Rahsia Seorang Pelajar Menguasai Kemahiran Bahasa Arab

Posted on October 9, 2012 · Posted in Testimoni

Kemahiran berbahasa asing seperti Bahasa Arab merupakan suatu kelebihan di dalam dunia komunikasi kerana nilai komersialnya yang tinggi dan mampu menandingi bahasa utama dunia yang lain. Setiap pelajar yang bercita-cita tinggi perlu menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa asing agar dapat meningkatkan daya saing bagi menempatkan diri ke pengajian yang lebih tinggi.

Adik Nuraini

Adik Nuraini pelajar pintar dan cermerlang dalam menguasai Bahasa Arab

Adik Nuraini binti Ismail yang menetap di Kuantan, Pahang merupakan seorang pelajar yang sederhana. Namun begitu dia memiliki cita-cita tinggi untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Menyedari pentingnya menguasai bahasa asing selain Bahasa Melayu dan Inggeris, telah mendorong minatnya di dalam mempelajari Bahasa Arab.

Di awal pembelajaran subjek Bahasa Arab dan Tilawah ketika di sekolah menengah, adik Nuraini mengalami kesukaran untuk menguasai kaedah bahasa dan pengajian. Ini kerana pembelajaran bahasa tersebut memerlukan tahap penghafalan yang tinggi dan daya ingatan yang kuat. Para ibu-bapa tentunya dapat membayangkan cabaran yang perlu dilalui didalam menguasai sesuatu bahasa apatah lagi sekiranya anak-anak mereka lemah dalam penguasaan asas bahasa tersebut. Sebagai seorang pelajar yang cekal, adik Nuraini tidak berputus asa sebaliknya terus berusaha bersungguh-sungguh. Namun begitu kadangkala, dia berasa tertekan juga dengan situasi yang dihadapinya.

Seringkali adik Nuraini berkongsi masalah pelajaran dan meluahkan cabaran yang dihadapinya kepada ibu beliau iaitu Puan Jemilah binti Abdul Ghani. Ketika itu, perasaan Puan Jemilah agak gusar dan ragu akan keupayaan anaknya. Sebagai ibu yang penyayang dan bertanggungjawab, Puan Jemilah merasakan dia perlu mengambil tindakan dengan segera. Setiap hari beliau runsing memikirkan kaedah-kaedah dan makanan tambahan yang boleh diberikan kepada adik Nuraini untuk membantunya di dalam pembelajaran.

Pada suatu hari beliau terdengar segmen tajaan di radio Pahang FM yang membicarakan tentang produk berasaskan ekstrak herba Brahmi iaitu Memo Plus Gold. Produk tersebut mampu memberi protin baru ke otak seterusnya mengaktifkan dan merawat sel-sel yang lemah dan rosak. Ini secara langsung meningkatkan daya tumpuan dan menambah keupayaan daya ingatan. Puan Jemilah segera terbayang kemungkinan yang produk ini mampu memberi penyelesaian jangka panjang kepada Nuraini. Beliau segera menghubungi juru cakap syarikat terbabit bagi mendapatkan produk dari agen terdekat di kawasan Kuantan.

Adik Nuraini mula menggunakan produk herba Memo Plus Gold ini pada tahun 2008. Walaupun kadangkala berasa sangsi dengan keberkesanan Memo Plus Gold, Puan Jamilah memastikan adik Nuraini perlu mengamalkan Memo Plus Gold secara berterusan memandangkan kadar harganya yang berpatutan iaitu RM 59.90 sekotak. Beliau hanya perlu mengambil 2 biji setiap hari selepas makan.

Selepas daripada pengambilan herba tersebut, prestasi pembelajaran adik Noraini mula menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Ini meliputi semua mata pelajaran termasuklah Bahasa Arab dan Tilawah. “Saya merasakan mudah untuk melakukan proses penghafalan terutama ayat-ayat Quran untuk subjek Tilawah. Daya ingatan juga semakin kuat dan berkekalan” kata adik Nuraini lagi.

Pada tahun 2009, adik Nuraini menduduki peperiksaan PMR dengan mengambil 9 mata pelajaran termasuklah Bahasa Arab dan Tilawah. Apabila keputusan PMR diumumkan, beliau telah berjaya dengan cemerlang dengan mencatat gred A untuk kesemua 9 mata pelajaran yang diambilnya. Begitu gembira sekali perasaan Puan Jemilah mengenangkan usahanya mencuba Memo Plus Gold telah membuahkan hasil. Tidak sia-sia pelaburan yang dilakukannya selama ini. Para ibu-bapa sekalian tentunya dapat membayangkan perasaan bangga ibu-bapa sekiranya anak mereka berjaya dengan cemerlang di dalam pelajaran mereka.

SPM

Salinan slip keputusan peperiksaan SPM Adik Nuraini

Kejayaan adik Noraini juga berterusan sehingga ke peperiksaan SPM 2011. Keputusan yang diumumkan baru-baru ini mendapati, adik Nuraini berjaya memperoleh 8A 2B. Keputusan cemerlang itu merupakan suatu hadiah di atas kerja keras beliau di dalam pelajaran juga hasil usaha Puan Jemilah yang sanggup berkorban wang ringgit demi kejayaan anak-anak. Semangat Puan Jemilah dalam memberi dorongan dan sokongan kepada pendidikan anak-anak boleh dicontohi oleh para ibu bapa di luar sana agar anak mereka dapat menjelmakan potensi diri yang sebenarnya.

Cubalah Memo Plus Gold terhadap anak-anak anda dan rasailah perbezaan dan kemajuan yang anak-anak anda akan lalui. Anda boleh membayangkan anak-anak anda mencapai kecemerlangan pelajaran dan kehidupan dengan Memo Plus Gold sebagai suatu produk yang boleh membantu perkembangan dan potensi minda mereka.

Saya telah berjaya mengubah nasib anak saya. Anda juga patut mengambil langkah yang sama. Ini kerana perubahan tidak akan berlaku melainkan kita sendiri mengambil LANGKAH PERTAMA untuk MENGUBAHKAN suatu impian agar menjadi KENYATAAN. Cuba kita bayangkan betapa gembiranya  jika anak anak kita mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Sebagai Ibubapa kita akan rasa berbangga dengan pencapaian anak kita.

Pembelian Memo Plus Gold atas Talian Internet, Klik Dan Pesan Sekarang!

Sila Pilih Destinasi Penghantaran, Semananjung Atau Timur Malaysia dibawah.


Pilih Semananjung Atau Timur Malaysia:
NO. Telepon Anda




Penggunaan efektif

Dos: Bagi dewasa, satu kapsul dua kali sehari selepas makan dan bagi kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) satu kapsul sehari selepas sarapan. Pengguna disarankan supaya terus mengambil MEMO PLUS GOLD sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mendapatkan kesan yang ketara, selepas tempoh itu pengguna boleh mengambil satu kapsul sehari jika mahu.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.