Salah satu perkara yang paling sukar untuk dilakukan ialah untuk bersedia memikul tanggungjawab untuk menjadi ibu bapa serta mendidik dan menjaga anak. Terdapat banyak benda boleh mempengaruhi perkembangan dan tumbesaran anak anda kerana tiada program khusus untuk diikuti. Terdapat beberapa sumber yang boleh dijadikan sebagai rujukan bagi mereka yang berhadapan dengan aspek penjagaan dan didikan anak untuk kali pertama. Dewasa ini, terdapat pelbagai jenis buku yang ditulis oleh pengarang terkemuka mengenai kaedah pilihan mereka dalam membesarkan anak-anak. Namun, tiada satupun jawapan yang mutlak bagi setiap persoalan dan situasi yang dihadapi oleh setiap ibu bapa.
Salah satu kaedah yang baik bagi mempersiapkan diri anda untuk menjadi seorang ibu dan bapa ialah mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar dari ibu bapa anda sendiri. Mungkin mereka tidak berfikiran moden namun percayalah bahawa ibu bapa anda mempunyai ilmu dan pengetahuan yang sangat luas dalam membesarkan anak-anak yang mana tidak akan dijumpai dalam mana-mana buku. Ibu bapa anda boleh membantu anda dalam masalah yang dihadapi dengan berkongsi pengalaman semasa membesarkan anda yang masih bayi. Mereka juga pasti mempunyai pelbagai idea yang unik dalam usaha mengendalikan situasi-situasi tertentu. Anda perlu sedar bahawa ibu bapa anda terlebih dahulu makan garam dari anda. Mereka telah melalui semua pengalaman dan suka duka dalam membesarkan anda dan adik beradik anda yang lain. Jadi tidak hairanlah sekiranya mereka mengetahui tanda-tanda kenapa bayi anda menangis, sama ada bayi anda kelaparan, mahu tidur ataupun tidak sihat. Ibu bapa anda juga semestinya mengetahui ubat-ubatan yang sesuai bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh bayi anda.
Tips dan teknik penjagaan anak yang betul sepatutnya boleh diletakkan di dalam risalah yang diberikan oleh doktor anda. Risalah ini mengandungi maklumat mengenai program-program bantuan yang dikhususkan kepada ibu bapa yang menghadapi masalah dalam penjagaan anak-anak, terutamanya ibu bapa yang pertama kali menimang cahaya mata. Selain itu, terdapat juga artikel yang sangat berguna di dalam majalah dan surat khabar berkenaan penjagaan bayi yang baru dilahirkan. Ibu-ibu yang hamil boleh melanggan sumber-sumber ini atau mungkin boleh mencari rujukan di perpustakaan sekiranya tidak gemar untuk melanggan secara bulanan. Tips dan teknik penjagaan anak yang disiarkan kebiasaannya ditulis oleh ibu bapa yang membangunkan teori atau idea berkenaan aspek spesifik dalam prosedur yang melibatkan penjagaan bayi dan kanak-kanak.
Buku tentang penjagaan anak menawarkan maklumat yang sangat berguna yang mana boleh digunakan bersama-sama rujukan dari penerbitan yang lain. Sekiranya anda berkemungkinan menjadi ibu dan bapa dalam masa yang terdekat, anda dinasihatkan untuk membaca satu atau lebih buah buku untuk mendapatkan gambaran menyeluruh tentang tanggungjawab ibu bapa yang sebenarnya. Bagi mereka yag enggan menambah baik kemahiran keibubapaan mereka, mereka mungkin sedang menuju kearah kemusnahan. Manual ini menyediakan arahan untuk menangani masalah disiplin dan hukuman bagi pelanggaran displin yang tidak boleh diterima dalam kehidupan masyarakat masa kini. Ini juga merupakan satu medium yang berguna sekiranya anak anda mempamerkan siri-siri tertentu kerana ia mengandungi semua maklumat yang diperlukan untuk membantu menyelesaikan sebarang masalah dan isu yang dihadapi.
Anda juga boleh menyediakan diri anda dengan menghulurkan bantuan kepada rakan dan saudara mara yang mempunyai bayi atau anak kecil. Tawarkan diri anda untuk menjadi pengasuh kerana banyak pengalaman boleh diraih dalam usaha mempersiapkan diri untuk menjadi ibu kelak. Menjaga anak orang lain jauh bezanya daripada menjaga anak kandung sendiri kerana anda perlu memulangkan kembali anak yang dijaga kepada ibu bapa kandungnya, manakala anak yang dikandung sendiri akan dijaga dan dididik bertahun-tahun lamanya tanpa ada gangguan dari pihak luar.
Dalam pada itu, anda boleh menyertai kelas yang dianjurkan di kawasan tempat tinggal anda. Terdapat beberapa kumpulan wanita di seluruh dunia yang menyediakan kelas untuk ibu sahaja dan kedua-dua ibu dan bapa. Kelas ini kebiasaannya menawarkan perkhidmatan yang berbeza mengikut kawasan dan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa tersebut. Data yang telah dikumpulkan beberapa dekad lalu kemudiannya digunakan untuk merangka pelan dan program bagi membantu setiap individu untuk hidup dengan selamat dan bahagia. Anda juga berpeluang berkongsi nasihat dan pandangan dengan orang lain yang menghadiri kelas tersebut terutamanya mereka yang pernah menempuhi masalah yang sama dihadapi oleh anda. Nasihat tersebut mungkin tidak boleh didapati di dalam kelas tersebut.
Sumber : Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis sumber yang berkesan sekiranya anda sedang mencari maklumat boleh dipercayai berkenaan teknik dan tips penjagaan anak. Maklumat yang berkaitan keibubapaan boleh didapati di internet ataupun melalui agensi tempatan yang menyediakan perkhidmatan untuk bakal ibu bapa dan ibu bapa yang baru.