Tiada Alasan lagi dengan Memo Plus Gold – Ujar Ibu Muhammad Faiz Bin Mohd Fuad- UPSR 4A 1 B

Posted on February 8, 2013 · Posted in Testimoni
Muhahhad faiz Bin Mohd Fuad

Muhahhad faiz Bin Mohd Fuad

Saya mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Faiz bin Mohd Fuad. Dia merupakan seorang anak yang baik dan disayangi oleh guru-gurunya di sekolah. Malangnya, anak saya sering tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah kerana menghidap asma yang teruk. Keadaan ini sememangnya merisaukan saya kerana ketidakhadirannya ke sekolah boleh mempengaruhi pencapaian akademiknya. Rekod kedatangannya dari tahun 1 hinggalah ke tahun 5 juga tidak pernah penuh. Hal ini menyebabkan prestasi anak saya semakin hari semakin merudum.

Sebaik sahaja anak saya mula menjejakkan kaki di tahun 6, hati saya semakin berdebar-debar dan bercampur risau. Ibu mana yang tidak risau mengenangkan anaknya bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dalam keadaan yang tidak sihat ditambah pula prestasi semasa yang kurang memberangsangkan. Pada awal tahun 2012, anak saya hanya mencatat keputusan 4B 1C dalam ujian prestasinya.

Keputusan Sebelum UPSR

Keputusan Sebelum UPSR

Sejujurnya, saya memang kecewa melihat keputusan tersebut. Namun saya percaya pasti ada hikmah disebalik semua ini. Saya terus

berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dan alternatif bagi meningkatkan prestasi anak saya dalam pembelajarannya. Pelbagai produk kesihatan dan suplemen telah saya dapatkan di pasaran dalam usaha untuk melihat anak kesayangan saya sihat dan berjaya dalam pelajaran namun segalanya kelihatan sia-sia.

Pada awal tahun 2012, adik saya memperkenalkan produk herba MEMO PLUS GOLD kepada saya. Pada mulanya saya tidak begitu yakin memandangkan sudah banyak produk lain yang telah saya cuba. Namun saya kuatkan semangat dan terus mencuba sekali lagi bagi membantu anak saya. Jiwa saya sebak setiap kali mengenangkan kesengsaraan yang dihadapi oleh anak tercinta. Jadi saya rasa tiada salahnya jika saya mencuba sekali lagi. Adik saya mengetahui tentang kelebihan produk MEMO PLUS GOLD ini melalui siaran yang didengarinya dalam radio Melaka dan dia terus meyakinkan saya untuk membeli produk ini untuk anak saya, Muhammad Faiz.

Sijil Peperiksaan UPSR

Sijil Peperiksaan UPSR

Bermula pada bulan Mac 2012, saya memberikan MEMO PLUS GOLD kepada Muhammad Faiz untuk diamalkan. Hari demi hari saya memantau kesihatan dan prestasinya. Ternyata percubaan saya pada kali ini tepat sekali. Keberkesanan produk ini dapat dilihat sedikit demi sedikit. Keputusan ujian bulanan Muhammad Faiz mula meningkat dari hari ke hari. Ibu mana yang tidak gembira apabila melihat keputusan peperiksaan anaknya semakin baik. Tidak ada perkataan yang dapat menggambarkan rasa gembira saya. Ibu saya turut memanjatkan syukur apabila mengetahui bahawa cucu kesayangannya semakin sihat dan mula menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam pelajaran.

Jika dahulu Muhammad Faiz sering muram dan kurang sihat apabila pulang ke kampung, namun kini segalanya telah berubah. Dia mula menunjukkan riak wajah yang ceria dan sudah boleh bermain bersama sepupu-sepupunya yang lain . Apa yang lebih mengharukan, anak saya mula melibatkan diri dalam aktiviti sukan, aktiviti yang dahulu sangat tidak disukainya. Sememangnya itu yang saya nanti-nantikan sejak dari dulu lagi, ingin melihat dia boleh melakukan aktiviti sama seperti rakan sebayanya yang lain.

Di akhir persekolahan Muhammad Faiz pada 2012, dia telah menerima Anugerah khas daripada guru besar kerana kehadiran penuh sepanjang tahun 2012. Jutaan syukur saya panjatkan ke hadrat Illahi kerana sekali lagi Muhammad Faiz membanggakan saya sekeluarga apabila berjaya mencatatkan keputusan 4A 1B dalam peperiksaan UPSR yang lalu.

Adik Muhammad Faiz menerima Anugerah Khas

Adik Muhammad Faiz menerima Anugerah Khas

Ternyata saya sangat berpuas hati dan langsung tidak menyesal memperkenalkan produk MEMO PLUS GOLD ini kepada anak saya. Kini, anak saya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama. Namun sehingga ke hari ini saya masih lagi membekalkan MEMO PLUS GOLD secukupnya kepada dia supaya dia kekal sihat dan boleh menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajarannya yang kini semakin sukar. Saya yakin pengambilan produk ini mampu membantu anak saya untuk terus aktif dalam sukan dan kekal cemerlang di dalam pelajarannya di samping sentiasa sihat dan cergas.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada adik saya yang tersayang kerana sudi berkongsi dan memperkenalkan MEMO PLUS GOLD kepada saya dan anak saya. Syukur yang tidak terhingga kerana dengan izin Tuhan, produk ini berhasil mengubah dan menceriakan kehidupan anak saya. Semoga produk ini dapat membantu orang lain di luar sana seperti mana ia telah membantu anak saya.Terima kasih MEMO PLUS GOLD.

Oleh: Ibunya Pn Norazlin Binti Kasim

Pembelian Memo Plus Gold atas Talian Internet, Klik Dan Pesan Sekarang!

Sila Pilih Destinasi Penghantaran, Semananjung Atau Timur Malaysia dibawah.


Pilih Semananjung Atau Timur Malaysia:
NO. Telepon Anda




Penggunaan efektif

Dos: Bagi dewasa, satu kapsul dua kali sehari selepas makan dan bagi kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) satu kapsul sehari selepas sarapan. Pengguna disarankan supaya terus mengambil MEMO PLUS GOLD sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mendapatkan kesan yang ketara, selepas tempoh itu pengguna boleh mengambil satu kapsul sehari jika mahu.Memo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.