber Tenaga
Tempe turut mengandungi riboflavin atau dikenali sebagai vitamin B2. Mikronutrisi ini berperanan dalam metabolisme tenaga dan juga diperlukan dalam metabolisme karbohidrat, protein dan lemak. Selain itu, ia juga penting dalam pembentukkan sel darah merah.