Saya Sahut Cabaran 4 Bulan!

Posted on April 28, 2015 · Posted in Testimoni

Saya Sahut Cabaran 4 Bulan!

Nama saya ialah Siaw Sze Hoong. Setiap pelajar perlu memikul tanggungjawab yang besar dalam mencapai kejayaan. Oleh itu, pelajar haruslah berusaha dengan tekun dan bekerja keras untuk meraih kejayaan kerana kejayaan itu perlu dikejar. Ketika di tingkatan 4, saya telah memilih aliran sains. Seperti yang di ketahui, empat subjek utama aliran Sains adalah Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Keempat-empat subjek ini amat sukar dan sentiasa memeningkan saya mahupun rakan sedarjah juga. Sama ada dengan mata terbuka mahupun tertutup, apa yang saya dapat lihat hanyalah nombor dan simbol sahaja.

Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi adalah subjek baru, pembelajaran juga berlainan dengan masa lalu. Bukan sahaja banyak dan lebih kompleks, malah lebih sukar. Walaupun saya belajar bersungguh-sungguh dalam kelas, masih ada banyak bahagian yang saya tidak faham. Bagi saya, ini benar-benar merupakan suatu cabaran yang besar, bukan sahaja mencabar minda malah mencabar keupayaan saya. Walaubagaimana susah pun, saya bertekad untuk memastikan saya berjaya cemerlang dalam SPM yang bakal saya duduki pada tahun seterusnya.

Di samping subjek-subjek baru yang semakin mencabar, di sekolah saya juga telah menyertai beberapa aktiviti ko-kurikulum, termasuk St John Ambulans, bola tampar dan bola keranjang.  Saya telah dipilih untuk memegang jawatan sebagai setiausaha bagi kelab bola keranjang yang akan dipertanggungjawabkan dalam tugas-tugas dokumentasi. Saya juga memegang jawatan sebagai pengerusi untuk St John Ambulans. Sebagai pengerusi St John Ambulans pula, saya dikehendaki bertanggungjawab dalam aktiviti keseluruhan pasukan, termasuk merancang pemilihan ketua kumpulan, menyediakan kandungan bagi setiap latihan, melatih ahli-ahli baru dan sebagainya. Di samping itu, saya juga perlu membuat penyediaan secara aktif untuk menampung Pertandingan Tahunan St John Ambulans antara sekolah, menghantar ahli-ahli untuk menduduki peperiksaan pertolongan kecemasan dan lain-lain lagi.

Dalam berhadapan dengan pembelajaran baru, kerja rumah dan menangani aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, saya merasakan seolah-olah masa yang ada tidak mencukupi  untuk melaksanakan tugas-tugas berikut. Hal ini menyebabkan saya semakin tertekan dan sering hilang fokus terhadap pembelajaran. Prestasi saya keseluruhannya tidak memuaskan. Saya juga letih, seolah-olah tidak bertenaga untuk belajar.

Setiap hari, kelas saya berakhir pada pukul 1 petang dan saya mula menjadi sibuk dengan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum selepas waktu tersebut. Adalah lazim bagi saya untuk pulang ke rumah pada pukul 6 petang. Pada waktu malamnya pula, pada jam 8 malam sehingga 10 malam merupakan waktu untuk saya mengulangkaji pelajaran. Akan tetapi, disebabkan aktiviti-aktiviti yang terlalu padat dan banyak pada waktu siang, saya tidak dapat menumpukan perhatian dan kadang kala berasa letih malah tertidur semasa membuat ulangkaji .

Saya sedar bahawa saya mula tidak dapat untuk bertahan. Fizikal saya yang semakin tidak bermaya kerana kepenatan, semangat semakin luntur dan pembelajaran yang semakin ketinggalan membuatkan saya semakin bimbang terhadap keadaan yang saya alami, memandangkan saya bakal berdepan pula dengan  SPM tidak lama lagi.

Setelah memberitahu kepada ibu tentang apa yang saya alami, ibu saya telah membelikan saya produk Memo Plus Gold di farmasi. Setelah diberikan penerangan tentang produk ini serta cabaran yang diberi oleh jurujual saya menyahut cabaran dengan mengambil produk Memo Plus Gold untuk mengubah keadaan yang saya hadapi sekarang ini. Dengan harga yang berpatutan RM63.50 (termasuk GST) bagi 60 biji kapsul sekotak tidaklah membebankan untuk memlikinya.

Seperti yang disarankan, saya mengambil 2 biji setiap hari. Pada awal pengambilan tiada banyak perubahan yang dapat saya rasakan. Tetapi saya tidak berputus asa, saya meletakkan keyakinan dengan menyahut cabaran 4 bulan yang dikatakan oleh jurujual. Lama kelamaan, setelah hampir 4 bulan mengamalkannya, saya merasakan perubahan yang positif berlaku kepada diri saya. Saya kembali segar bersemangat, ceria dan bertenaga, seterusnya semakin aktif dan inisiatif. Hanya dalam 4 bulan yang diberikan, prestasi pembelajaran saya juga berubah dengan lebih baik lagi.

Setiap malam sebelum peperiksaan, ada segelintir rakan sedarjah saya akan minum kopi untuk kekal berjaga, tetapi tidak pada saya. Saya hanya mengambil Memo Plus Gold. Bukan sahaja bersemangat sewaktu dalam kelas malah saya juga tidak berasa keletihan walaupun membuat ulangkaji sehingga lewat malam. Apabila bangun keesokkan paginya saya masih bertenaga untuk memulakan hari saya.

Menurut pengalaman saya, sesetengah subjek seperti Biologi, Fizik dan Kimia boleh dihafal tetapi sesetengah subjek seperti Matematik Tambahan, anda perlu memahami teori dan konsepnya, jika tidak, anda tidak dapat menyelesaikan masalah sekiranya soalan berputar atau bertukar. Tetapi dengan adanya Memo Plud Gold, tanpa saya sedari, saya mampu mengingat dan memahami segala yang dipelajari.

Apabila melangkah ke tingkatan 5, saya tidak berasa terlalu risau terhadap peperiksaan mahupun tugasan-tugasan yang diberikan. Ini kerana saya sentiasa bersedia dan yakin pada diri bahawa Memo Plus Gold sentiasa membantu saya.

6 bulan sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, saya menumpukan perhatian yang sepenuhnya ke atas pembelajaran saya. Dalam saat-saat penyediaan, walaupun saya mengulang kaji sehingga lewat malam, saya tetap bersemangat pada keesokan hari dan menghadapi setiap hari dengan tenaga yang berpositif.

Tatkala saya melangkah ke dewan peperiksaan bagi menduduki peperiksaan SPM, terasa diri ini penuh dengan keyakinan, penuh dengan keghairahan. Saya dapat fokus terhadap peperiksaan yang saya duduki.

Ternyata sekali, dengan usaha saya yang berterusan serta disiplin diri, saya yakin, saya mampu mencapai kejayaan. Akhirnya, pada hari keputusan SPM yang diumumkan dan sewaktu keputusan SPM itu berada ditangan saya, perasaan gembira yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata, saya memperoleh keputusan 8A 1B dalam SPM.

Saya Sahut Cabaran 4 Bulan!

Keputusan SPM

 

Kini, saya sedang menuntut pelajaran di AIMST University dalam Diploma Sains. Saya amat gembira dengan kehidupan dan pembelajaran saya. Dengan adanya Memo Plus Gold pembelajaran saya semakin hari semakin mudah. Dari cabaran 4 bulan yang diberikan, kini saya memperoleh impian yang saya impikan.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.