Senaman Semasa Bercuti

Posted on December 27, 2015 · Posted in Pengetahuan am

KADANGKALA semasa sedang bercuti panjang, kita terlepas daripada rutin dan jadual senaman yang sering dilakukan setiap hari sehingga mengakibatkan apa yang ingin dicapai mulai terganggu.

Sebenarnya tidak ada sebab kenapa rutin tersebut dilupakan kerana semasa bercuti, rutin senaman boleh dilakukan seperti di gimnasium hotel, taman sekitar hotel mahupun di dalam bilik penginapan.

Tidak ada sebab mengapa rutin senaman itu ditinggalkan begitu sahaja kerana semua kemudahan telah disediakan di sekitar kawasan penginapan atau tempat percutian popular yang anda kunjungi.

Jika masih juga tiada kemudahan yang disediakan, peralatan di dalam bilik atau barangan peribadi dapat digunakan untuk melakukan senaman ringan bagi membolehkan kita kekal cergas walaupun ketika bercuti.

Ruangan Kesihatan minggu ini berkongsi tip menggunakan peralatan asas di dalam bilik tidur hotel atau tempat penginapan yang boleh dilakukan untuk bersenam.

Walaupun barangan ini adalah barangan biasa tetapi kesannya hampir sama dengan peralatan yang terdapat di gimnasium bagi membantu anda mendapatkan tubuh badan yang sihat. – AMIRUL

  • Biasanya katil adalah tempat untuk tidur. Tetapi dalam keadaan ini, katil sesuai digunakan sebagai alat untuk melakukan tekan tubi. Letakkan kedua-dua tangan pada hujung katil dan kaki di atas lantai, kemudian tegakkan bahagian badan seperti planking untuk mendapatkan tekan tubi yang baik. Bagi yang inginkan cabaran, letakkan kaki di atas katil manakala tangan pula di lantai. Ini akan memberikan bebanan yang lebih kepada otot.
  • Senaman kedua yang boleh dilakukan di atas katil adalah mengayuh basikal. Caranya dengan baring dan angkat kedua-dua kaki ke atas. Kemudian lakukan aksi mengayuh basikal. Bahagian badan diangkat dengan tangan didepakan di belakang kepala. Setiap kayuhan kaki diselangi dengan mengenakan hujung siku ke lutut yang berselang. Langkah ini juga boleh dilakukan di atas lantai di bilik penginapan hotel anda.
  • Kerusi memang sesuai untuk melakukan squat. Caranya mudah. Berdiri di hadapan kerusi dengan tangan diletakkan ke hadapan. Turunkan badan seakan-akan ingin duduk dalam keadaan badan tegak. Selepas itu, naikkan semula badan kembali pada posisi asal dan ulangi langkah itu sebanyak 10 kali. Untuk lebih cabaran, cuba angkat sebelah kaki dan lakukan cara yang sama.
  • Selain itu, anda boleh melakukan senaman ‘mendaki gunung’ dengan meletakkan kedua-dua belah tangan di atas lantai seperti mahu melakukan tekan tubi dan angkat lutut sebelah kaki ke dada dan ulangi kaki yang sebelah lagi. Ia seperti anda cuba berlari tetapi kekal di posisi yang sama seperti mendaki gunung.

Sumber : Utusan OnlineMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.