Tip Bekerja Semasa Demam

Posted on May 4, 2015 · Posted in Pengetahuan am

Sepatutnya anda perlu berbaring dan rehat untuk mengelakkan sakit bertambah serius, tetapi jika terpaksa juga melangkah kaki ke pejabat dek kerja yang masih menimbun, ini boleh membantu anda.

PERTAMA SEKALI Usai bersarapan, ambil parasetamol untuk mengurangkan sakit kepala.

DI TEMPAT KERJA Sentiasa ada botol air di sisi dan tekad untuk menghabiskannya menjelang tengah hari. Kemudian, isi semula. Ini penting untuk melancarkan proses penyingkiran toksin melalui urin.

JAM 10 PAGI Tukar menu kopi pilihan yang diminum setiap pagi kepada secawan air panas bersama madu dan lemon.

MAKAN TENGAHARI Selepas makan, ambil ubat tahan sakit untuk menghindar anda dari menderita sakit kepala.

PETANG Elakkan minum kopi atau jika terlalu memerlukannya untuk menaikkan semangat bekerja, jangan melebihi 1 cawan sehari.

PULANG KE RUMAH Tidak digalakkan untuk keluar pula membeli belah konon untuk melepas tekanan akibat selesema. Mandi air suam, makan ubat dan dapatkan tidur yang cukup.

Sumber: www.eh.com.my/artikel/gaya-hidup/tip-bekerja-semasa-demamMemo Plus Gold

0saves


Sekiranya anda meminati post ini,sila kemukakan catatan atau or langgani RSS feed RSS feed menerima artikel yang akan datang terus ke pembaca feed anda.