Prosedur Mendidik Dengan Sempurna

Posted on February 28, 2013 · Posted in Kemahiran Keibubapaan

Pujian paling bermakna diterima daripada kenalan anda ialah mengenai kemahiran dan teknik mendidik dengan sempurna yang diamalkan. Setiap orang suka jika mereka dianggap telah melakukan tugas yang cekap dan baik dalam membesarkan anak-anak. Walaubagaimanapun, bukan semua dalam kalangan kita menggunakan teknik dan kemahiran mendidik yang betul untuk digelar sebagai ibu bapa terbaik. Setiap kanak-kanak di muka bumi ini berhak untuk dilayan dan dihormati seperti insan yang lain. Kehidupan ini merupakan sesuatu yang sangat berharga terutamanya kepada mereka yang masih muda.

Dalam beberapa buah negara termasuklah di Amerika Syarikat terdapat perkara yang dibahaskan di mengenai teknik mendidik berkesan serta kaedah-kaedah yang gagal bagi membentuk warganegara yang baik dalam masyarakat. Kini, hukuman sebat tidak lagi dibenarkan dalam mendisiplinkan dan dianggap sebagai penderaan kerana mengakibatkan kesakitan dan ketakutan. Kerajaan di peringkat tempatan, negeri mahupun persekutuan telah mengambil langkah dengan menggubal undang-undang mencengah sebarang bentuk hukuman dalam membina sebuah institusi keluarga.

Prosedur Mendidik Dengan Sempurna

Selagi tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan, setiap orang mempunyai hak untuk menentukan kaedah didikan yang sesuai bagi membesarkan anak-anak mereka. Walaupun wujud perbezaan dalam mendisiplinkan anak-anak sama ada memukul di bahagian belakang, menggunakan tali pinggang atau menggunakan cara-cara kesat yang lain untuk mendidik, namun Mahkamah Amerika menganggap semua itu adalah sebagai menyalahi undang-undang. Masyarakat juga percaya kaedah mendidik secara ancaman sebegitu hanya melahirkan masyarakat yang lebih teruk daripada hari.

Didikan sempurna berlaku apabila ibu bapa berjaya mengasingkan anak-anak yang berada di luar kawalan dengan membawa mereka keluar dari kawasan yang menimbulkan masalah dan membiarkan mereka bersendirian beberapa ketika. Namun langkah ini akan dilihat sebagai mendera jika ia tidak dilaksanakan dengan betul. Sentiasa melibatkan kanak-kanak dalam komunikasi yang membina dengan berbincang bersama mereka mengenai kesalahan dan hukuman dikenakan juga merupakan teknik mendidik yang dapat menyekat perlakuan buruk anak-anak.

Beberapa orang profesional dalam bidang ini akan membina teknik mendidik yang mengandungi pelbagai langkah, panduan dan sedikit perancangan. Setiap dua bulan sekali. syarikat penerbitan akan menerbitkan pelbagai teknik mendidik yang dianggap terhebat. Limpahan maklumat tentang ‘apa yang perlu dilakukan’ dan ‘apa yang tidak boleh dilakukan’ telah mempengaruhi kebanyakan ibu bapa muda. Sememangnya kita digalakkan untuk menimba seberapa banyak nasihat daripada orang lain terutamanya bagi mereka yang mula menempuh cabaran berkeluarga, namun pilih hanya satu jalan yang paling sesuai bagi anak-anak anda. Anda tidak perlu mematuhi setiap apa yang tertulis di dalam buku hanya kerana untuk mematuhi undang-undang mendidik yang telah ditetapkan. Hal ini kerana, setiap apa yang tertulis hanyalah cadangan dan ia bergantung kepada situasi serta keadaan sesuatu tempat mengikut kajian yang telah dijalankan.

Kita tidak sanggup melihat sebarang kecelakaan berlaku terhadap anak-anak kerana mereka adalah harta yang paling berharga. Mendidik merupakan seni untuk menentukan kehidupan mereka selamat dan bebas daripada sebarang bahaya. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kediaman kita bebas daripada kebimbangan dalam membesarkan anak-anak. Ini termasuklah meletakkan alat pengunci di semua bahagian penyimpanan barangan yang boleh mendatangkan bahaya kepada anak-anak kecil kita.

Setiap insan boleh meminta pandangan daripada orang lain untuk mendapatkan teknik mendidik yang terbaik bagi melindungi anak-anak anda. Kadangkala anda akan menghadapi saat-saat yang sukar dan tertekan, namun sentiasa mengingatkan diri anda bahawa anak-anak hanyalah si kecil yang tidak tahu menahu supaya ia dapat melenyapkan kekecewaan dan kemarahan dalam diri. Proses mendidik tidak akan pernah berakhir setelah memulakannya, anda bertanggungjawab untuk menasihati mereka sepanjang hidup bersama.

Sumber: Tidak ada teknik yang boleh benar-benar menjamin kepada kejayaan anda mendidik. Ini kerana, setiap individu itu adalah unik dan memerlukan kaedah berbeza yang selaras dengan kepercayaan anda. Baiki kemahiran mendidik anda mengikut kempampuan diri.

Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.