Anda kini menikmati musim cuti sekolah yang panjang. Pastinya anda sedang berehat dan bersantai setelah mengharungi musim persekolahan selama 11 bulan yang lepas.
Namun begitu, perlu diingatkan yang anda masih belum menamatkan lagi alam persekolahan anda. Tahun hadapan merupakan tahun yang penting memandangkan anda akan menduduki peperiksaan utama persekolahan.
Persoalan penting yang bermain di dalam fikiran anda ketika dimusim cuti sekolah ini, apa yang anda patut dilakukan? Perlukan anda bersedia mulai sekarang untuk menduduki peperiksaan utama tahun hadapan? Suatu persoalan yang tidak mudah untuk dijawab! Fikiran anda pastinya kini tertumpu kepada menikmati cuti anda. Rakan-rakan anda kebanyakkannya sedang bersantai dan mungkin ada yang sedang dan akan melancong ke luar negara. Pada dasarnya, rangka pemikiran dan suasana persekitaran tidak merangsang keperluan untuk belajar. Sekiranya anda seorang pelajar yang cemerlang atau bagus, anda memang layak untuk mendapat sedikit ruang untuk berehat dikala ini. Namun sekiranya keputusan pelajaran anda tidak begitu baik, maka inilah masa yang terbaik untuk anda memulakan persediaan bagi menduduki peperiksaan utama tersebut pada tahun hadapan! Anda perlu mengejar para pelajar lain yang lebih cemerlang kerana apabila persekolahan bermula tahun hadapan, anda tidak akan berpeluang untuk mengejar mereka.
Hanya dengan memiliki pendidikan yang bagus dapat menjamin anda agar mengenali dan menggapai matlamat kehidupan yang sebenarnya. Mereka yang tidak berpelajaran selalunya sukar untuk memahami erti kebahagiaan hidup dan jarang merasai kehidupan yang sempurna. Situasi kehidupan dizaman ini begitu mementingkan tahap pendidikan. Setiap syarikat akan memeriksa latarbelakang pendidikan sebelum menawarkan anda kerja. Anda akan dapati bahawa sukar untuk ditawarkan jawatan eksekutif sekiranya tidak memiliki apa-apa kelulusan universiti. Di dalam kebanyakkan organisasi, sekiranya anda tidak memiliki ijazah, anda akan tersisih dari kenaikan pangkat dan gaji. Tentunya ada pengecualian dalam situasi tertentu, namun ia jarang sekali berlaku kecuali jika anda memang pekerja yang cemerlang. Secara ringkasnya, dengan memiliki pendidikan yang bagus, hidup anda akan menjadi lebih bermakna dan menjadi batu loncatan demi masa hadapan yang lebih cerah.
Satu lagi persoalan penting yang bermain difikiran para pelajar, bagaimana mereka dapat melakukan persediaan mental tanpa perlu mengulangkaji pelajaran. Semenjak 17 tahun yang lalu. terdapat ramai pelajar sederhana yang telah mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka dengan mengambil Memo Plus Gold. Hasil kajian klinikal membuktikan dengan jelas bahawa seseorang pelajar boleh mempamer kesan optima dalam pembelajaran apabila mengambil Memo Plus Gold selama 3 bulan tanpa henti. Anda akan kembali ke sekolah pada bulan Januari 2015 iaitu kira-kira dalam jangka beberapa minggu lagi. Sekiranya anda mula mengambil Memo Plus Gold sekarang, minda anda akan menjadi lebih tajam sebaik anda kembali semula ke sekolah. Pada waktu cuti sekolah ini, anda sepatutnya mengambil Memo Plus Gold walaupun anda tidak perlu belajar. Memo Plus Gold akan merangsang minda anda secara perlahan-lahan, seterusnya meningkatkan keupayaan mengingat segala yang akan dipelajari di sekolah nanti. Anda sudah pasti memerlukan minda yang tajam kerana tahun hadapan merupakan tahun persekolahan yang penting buat anda!
Melakukan persediaan untuk peperiksaan am memang sukar. Ketakutan dan kebimbangan terhadap peperiksaan yang mendatang boleh menyebabkan kesukaran dalam merangka bahan-bahan pelajaran dengan betul, mengutamakan bahan-bahan pelajaran atau membezakan antara waktu belajar juga waktu santai. Satu lagi situasi yang biasa berlaku ialah anda bertukus lumus belajar setiap hari, namun anda hanya dapat mengingati hanya sedikit sahaja pelajaran anda. Di sinilah Memo Plus Gold dapat membantu dalam dua aspek. Pertama, ia dapat melegakan tekanan perasaan dan keresahan anda dan keduanya, ia akan meningkatkan daya tumpuan, daya ingatan dan pengekalan maklumat yang telah dipelajari.
Secara ringkasnya, permintaan kami kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, SPM dan STPM pada tahun 2015:-
a) ambil 2 kapsul Memo Plus Gold setiap hari ketika musim cuti persekolahan yang panjang ini!
b) walaupun anda tidak belajar ketika cuti sekolah ini, anda akan dapati minda anda tetap cerdas sekembalinya anda kesekolah nanti!
Yakinlah dengan apa yang kami nyatakan ini. Dengan pelaburan yang kecil ini, anda akan mengikut jejak langkah para pelajar terdahulu yang telah berjaya dan cemerlang dalam pelajaran dengan pengambilan Memo Plus Gold setiap hari!!!