Remedi Melegakan Batuk

Posted on March 28, 2015 · Posted in Pengetahuan am

Keadaan cuaca yang tidak menentu serta pencemaran udara boleh membuatkan tubuh diserang batuk. Batuk boleh menyebabkan keradangan yang teruk pada bahagian tekak dan sekaligus mampu memberi kesan pada paru-paru.

Jika batuk masih pada tahap baru, segera rawatnya dengan remedi organik yang EH! kongsikan ini. Anda boleh praktikkan kala di rumah untuk melegakan batuk dengan secepatnya sebelum melarat.

Lemon

Potong buah lemon kepada separuh, taburkan serbuk lada hitam berserta garam ke atas potong buah lemon. Hisap gabungan buah lemon bersama serbuk lada hitam dan garam untuk kelegaan secepatnya.

Susu

Campurkan susu manis bersama madu. Panaskan campuran tersebut dan minum untuk menyembuhkan batuk dengan cepat.

Badam

Kisar badam sehingga halus. Campurkan beberapa sudu teh badam yang sudah dikisar halus dengan jus oren. Minum campuran tersebut untuk kelegaan batuk.

Teh Lada Hitam

Campurkan satu sudu teh serbuk lada hitam serta dua sudu besar madu ke dalam air bancuhan teh berserta uncangnya. Gunakan air panas dan biarkan ia terendam selama 15minit. Minum untuk melegakan batuk yang mempunyai kahak dan batuk kering.

Sumber:www.eh.com.my/artikel/gaya-hidup/remedi-melegakan-batukMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.