Perspektif Keibubapaan

Posted on January 31, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Perspektif KeibubapaanPelbagai persoalan pasti bermain difikiran ibu bapa sebaik sahaja menimang cahaya mata pertama. Jika boleh dikumpulkan kesemua persoalan tersebut, mungkin setiap ibu bapa boleh menulis satu set Ensiklopedia tentang Perspektif Keibubapaan! Setiap ibu bapa semestinya menginginkan anak-anak yang berguna kepada bangsa, agama dan negara. Namun, pelbagai onak dan duri harus ditempuhi dalam usaha menjadi manusia yang berguna. Lebih sukar lagi, tiada peta untuk dijadikan panduan dalam perjalanan tersebut disaat perjalanan semakin sukar dan penuh cabaran.

Terdapat pelbagai falsafah tentang bagaimana untuk membesarkan anak-anak dan semestinya setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka berkeyakinan tinggi dalam menghadapi pelbagai dugaan di masa hadapan. Hal ini tidak bermaksud ibu bapa harus memberikan apa sahaja yang mereka inginkan, namun cubalah untuk menghargai usaha yang ditunjukkan anak anda. Menurutt mereka yang lebih makan garam daripada kita, keyakinan diri yang tinggi diperoleh melalui pengalaman yang ditempuhi, kegagalan yang dihadapi dan kesusahan yang dirasai. Anak-anak muda yang tidak pernah merasa erti kesusahan pasti gagal menyelesaikan masalah mereka sendiri kerana sentiasa bergantung kepada lain untuk menyelesaikannya. Segala susah payah untuk menyelesaikan masalah dan perjalanan yang sukar bagi menempa kejayaan itulah merupakan titik awal bagi memupuk rasa yakin diri dalam diri.

Dari pandangan Perspektif Keibubapaan, anak-anak sepatutnya diberikan tanggungjawab sejak dari awal lagi. Sebagai contoh, berikan tanggungjawab kepada anak anda untuk menyimpan kembali alat permainannya selepas bermain ditempat asalnya. Tanggungjawab yang kecil seperti ini sedikit demi sedikit akan memupuk rasa tanggungjawab dalam diri mereka. Semakin anak anda meningkat dewasa, mereka pasti mula bertanggungjawab pada hal-hal disekeliling mereka seperti membasuh pakaian dan membuat kerja rumah. Jika dilihat anak-anak remaja pada masa kini, mereka bertanggungjawab untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang baik bagi membolehkan mereka mendapat penghargaan dan kebebasan seperti keluar bersiar-siar bersama rakan pada hujung minggu dan sebagainya. Ada juga yang setuju untuk memikul tanggungjawab melakukan kerja rumah untuk mendapat wang saku yang lebih daripada ibu bapa. Rasa tanggungjawab untuk menyelesaikan kerja rumah bagi mendapat wang saku lebih merupakan antara contoh yang mendorong mereka bagi melengkapkan diri dengan rasa tanggungjawab bagi menghadapi dunia pekerjaan kelak.

Sifat akauntabiliti ataupun sifat kebertanggungjawaban seharusnya disematkan dalam diri anak-anak kita. Tanamkan sifat berani mengakui kesalahan dalam diri mereka. Jika ibu bapa bertanya “Siapakah yang menumpahkan jus oren ini di atas lantai?, jawapan yang pasti diberikan ialah “Saya tidak tahu”. Berilah mereka galakan supaya berani untuk menjawab “Saya minta maaf, saya yang menumpahkannya”. Menipu akan hanya membawa kepada akibat yang lebih buruk. Oleh itu, hargailah sifat tanggungjawab dan jujur dalam diri anak anda supaya mereka berani untuk mengakui kesilapan. Malangnya ibu bapa pada masa kini mempercayai setiap kata-kata yang keluar dari mulut anak mereka tanpa menyelidik terlebih dahulu sama ada mereka berlaku jujur atau tidak. Hal ini tidak digalakkan kerana tindakan seperti ini tidak membantu membina insan yang bermoral dan beretika. Didik dan bmbinglah anak anda untuk memperbetulkan setiap kesilapan mereka supaya pisang tidak berbuah dua kali.

Di samping itu, kekuatan karekter juga amat penting. Remaja pada masa kini seharusnya mampu untuk menghadapi tekanan daripada rakan sebaya terutamanya jika mereka diheret untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti najis dadah dan alkohol. Jelaskan kepada mereka bahawa tidak mengapa sekiranya mereka kehilangan rakan hanya kerana memilih untuk berada di jalan yang lurus. Mempunyai rakan yang melibatkan diri dengan aktiviti tidak sihat hanya menjerat mereka ke lembah kehinaan. Komunikasi yang berkesan adalah amat penting supaya mereka dapat berbincang secara terbuka sekiranya mempunyai sebarang masalah dengan rakan-rakan mereka.

Semua ibu bapa pasti mahu melihat anak-anak anda berjaya dalam hidup dan mempunyai karekter yang positif dalam menempuhi segala dugaan dan cabaran kehidupan kelak. Oleh itu, cubalah untuk mengaplikasikan Perspektif Keibubapaan ini sejak dari awal lagi sebagai persediaan untuk menjadi ibu bapa yang prihatin dan berwibawa.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.