Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan bagi mengenal pasti punca berlakunya ADHD ini. Namun kajian yang dilakukan juga masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar berlakunya ADHD di kalangan kanak-kanak yang mengalami simptom-simptom ADHD tersebut. Menerusi kajian yang dilakukan oleh Friend (2006) menunjukkan bahawa sifat atau ciri ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga yang rapat juga boleh mempengaruhi kecacatan. Individu yang mengalami ADHD selalunya dipengaruhi oleh faktor keturunan. Ini kerana kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD adalah tiga kali ganda berpotensi menjadi ADHD berbanding dengan mereka yang tidak mepunyai sejarah ADHD. Pendapat ini dibuktikan melalui pendapat Baekley (1998), yang mengatakan bahawa 80 peratus kanak-kanak ADHD adalah berpunca daripada keturunan.
Manakala menurut Sandra (2005), ADHD berlaku adalah disebabkan oleh kekurangan aktiviti dan tahap metabolisme yang rendah di bahagian otak yang tertentu. Mereka yang mengalami ADHD juga menghadapi masalah kekurangan aktiviti di bahagian otak berbanding dengan mereka yang tidak mengalami ADHD. Berdasarkan pendapat Friend (2006), kajian yang dijalankan ke atas bahagian otak menunjukkan terdapat tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia dan cereblum. Ketiga-tiga bahagian ini mengawal fungsi yang berlainan. Untuk penghidap ADHD mereka akan kekurangan electricall activity dan kekurangan tindak balas kepada stimulasi di bahagian otak.
Dalam hal ini juga, terdapat pendapat yang mengatakan bahawa amalan merokok dan pengambilan akohol ketika ibu sedang mengandung mempengaruhi dan mempunyai risiko yang tinggi mendapat ADHD bagi bayi yang dikandung itu. Kemudiannya, factor lain yang menyebabkan kanak-kanak penghidap ADHD ini ialah masalah kesulitan dalam pembelajaran antara penyebab seseorang kanak-kanak berkelakuan ADHD kerana kanak-kanak akan merasa tertekan ketika mereka cuba memahami sesuatu yang dipelajari.
Ciri-ciri perkembangan fizikal dan tingkahlaku ADHD
- Kemampuan akademik tidak optimal
- Masalah hubungan social
- Suka bermain tanpa mengira bahaya
- Sikap melanggar tatatertib
- Suka memberontak
- Bertindak sebelum berfikir
- Memerlukan kepuasan dengan segera
- Tidak boleh menunggu giliran
- Suka mengganggu kawan
- Suka mencuri
- Sentiasa bermasalah
- Selalu merosakkan barangan orang lain.
- Kadangkala berani mencederakan diri sendiri dan orang lain
- Suka bising, degil dan sukar dikawal.
- Tidak suka dibelai,namun kadang-kadang suka melakukan perkara yang dapat menarik perhatian orang lain.




